KUALA LUMPUR:Keputusan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak menolak menteri besar dalam usul undi tidak percaya membuktikan bahawa menggugurkan pemimpin nombor satu di negeri itu lebih penting daripada pembentangan Belanjawan Negeri 2021.
Dalam masa sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kesal apabila perkara utama iaitu pembentangan belanjawan diketepikan sekali gus mengutamakan usul undi tidak percaya terhadapnya.
"Apa yang berlaku pagi ini, majoriti ADUN tidak lagi menyokong saya sebagai Menteri Besar Perak. Di Awal pagi terdapat dua usul daripada ADUN Pasir Pinji dan Temenggor untuk mengangkat perintah tetap sidang dewan untuk membenarkan speaker DUN membincangkan usul undi percaya terlebih dahulu.
"Kita mendapati beliau yang mengusulkan undi percaya (tetapi) tidak percaya, perkara ini untuk mengaburi mata rakyat, kita memahaminya (we understand that). Bukan saya letak usul itu diatas, dua ADUN dari DAP dan UMNO membentangkan usul persendirian ini, melibatkan kepentingan awam.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Undi Percaya DUN Perak - Faizal gagal peroleh sokongan majoriti
BACA: Sidang DUN Perak ditangguh ke Rabu depan
"Mereka memikirkan usul Menteri Besar Perak lebih penting daripada membentangkan usul belanjawan. Kadang-kadang dalam politik ini, buang menteri besar itu lebih penting daripada membantu rakyat dalam kesusahan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
Dalam pada itu, Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang berharap agar pertukaran kerajaan dan kepimpinan yang baharu berjalan lancar
Katanya, semua pihak perlu duduk berbincang dan mencari jalan penyelesaian melibatkan kepentingan rakyat terutama Belanjawan Negeri Perak 2021.
"Pertama menubuhkan kerajaan negeri dan kedua membentangkan belanjawan. Jika tidak bulan ini (Disember), maka akan berlaku government shut down di Perak bulan hadapan (Januari 2021).
"Ia sesuatu yang merugikan semua pihak, kalau orang politik tidak bertindak secara matang, rakyat akan menerima kesannya. Ini tidak harus dibenarkan (berlaku)," katanya.
Fareez Azman
Fri Dec 04 2020

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata demikian ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat. Gambar:BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.

Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.

Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.

Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.

Himpunan solidariti Najib: 'Tanggung risiko sendiri jika sertai perhimpunan' - Zahid Hamidi
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya esok.

Pengampunan Najib: Bersolidariti ikut musim sangat memualkan - Khaled
Khaled berkata, UMNO tidak akan berhenti berjuang mendapatkan keadilan terhadap Najib, dan akan dilakukan mengikut lunas perundangan.