Isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan puteri sulung di Wad Diraja, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pagi tadi.
Laman Facebook Johor Southern Tigers turut berkongsi kegembiraan dengan berkongsi gambar TMJ bersama isteri dan anggota terbaharu kerabat Diraja Johor itu di lamannya.
Turut dikongsikan kenyataan oleh Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli.
"Merafak syukur kepada Allah SWT dan setinggi-tinggi tahniah kepada DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YM Che Puan Khaleeda Bustamam atas keputeraan anakanda pertama baginda berdua iaitu seorang puteri pada 25hb Jun 2016 di Wad DiRaja, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
"Che Puan Khaleeda Bustamam dan puterinya kini berada dalam keadaan sihat walafiat," katanya.
Tunku Ismail selamat diijab kabul dengan Che Puan Khaleeda di Istana Bukit Serene pada 24 Oktober 2014.
Hakim Rahman
Sat Jun 25 2016

Laman Facebook Johor Southern Tiger berkongsi gambar TMJ bersama isteri dan anggota terbaharu kerabat Diraja Johor di lamannya hari ini. - Facebook Johor Southern Tigers
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Isteri TMJ dikurnia gelaran Che Puan Mahkota
Isteri Tunku Mahkota Johor Che Puan Besar Khaleeda Bustamam dilantik dan dikurniakan gelaran Che Puan Mahkota, berkuat kuasa semalam (1 Jan).

Che' Puan Khaleeda santuni Bella, rakan-rakan di Legoland
Dalam perkongsian di laman media sosial, Che' Puan Khaleeda dilihat mesra bersama Bella sambil berkongsi cerita dengannya.

Tunku Mahkota Johor, Che Puan Khaleeda timang cahaya mata ketiga
Isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan cahaya mata ketiga malam tadi.

TMJ sambut puteri sulung
Isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan puteri sulung pagi tadi.

Majlis persandingan TMJ penuh gemilang
Ribuan menyaksikan majlis persandingan diraja di antara Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan pasangannya Che Puan Khaleeda Bustamam.