Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) mempertikai cadangan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli supaya pemegang konsesi lebuh raya sedia ada, diberi keutamaan dalam
projek lebuh raya akan datang sebagai mekanisme mengekang kenaikan kadar tol.
Dalam kenyataan pada Rabu, persatuan itu menarik perhatian bahawa di Malaysia terdapat 31 lebuh raya bertol dimiliki syarikat konsesi berbeza dengan pelabur dan pemegang taruh mempunyai komitmen berbeza mengikut polisi syarikat masing-masing.
Ini bermakna kerajaan perlu ada 31 'projek gantian' dengan nilai sama untuk ditukarkan dengan nilai penyelarasan kadar tol berkala bagi 31 konsesi lebuh raya sedia ada, kata persatuan itu.
"Namun, sekiranya projek berkenaan tiada kaitan dengan kepakaran syarikat konsesi, contohnya pembangunan hospital, ini bermakna syarikat perlu membuat pelaburan baharu.
"Ini sudah pasti boleh menaikkan kos pembangunan hospital itu sendiri dan akhirnya boleh merugikan negara," kata PSKLM.
Prinsip keterbukaan
Senario itu, kata PSKLM boleh menjurus kepada syarikat pakar dalam pembinaan hospital tidak boleh lagi bersaing untuk mendapatkan projek berkenaan kerana telah diberi secara terus kepada syarikat konsesi lebuh raya.
"Ini sudah tentu bertentangan dengan prinsip keterbukaan dan persaingan secara adil yang diguna pakai dalam pasaran," kata persatuan itu sambil menambah landskap ekonomi, politik dan sosial negara mungkin berubah mengikut keperluan dan kesesuaian pada masa akan datang.
"Tidak ada sesiapa dapat memastikan siapa penentu kepada projek lebuh raya di masa akan datang. Sekiranya syarikat konsesi sedia ada dijamin mendapat projek akan datang, besar kemungkinan proses pemberiannya pula akan dipersoal," kata persatuan itu.
Dalam posting di blognya, Rafizi mencadangkan supaya pemegang konsesi lebuh raya mendapat keutamaan dalam projek-projek lebuh raya akan datang sebagai pertukaran untuk tidak menaikkan kadar tol.
Dengan cara ini, beliau berkata mereka tidak perlu bimbang tentang keuntungan yang berkurangan kerana mereka mempunyai potensi untuk terus terlibat dalam projek lebuh raya kerajaan yang akan datang dengan syarat perjanjian ditetapkan secara adil mengikut kadar keuntungan munasabah.
INFOGRAFIK: Kadar tol 18 lebuhraya naik mulai 15 Oktober
Timbul pelbagai kerumitan
PSKLM menegaskan bahawa cadangan itu memerlukan persetujuan kesemua pemegang taruh bagi 31 lebuh raya di negara ini, dan realitinya ia boleh menimbulkan pelbagai kerumitan dan memakan masa lama atas pelbagai sebab.
Menurut persatuan itu, besar kemungkinan 'projek gantian' tidak memenuhi syarat ditetapkan institusi kewangan yang telah membiayai konsesi asal.
PSKLM berkata sekiranya penyelarasan kadar tol tidak dilaksanakan kerana menunggu 'projek gantian', ia sudah pasti akan memberi kesan kepada pinjaman kewangan yang telah dibuat berlandaskan kepada jangkaan aliran tunai hasil daripada kenaikan kadar tol berkala yang dipersetujui ketika perjanjian ditandatangani.
"Tidak salah untuk kami nyatakan bahawa ada kemungkinan syarikat konsesi tidak dapat memenuhi tuntutan kewangan mereka kepada pemberi pinjaman sekiranya penyelarasan kadar tol tidak dilaksanakan," kata kenyataan itu.
Penyelarasan kadar tol yang berkuat kuasa Khamis, melibatkan lebih 10 lebuh raya utama di Lembah Klang serta Johor.
Pada Selasa, Kementerian Kerja Raya berkata kerajaan telah menangguhkan kenaikan kadar tol di lebuh raya yang layak mendapat kenaikan sejak 2008 sebagai antara inisiatif untuk mengurangkan beban kewangan rakyat.
Jumlah pampasan yang dibayar kerajaan kepada syarikat konsesi lebuh raya dari 2008 hingga 2013 adalah RM1,108.91 juta, manakala bagi 2014 berjumlah RM402.99 juta.
Langkah itu diambil supaya syarikat konsesi lebuh raya tidak menaikkan kadar tol, sekali gus meringankan beban kewangan orang ramai.
Bernama
Thu Oct 15 2015

Penyelarasan kadar tol yang berkuat kuasa Khamis, melibatkan lebih 10 lebuh raya utama di Lembah Klang serta Johor. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Kenaikan kadar tol di 3 lagi lebuh raya ditangguhkan tahun ini - Fadillah
Penangguhan itu melibatkan tiga lebuh raya iaitu Lebuh raya Shah Alam (KESAS), Lebuh raya Lembah Kelang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2).

Mesej viral kenaikan kadar tol adalah palsu - Kementerian
Laporan mengenai kenaikan kadar tol yang tersebar di media sosial dan aplikasi WhatsApp adalah palsu, menurut Kementerian Kerja Raya.

Tol: PSKLM pertikai cadangan Rafizi
PSKLM menyatakan, di Malaysia terdapat 31 lebuh raya bertol dimiliki syarikat konsesi berbeza dengan pelabur dan pemegang taruh mempunyai komitmen berbeza.