GAMBAR terbaharu pelakon Tom Cruise di satu perlawanan besbol di San Francisco baru-baru ini, yang memaparkan wajahnya lebih berisi, menimbulkan spekulasi bintang Mission Impossible itu melakukan pembedahan plastik.
"Apa yang dilakukan Tom Cruise pada wajahnya?" itu ciapan salah seorang peminat di Twitter.
Sebahagian peminat pula berpendapat hanya ada dua kemungkinan, iaitu berat badan Cruise bertambah atau dia melakukan pembedahan plastik.
Dr Alice Henshaw, pemilik Harley Street Injectables, yakin 'bengkak' di wajah Cruise adalah kerana pembedahan plastik.
"Wajahnya kelihatan bengkak, yang mungkin disebabkan oleh filler, bengkak akibat satu prosedur atau kenaikan berat badan," katanya kepada The Sun.
"Saya percaya dia pernah melakukan filler di bawah matanya dan di sekitar mulut dan hidungnya sebelum ini, tetapi kesannya berbeza kali ini," tambahnya.
Filem terbaharu Cruise, "Top Gun: Maverick," yang sepatutnya menemui penonton November ini, ditunda tayangannya ke Mei 2022.
Penggambaran Mission: Impossible 7 pula dihentikan seketika pada Jun lalu susulan berlaku jangkitan COVID-19 di set penggambaran.
Agensi
Thu Oct 14 2021

Peminat berpendapat hanya ada dua kemungkinan, iaitu berat badan Cruise bertambah atau dia melakukan pembedahan plastik. - Foto AP

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tom Cruise terjun bumbung stadium sebagai gimik penutupan Sukan Olimpik Paris 2024
Tom Cruise melompat dari bumbung stadium Stade de France sebagai gimik kepada acara penutupan Sukan Paris pada Ahad.

Selamat tinggal Paris 2024, jumpa di Los Angeles 2028
Temasya Sukan Olimpik Paris 2024 melabuhkan tirai dengan penuh gemilang malam tadi selepas 19 hari aksi sukan bertaraf dunia.

Tom Cruise beraksi pada penutup Sukan Olimpik Paris 2024
Penampilan Cruise adalah sebahagian daripada upacara penyerahan Bendera Olimpik dari Paris ke bandar tuan rumah Sukan Olimpik 2028, Los Angeles.

Tom Cruise tak tahu boleh tonton p*rno di internet
Tom Cruise kini menghangatkan dunia menerusi francais filem fenomenanya, Mission Impossible.

Mission Impossible 7 paling 'best', Tom Cruise masih mampu buat penonton tak senang duduk
Bagi mereka yang dahagakan sebuah naskhah aksi yang mampu membuatkan anda tidak senang duduk, filem Mission Impossible ini ada segalanya.

Cinta tiga segi: Tom Cruise tercabar, Hamilton dekati Shakira?
LEWIS HAMILTON dilaporkan berada dalam 'cinta tiga segi' dengan Shakira dan bintang Hollywood, Tom Cruise.

Tom Cruise berminat, ini pula respons Shakira mengenai gosip cinta mereka
Aktor Tom Cruise dan penyanyi Shakira baru-baru ini dirakamkan bersama sewaktu perlumbaan Grand Prix Formula 1 di Miami.

Konsert pertabalan Raja Charles bakal tampilkan Tom Cruise, Joan Collins, Winnie the Pooh
Konsert sempena istiadat pertabalan Raja Charles III akan diserikan dengan penyertaan ramai bintang popular antaranya Tom Cruise, Joan Collins, Tom Jones, Bear Grylls, Oti Mabuse dan Winnie the Pooh.

Tak hadir Oscar, Tom Cruise pilih rai ulang tahun sahabat
"Top Gun: Maverick" tercalon untuk enam kategori dan menang satu kategori iaitu Best Sound.

Filem blockbuster hebat menanti sepanjang tahun 2023!
Lebih banyak filem blockbuster, seram dan sekuel akan meluncur di pawagam untuk tahun 2023. Alasan ini akan menguatkan lagi kenapa anda perlu keluar menonton ke pawagam tahun ini.