KUALA LUMPUR: Peningkatan bil utiliti lebih 35 peratus yang direkodkan di hotel-hotel seluruh Melaka dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, merupakan antara indikator menunjukkan pertambahan kedatangan pelancong ke negeri itu, sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata dalam tempoh itu juga, negeri itu turut merekodkan pertambahan jumlah kenderaan yang masuk melalui pintu-pintu utama.
"Pastinya penambahan kedatangan pelancong itu dapat dirasakan peniaga sekitar kawasan tarikan pelancongan dan dari sudut penginapan, kita mencari pelbagai indikator menunjukkan peningkatan kehadiran pelancong.
"Dari sudut kerajaan, yang tepatnya bila kita dapati bil utiliti meningkat setiap hotel negeri, untuk nak dapat jumlah tepat jumlah pelancong kena tunggu enam bulan dan dari sudut rambang, kereta pun banyak masuk Melaka," katanya selepas menghadiri rakaman program Ruang Bicara terbitan Bernama TV di Wisma Bernama hari ini.
Ab Rauf berkata peningkatan kedatangan pelancong ke negeri ini juga, antara lain disumbang susulan keputusan kerajaan memberi pengecualian visa selama 30 hari untuk pelancong dari China dan India mulai 1 Dis 2023.
Beliau berkata China misalnya, menunjukkan sokongan yang tinggi dalam menjayakan industri pelancongan Melaka, apabila dua pasukan kebudayaan dari Wilayah Guangxi, China turut mengadakan persembahan khas pada pelancaran TMM2024.
"Kita menjalinkan hubungan dengan China menerusi pelaburan, pelancongan serta seni dan budaya, yang boleh kita kukuhkan dalam hubungan bilateral," katanya.
Kehadiran pasukan kebudayaan itu juga sebagai simbolik kepada hubungan kerjasama dua hala antara Melaka dan China, khususnya ketika menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China tahun ini.
Kerajaan Negeri Melaka menganjurkan TMM2024 bermula 1 Jan hingga 31 Dis, dengan bertemakan "Mana Lagi? Melaka Ler!", bertujuan menjadikan Melaka sebagai top of the mind dan preferred tourist destination tahun ini.
TMM2024 juga merupakan misi kerajaan negeri dalam menggalakkan penglibatan rakyat negeri Melaka dalam sektor pelancongan bagi menjaga kebersihan di samping melindungi tarikan pelancongan sejarah, warisan dan alam semula jadi negeri melalui aktiviti pemuliharaan dan konservasi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 23 2024

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata dalam tempoh itu juga, negeri itu turut merekodkan pertambahan jumlah kenderaan yang masuk melalui pintu-pintu utama. - Foto Bernama

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Kehadiran kapal persiaran mewah lonjak kemasukan pelancong ke Melaka - Ab Rauf
Pemilihan Melaka sebagai destinasi persinggahan kapal persiaran mewah Genting Dream Cruise mampu menarik lebih ramai pengunjung ke Melaka.

Tourism Melaka terima anugerah Pembangunan Pelancongan Warisan Terbaik
Pengiktirafan itu juga sebagai penghargaan kepada semua penggiat industri pelancongan Melaka.

Ab Rauf terima kunjung hormat Duta Setiakawan Pelancongan Melaka Fan Bingbing
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menerima kunjung hormat bintang filem terkemuka China Fan Bingbing yang bakal dilantik sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka.

Melaka Explorace 2024 tumpu produk pelancongan negeri
Pertandingan mencari harta karun 'Melaka Explorace 2024' anjuran kerajaan negeri dan Bernama akan memberi tumpuan terhadap produk-produk pelancongan negeri.

Glam Ramadan Bazar Klebang 2024 raih nilai jualan RM3 juta
Nilai jualan itu dianggarkan menerusi agihan kupon cabutan bertuah sebanyak 100,000 keping, dengan setiap pembelian RM30 pengunjung berpeluang mendapat satu kupon.

Melaka rekod 3.7 juta pelancong suku pertama tahun ini
Antara 60,000 dan 70,000 kenderaan sehari dicatatkan memasuki Melaka setiap hujung minggu, menyumbang kepada peningkatan jumlah pengunjung.

TMM2024: Kedatangan pelancong bertambah dalam tempoh tiga bulan
Peningkatan bil utiliti di hotel-hotel seluruh Melaka dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, merupakan antara indikator menunjukkan pertambahan kedatangan pelancong.

TMM2024: Tempahan hotel MITC meningkat kepada 70 peratus sejak Januari
Ia bukti pemulihan sektor ekonomi perhotelan berjalan dengan lebih cepat berbanding 40-50 peratus tempahan pada hari biasa tahun lepas.

3,000 dijangka meriahkan perarakan Malam Aneka Warna Pengisytiharan Kemerdekaan
Seramai 3,000 peserta dijangka memeriahkan perarakan sempena Malam Aneka Warna Pengisytiharan Kemerdekaan.

Pesta Gendang Nusantara 2024 raih dua pengiktirafan MBOR
Pesta Gendang Nusantara mula dianjurkan pada 1995 bagi meraikan kepelbagaian budaya dan tradisi penggendangan di Malaysia dan nusantara.