Bukan setakat menjadi pingat pertama buat kontinjen negara, malah ia juga penampilan pertama mereka untuk acara berprestij berkenaan.
Ungkapan tahniah daripada seluruh rakyat Malaysia membanjiri laman media sosial hari ini, dengan rata-rata mereka menyatakan rasa sangat teruja.
Berita baik ini jelas membanggakan seluruh negara dan menyatukan rakyat Malaysia.
Aaron-Wooi Yik merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menewaskan beregu Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan di Musashino Forest Sports Plaza sebentar tadi dengan mata 17-21, 21-17, 21-14.
Lebih membanggakan, kemenangan itu turut menyaksikan Aaron-Wooi Yik berjaya menebus kekalahan kepada gandingan nombor dua dunia itu dalam saingan peringkat kumpulan sebelum ini.
BACA: Tokyo 2020: Beregu negara hadiahkan pingat gangsa buat Malaysia
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang sebelum ini aksinya ditontoni oleh seluruh Malaysia turut mengakui dirinya agak cemas untuk berada di hadapan televisyen bagi menyaksikan perlawanan itu.
Menurut perkongsian di Instagram Story, Chong Wei menyatakan rasa bangga buat pasukan beregu negara itu dan mengakui sememangnya berdebar apabila buat pertama kalinya secara langsung sampaikan basah ketiak!
![Debaran turut dirasai oleh Datuk Lee Chong Wei sewaktu perlawanan sebentar tadi!](https://img.astroawani.com/2021-07/51627740395_freesize.jpg)
Sementara itu, pemenang pingat emas Sukan Asia Doha 2006, Tan Boon Heong turut memuji gandingan pemain itu dalam aksi penentu pingat gangsa itu kerana mempamerkan taktik dan aksi cemerlang.
Berikut adalah antara reaksi-reaksi dan ucapan tahniah serta laungan semangat yang dilontarkan kepada kontinjen negara, Aaron Chia-Soh Wooi dengan koleksi mata 17-21, 21-17, 21-14 tadi.
Perjalanan atlet negara diteruskan lagi dengan esok merupakan hari penentu untuk atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri beraksi di peringkat akhir acara 3 meter papan anjal wanita selepas menamatkan lima terjunan dengan kutipan mata 312.60.
Berikut pula adalah jadual pertandingan untuk esok (1 Ogos):
6.30 Pagi (GOLF) STROKE PLAY PERSEORANGAN LELAKI
Gavin GREEN
PUSINGAN KEEMPAT
KASUMIGASEKI COUNTRY CLUB
11.05 Pagi (PELAYARAN) INTERNATIONAL 470
Nuraisyah-Juni Karimah
PUSINGAN KETUJUH
ZUSHI
Bergantung kepada acara sebelum (PELAYARAN) INTERNATIONAL 470
Nuraisyah-Juni Karimah
PUSINGAN KELAPAN
ZUSHI
2.00 petang (SUKAN TERJUN) ACARA 3 METER PAPAN ANJAL WANITA
NUR DHABITAH Sabri
PUSINGAN AKHIR
TOKYO AQUATICS CENTRE