Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini mahu belia di negara ini sentiasa menyampaikan 'suara-suara' kepada pemimpin negara.
Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor bertitah peranan anak muda amat penting dalam menyampaikan pandangan demi memastikan kelangsungan perpaduan dan kemajuan ekonomi negara ini.
"Apa sahaja program yang melibatkan perpaduan adalah bagus kerana nawaitu atau niat kita untuk membaiki apa sahaja kelemahan yang ada demi kemajuan negara.
"Agenda kita mesti jelas. Tetapi, anak muda harus mainkan peranan penting, macam mana sekali pun sampaikan 'suara-suara' anda kerana tugas dan tanggungjawab pemimpin adalah untuk berkhidmat dan menjadi hamba kepada rakyat. Ini pandangan ikhlas saya," titah baginda ketika menjawab soalan seorang peserta Kongres Belia 2019 berhubung perpaduan dan konsep 'Bangsa Johor', di sini, petang Ahad.
Perasmian kongres anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) melibatkan 3,000 peserta itu disempurnakan Tunku Ismail dan dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor Sheikh Umar Bagharib Ali serta Presiden MBM Jufitri Joha.
Menurut Tunku Ismail, sebagai pemimpin, baginda berjanji akan membantu sedaya upaya untuk pembangunan golongan belia di negara ini.
"Saya sentiasa akan berdoa demi negara dan perpaduan anda semua. Apa yang saya boleh bantu untuk maju ke hadapan dan eratkan lagi organisasi belia, InsyaAllah saya akan berada di sini untuk anda," titah baginda.
Tunku Ismail dalam pada itu bertitah baginda melihat pembangunan ekonomi merupakan agenda penting dalam negara ini kerana ia melibatkan soal kehidupan rakyat dan walau pun berbeza pandangan dan prinsip, namun, pembangunan ekonomi harus dijaga para pemimpin.
"Kerana itu melibatkan kehidupan harian. Jadi, kita tidak boleh terlampau taksub dengan politik semasa. Banyak lagi benda yang boleh kita cari penyelesaian untuk selesaikan masalah supaya negara boleh ke hadapan dan baiki untuk anak cucu cicit.
"Kalau awak tanya saya apa yang penting? Saya hendak tengok negeri saya maju, rakyat senang, pembangunan pendidikan dan kesihatan yang baik serta keprihatinan kerajaan saya kepada rakyat saya," titah baginda.
Sementara itu, 11 resolusi hasil persidangan meja bulat kongres berkenaan turut diserahkan kepada Tunku Ismail pada majlis tersebut.
Antara resolusi terbabit adalah menggesa kerajaan bersungguh-sungguh menyelesaikan isu ekonomi merangkumi pengangguran dan pemberhentian pekerja yang dirasai golongan belia serta menggesa ahli politik membudayakan politik matang dan tidak mengheret institusi belia ke kancah politik sempit dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 15 2019

Tunku Ismail (tengah) berkenan berswafoto bersama para peserta ketika berangkat hadir untuk menyempurnakan perasmian Kongres Belia 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru, 15 Sept, 2019. --fotoBERNAMA
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Memahami kehendak anak muda, antara cabaran membangun negara baharu - Xanana Gusmao
Perdana Menteri Timor Leste, Xanana Gusmao berkata antara cabaran lain didepani sebagai sebuah negara yang baharu adalah memahami kehendak generasi muda.

Festival Idea Putrajaya sasar 250,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.

Anak muda sanggup rentas sempadan, guna laluan tidak sah untuk berhibur di Thailand
Mereka biasanya bertindak memarkir kenderaan di Rantau Panjang sebelum menyeberangi Sungai Golok untuk ke Thailand.

TVET buka peluang pekerjaan besar untuk anak muda
Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak boleh lagi dilihat sebagai kerjasa pilihan kedua, kerana ia kini menjanjikan peluang pekerjaan yang besar.

SUKMA: Sabah tampil 90 peratus atlet muda, muka baharu dalam lawan pedang
Sabah bakal menampilkan 90 peratus atlet muda dan muka baharu dalam saingan lawan pedang pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 yang akan berlangsung di Sarawak bulan depan.

PRK Sungai Bakap: Jumlah pengundi muda keluar mengundi memberangsangkan - SPR
Peratusan anak muda keluar mengundi pada PRK Sungai Bakap pada sebelah pagi dilihat agak memberangsangkan.

RIUH x Hari Belia Negara di Melaka angkat penggiat seni dan kreatif muda
RIUH x Hari Belia Negara 2024 yang akan diadakan di Dataran Pahlawan, Melaka pada Sabtu dan Ahad ini menumpukan kepada penyertaan penggiat seni dan kreatif dalam kalangan anak muda.

Usaha 'remajakan' PKR perlu diteruskan, penuhi aspirasi anak muda - Fahmi
Usaha 'meremajakan' PKR yang menginjak usia 25 tahun perlu terus dilaksana dengan memastikan setiap dasar, program dan aktiviti parti memenuhi aspirasi anak muda pada masa ini.

Sidang Belia Wilayah Persekutuan medan anak muda bentuk, tambah baik dasar negeri
Pentas terbuka dan inklusif untuk belia dari setiap parlimen di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan membahaskan usul berkaitan dasar-dasar Wilayah Persekutuan.

Anak muda kongsi rezeki masak bubur lambuk guna kayu api
Sekumpulan anak muda dari Pertubuhan Warga Cakna membanting tenaga dengan bergotong-royong menyiapkan bubur lambuk untuk diagihkan sebagai juadah berbuka di sekitar Jitra.