KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berharap isu graduan menganggur dan tahap gaji permulaan graduan universiti tempatan yang rendah, dapat ditangani dengan segera dan sistematik.
Katanya, keadaan itu menunjukkan kebolehpasaran mereka yang rendah dan ketidakpadanan antara permintaan dan penawaran kemahiran.
"Isu ini bukan sahaja kesan daripada pandemik, tetapi masalah sistemik yang telah wujud selama bertahun-tahun. Pada masa ini bilangan pelajar universiti yang menamatkan pengajian melebihi bilangan peluang pekerjaan yang ada.
"Jika kita tidak menangani isu ini dengan segera, populasi belia yang "berpendidikan tetapi menganggur" akan bertambah. Isu-isu ini perlu ditangani dengan segera dan sistematik untuk membantu graduan meningkatkan kebolehpasaran mereka di masa hadapan.
"YB Menteri (Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad) telah memberi jaminan kepada saya bahawa kementerian sedang meneliti isu-isu tersebut pada waktu ini," katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Ahad malam.
Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan dengan delegasi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang diketuai oleh Noraini; Ketua Setiausaha KPT, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar; dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Husaini Omar pada Ahad.
Dalam pada itu, Tunku Ismail menzahirkan harapan agar Johor sentiasa dipilih sebagai hab pendidikan tempatan dan antarabangsa.
Katanya, pelajar-pelajar tempatan mesti diberi lebih banyak peluang untuk mendapat pendidikan tinggi yang lebih berkualiti dan berpatutan.
“Johor juga memerlukan polisi pendidikan tinggi yang berpandangan ke hadapan yang merangkumi penggunaan pembelajaran berasaskan pengalaman untuk menyemai kemahiran abad ke-21.
“Reka bentuk dan penyampaian modul pendidikan perlu memanfaatkan teknologi termaju untuk membolehkan pembelajaran yang lebih khusus.
“Pada masa yang sama pendidikan TVET juga mesti diberi keutamaan untuk menjana lebih ramai pekerja mahir untuk pelbagai industri dan meningkatkan kebolehpasaran graduan,” katanya.
Sementara itu, Tunku Ismail juga mencadangkan supaya Persatuan Mahasiswa Anak Johor diwujudkan semula di semua universiti tempatan.
Katanya, cadangan ini bakal menjadi platform kepada pelajar-pelajar Johor menjalankan pelbagai aktiviti dan program sambil berkongsi idea dan pendapat.
“Persatuan-persatuan ini akan menjadi sebahagian daripada Gabungan Mahasiswa Anak Johor (GAJ) yang lebih besar.
“Aktiviti-aktiviti dan acara baharu juga akan dianjurkan di bawah GAJ seperti kejohanan bola sepak antara universiti,” katanya.
Faris Danial Razi
Sun Apr 24 2022

Tunku Ismail (tengah) bertemu dengan delegasi Kementerian Pengajian Tinggi yang diketuai oleh Noraini (tiga dari kiri) di Johor Bahru pada Ahad. - Gambar/ Facebook HRH Crown Prince of Johor
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

ACLE: Ucapan TMJ dalam bilik persalinan bikin meremang bulu roma!
Laungan nama 'TMJ' turut bergema di SSI selepas juara liga super 10 kali berturut-turut itu melakar kemenangan bergaya.

ACLE: Alhamdullillah - Tunku Ismail
Kemenangan JDT turut disambut oleh Tunku Ismail yang berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pasukannya.

Pemilihan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif baharu FAM hampir selesai - Tunku Ismail
Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan pemilihan calon Ketua Pegawai Eksekutif baharu bagi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hampir selesai.

Projek FAM: Presiden FIFA taruh kepercayaan, yakin TMJ kemudi bola sepak negara
Tunku Ismail telah mengadakan pertemuan bersama Infantino bagi membincangkan mengenai penstrukturan tersebut.

Jurulatih baharu Harimau Malaya diumum hari ini - TMJ
TMJ berkata, jurulatih baharu bagi skuad Harimau Malaya dan Harimau Muda (skuad bawah 23 tahun) kebangsaan akan diumumkan pada Isnin.

Masa tepat TMJ pimpin FAM, Harimau Malaya - Safee Sali
Tunku Ismail disifatkan figura yang paling tepat dan berpengetahuan luas selain faham mengenai industri bola sepak negara.

Orang yang ada dalam industri bola sepak tak berfungsi - TMJ
Tunku Ismail menyifatkan mereka tidak mempunyai visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan untuk memajukan bola sepak negara.

'Saya tak sertai FAM, FAM sertai saya' - Tunku Ismail
Tunku Ismail memberikan bayangan kemungkinan satu kerjasama akan terbentuk bersama FAM dalam tempoh terdekat.

Pelarasan semula cuti hujung minggu Johor bakal impak 2.5 juta individu - MB
Penyelarasan cuti hujung minggu Johor kepada hari Sabtu dan Ahad akan menitikberatkan semua aspek, termasuk agama.

'Kami tak buat janji kosong' - TMJ
Pasukan JDT tidak mencipta drama atau konspirasi sebaliknya membuktikan keupayaan mereka dengan memenangi setiap perlawanan.