Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mengambil beberapa langkah wajar untuk mengurangi dan menyelesaikan masalah berikutan proses menaik taraf sistem pengebilan baharu, menjelang akhir November ini.
TNB dalam kenyataan hari ini berkata sistem berkenaan yang dinaik taraf sejak Julai lepas melibatkan 8.5 juta pelanggannya di negeri seluruh Semenanjung.
"Peningkatan sistem pengebilan baharu ini mungkin menyebabkan kesulitan kepada sebilangan pelanggan dan ia amat dikesali.
"Diharap mereka yang terlibat faham bahawa cabaran-cabaran awal pasti berlaku apabila sesuatu sistem dipertingkatkan secara besar-besaran," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menjelaskan peningkatan keupayaan sistem ini membolehkan perkhidmatan sedia ada dirombak bagi membolehkan lebih banyak perkhidmatan perhubungan pelanggan dalam talian ditawarkan menerusi portal layan diri baharu, myTNB.
"Portal ini akan merubah wajah perkhidmatan utiliti negara dengan menawarkan akses lebih baik untuk pelanggan menguruskan akaun dan memantau penggunaan elektrik mereka selain memberikan capaian lebih mudah untuk sebarang maklumat berkaitan tenaga elektrik," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, anggota Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi dalam sidang media di Petaling Jaya berkata bekalan elektrik pengguna yang terjejas dengan proses menaik taraf sistem berkenaan, tidak seharusnya dipotong sehingga isu itu selesai.
Beliau berkata ia antara tiga cadangan yang dikemukakan sewaktu pertemuan dengan Pengurus Besar TNB Selangor, Datuk Mohd Zahir Md Nagor (Nagor) pada Khamis.
"Saya mengemukakan aduan kepadanya kerana isu ini meresahkan rakyat antaranya mereka tidak menerima bil secara konsisten dan tiba-tiba bil mereka dicaj tinggi dan ini memerlukan penjelasan TNB," katanya selepas pertemuan itu.
Selain itu, Budiman turut mencadangkan pengguna yang terjejas akibat proses tersebut diberi kelonggaran untuk membayar secara ansuran selain diberikan rebat.
Dilapor, berikutan proses menaik taraf sistem pengebilan terbaharu itu, pengguna mendakwa tidak menerima bil elektrik secara konsisten atau dikenakan caj tinggi.
Bernama
Fri Sep 30 2016

Dilapor, berikutan proses menaik taraf sistem pengebilan terbaharu itu, pengguna mendakwa tidak menerima bil elektrik secara konsisten atau dikenakan caj tinggi. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Diskaun bil air Sarawak dilanjutkan sehingga Disember ini
Lanjutan diskaun bil air untuk tempoh tiga bulan lagi ini dibuat di bawah Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS).

Penyata terperinci Bantuan Prihatin Elektrik dalam bil Julai - TNB
Penyata tersebut akan diterima berserta bil Julai dalam masa tujuh hari selepas pembacaan meter itu dijalankan.

Elaun Pengerusi TNB jauh lebih rendah daripada yang ditularkan
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan mesej tular dalam media sosial yang mendakwa Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid menerima elaun tinggi.

Kaedah prorata pastikan pengguna tidak dikenakan caj berlebihan - TNB
Kaedah prorata itu telah disemak dan disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga supaya pengguna mendapat bil yang tepat.

Langganan telco, ini enam perkara anda perlu tahu
Ini yang perlu dititik beratkan sebelum membuat langganan, bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.

TNB jamin masalah sistem bil baharu, diselesaikan akhir November
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mengambil beberapa langkah wajar untuk mengurangi dan menyelesaikan masalah berikutan proses menaik taraf sistem pengebilan baharu, menjelang akhir November ini.

Tiada ejen kutip bayaran bil TNB
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan sindiket individu atau kumpulan yang mengaku sebagai ejen kutipan bayaran bil TNB.

TNB perkenal bil elektrik baharu mulai 1 Okt
Penambahbaikan reka bentuk dan maklumat dalam bil itu dibuat susulan tempoh percubaan selama sembilan bulan melibatkan 2.6 juta pelanggan.