Di Pameran Kereta Tokyo yang sedang berlangsung di Jepun sekarang, Mazda telah menampilkan sebuah kereta sport konsep yang dikuaskan enjin rotari Skyactiv-R generasi terkini. Tidak ubah seperti apa yang telah Mazda RX-7 hasilkan pada awal kemunculannya, penggunaan enjin rotari inilah yang menjadikannya lebih istimewa.
Dari segi kejuruteraan, ia seimbang depan:belakang melalui konfigurasi enjin di hadapan dan pacuan roda belakang. Dinamakan sebagai RX-Vision, ia mewakili pandangan Mazda untuk masa hadapan.
Keunikan enjin rotari adalah pada cara ia menghasilkan kuasa; pusingan rotor berbentuk segi tiga memang jauh berbeza daripada cara biasa iaitu penggunaan piston yang bergerak. Ia mula digunakan Mazda pada model Cosmo Sport 110S pada 1967 (gambar bawah) sebelum, seperti kita katakan sebentar tadi, dipopularkan dengan jayanya dengan RX-7.
Sejak itu, enjin rotari terkenal dengan kualitinya yang sangat sesuai di dalam sebuah kereta sport: kelajuan enjin yang tinggi (RPM) dan output kuasa kuda yang tinggi.
Reputasi ini bertambah lagi dengan kemenangan Mazda 787B menggunakan enjin rotari di dalam perlumbaan berprestij Le Mans 24 jam pada tahun 1991.
Namun, teknologi enjin ini mula hilang nilai relevannya bermula lebih kurang pada 2007 kerana, antara lain, isu ketahanan, penggunaan bahan api dan kualiti gas ekzos.
Hari ini, Mazda sudah tidak lagi menghasilkan enjin-enjin rotari. Tetapi mereka juga tidak pernah menghentikan penyelidikan. Dengan teknologi Skyactiv-R yang baharu ini, Mazda yakin ia akan dapat mengembalikan prestasi enjin rotari yang memang lain daripada lain.
Astro Publication
Wed Oct 28 2015


1MDB tarik balik saman terhadap Riza Shahriz dan dua pihak lain
Peguam yang mewakili 1MDB dan tiga anak syarikatnya memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi, beliau telah menerima arahan untuk menarik balik kes tersebut terhadap semua defendan.

Azerbaijan labur AS$2 bilion di Pakistan - Shehbaz
Presiden Azerbaijan dan PM Pakistan memuktamadkan portfolio pelaburan Azerbaijan bernilai AS$2 bilion dalam projek yang memberi manfaat bersama di Pakistan.

Remaja perempuan dua kali ganda berisiko murung - Noraini
Golongan remaja perempuan Malaysia berdepan dengan risiko menghidap masalah kesihatan berkaitan mental termasuk kemurungan, dua kali ganda lebih tinggi berbanding remaja lelaki.

Tenaga kerja: Kerjasama semua agensi tangani perubahan landskap pekerjaan
Zambry berkata, kerjasama semua pihak adalah penting untuk menangani landskap pekerjaan yang berubah dengan pantas.

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.
Denggi: Peningkatan kes di Filipina pada kadar membimbangkan
Jabatan kesihatan memberi amaran peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu mewujudkan persekitaran pembiakan yang ideal untuk nyamuk, memburukkan lagi keadaan.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas.
Pesawat American Airlines dilencong ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara laut Caspian, dengan diiringi dua pesawat Eurofighter tentera udara Itali bagi memastikan pendaratan selamat.
Pilihan Raya Jerman: Kepimpinan Olaf Scholz disifatkan 'malapetaka'
Ramai berpendapat keputusan pilihan raya pada Ahad memperlihatkan kekuatan parti Christian Democratic Union of Germany (CDU), pimpinan calon canselor, Friedrich Merz, namun tidak kurang juga mendakwa keputusan itu meragukan.

Prototaip Honda Civic hatchback akan muncul tidak lama lagi
Honda juga akan tampilkan rekaan konsep baharu bagi model Jazz menerusi Jazz ‘Keenlight’

Konsep VW Budd-e gambarkan masa hadapan dunia mobiliti
Teknologi bateri baharu berikan jarak perjalanan sejauh 533km dari satu cas penuh

Dipersembahkan: Faraday Future FFZero1
Sekadar konsep untuk versi litar kenderaan yang bakal dihasilkan Faraday Future suatu hari nanti. Platform VPA menjadi sandaran

Konsep Faraday Future akan muncul tidak lama lagi
Benarkah rekaan kereta ini sudah didedahkan secara tidak sengaja melalui muat turun aplikasi? Apa-apapun, hebat rupanya…

Toyota S-FR Racing Concept akan muncul di Tokyo Auto Salon
Memang nampak menarik, dan direka khas untuk membekalkan keseronokan memandu. Tapi kena sabar, sebab ia masih sekadar konsep

Tokyo: Konsep Lexus LF-FC berikan kemewahan dan keselamatan dari pemanduan autonomous
LF-FC memberi gambaran kepada semua mengenai teknologi dan rekaan yang boleh dijangka daripada Lexus

Tokyo: Mazda umumkan konsep RX-Vision. Selamat kembali, rotari!
Mazda tidak pernah hentikan penyelidikan untuk enjin rotari, dan inilah hasilnya: Skyactiv-R

Trak konsep membuat kejutan di Alami Proton!
Hanya sekadar konsep untuk latihan kreativiti pihak pereka dan tiada rancangan untuk pengeluaran. Tetapi tetap menarik!

Hyundai ada rancangan untuk jadikan konsep trak Santa Cruz satu realiti?
Menjadi jawapan Hyundai untuk selera pembeli sekarang yang semakin menggemari penggayaan SUV dan ‘crossover’

TT Clubsport Turbo konsep terbaharu Audi
Bukan kali pertama sistem turbo dikuasakan elektrik diketengahkan, dan setiap kali disebut, mesti ia menjadi perhatian. Kali ini 600hp dari enjin 2.5-liter!