MARANG: Polis menahan seorang lelaki serta merampas dadah jenis syabu dan yaba keseluruhan bernilai RM495,760, sekali gus menjadikan ia rampasan terbesar di Terengganu setakat ini bagi 2022.
Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Zain Mat Deris berkata lelaki berumur 54 tahun yang dipercayai tokan besar dadah itu diberkas hasil serbuan yang dilakukan di sebuah rumah di Kampung Surau Haji Yaakob di Bukit Payong di sini Isnin lepas menerusi Op Tapis Khas 3.0.
Beliau berkata hasil pemeriksaan di dalam rumah tersebut polis menjumpai dadah jenis syabu seberat 13,199.52 gram yang bernilai RM468,000 dan dadah jenis yaba seberat 555.20 gram bernilai RM27,760.
"Selain rampasan tersebut, polis juga telah menyita wang tunai bernilai RM12,140. Dadah tersebut dipercayai untuk pasaran di Terengganu dan meliputi sebahagian negeri Pahang.
"Polis juga percaya rumah yang diserbu itu telah disewa oleh suspek untuk dijadikan tempat memproses (dadah). Rumah tersebut juga telah dipasang empat kamera litar tertutup (CCTV) yang berkemungkinan besar untuk mengesan kehadiran pihak polis," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang, di sini hari ini.
Mohd Zain berkata pemeriksaan mendapati lelaki warga tempatan yang bekerja sendiri itu positif dadah jenis methamphetamine dan kini ditahan reman selama tujuh hari hingga 24 April bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Katanya, suspek juga mempunyai 19 rekod kesalahan jenayah lampau berkaitan dadah dan telah bergiat aktif sejak 1998.
Malah katanya, lelaki itu juga kini masih dalam proses perbicaraan kes di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, setelah ditangkap pada tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 21 2022

Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Zain Mat Dris (tengah) bersama anggotanya menunjukan dadah dipercayai jenis syabu dan pil yaba bernilai RM495,760 pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang hari ini. - Foto BERNAMA

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Tokan besar ditahan, dadah bernilai hampir setengah juta ringgit dirampas
Polis menahan seorang lelaki serta merampas dadah jenis syabu dan yaba keseluruhan bernilai RM495,760, sekali gus menjadikan ia rampasan terbesar di Terengganu setakat ini bagi 2022.