KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas tidak sewenang-wenangnya mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak dengan niat jahat tetapi hanya selepas menerima kertas siasatan yang lengkap daripada agensi penyiasat.
Hakim Datuk Ahmad Bache berkata hanya setelah mengkaji dan berpuas hati dengan bukti yang dikumpul, Thomas mengeluarkan persetujuan untuk mendakwa bekas perdana menteri itu terhadap 35 pertuduhan dalam empat kes.
Kes itu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), International Petroleum Investment Company (IPIC), salah guna kuasa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan pengubahan wang haram di bawah Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) 2001 (AMLATFPUAA 2001).
Beliau berkata isu "menyasarkan bekas perdana menteri atau sasaran niat jahat" tidak timbul kerana menjadi tugas Thomas sebagai Pendakwa Raya untuk mendakwa Najib.
Hakim berkata dalam kes ini, semasa saman difailkan pada 2021, pendakwaan terhadap 35 pertuduhan dalam empat kes itu masih diteruskan atau belum selesai dan Thomas telah meletak jawatan pada 28 Feb 2020.
"Oleh itu, beliau (Thomas) tidak dan tidak akan terlibat dalam menjalankan prosiding 35 pertuduhan dalam empat kes itu, dan belum ada penentuan muktamad bagi empat kes itu," katanya dalam penghakiman setebal 37 muka surat bertarikh 28 Feb dalam saman yang difailkan Najib terhadap Thomas.
Pada 25 Nov tahun lepas, Ahmad membenarkan permohonan Thomas untuk membatalkan saman Najib berhubung dakwaan salah guna jawatan awam kerana mendakwanya atas pertuduhan membabitkan kes 1MDB.
Hakim itu berkata untuk bersetuju dengan cadangan bahawa Thomas telah melakukan ketiga-tiga kesalahan atau sebab tindakan (salah guna dalam jawatan awam, penyalahgunaan proses yang berniat jahat dan kecuaian) walaupun kuasanya, juga akan membuka kepada semua tindakan Pendakwa Raya akan dipersoalkan.
Beliau berkata ia juga membuka kepada penelitian awam, sekali gus mencabar budi bicara yang hampir tidak terikat yang diberikan kepadanya (Thomas) di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dan juga timbalannya (Timbalan Pendakwa Raya -TPR) untuk melaksanakan tugas mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih.
"TPR juga akan takut untuk mengemukakan pertuduhan terhadap suspek walaupun terdapat bukti yang terlalu banyak, kerana risiko mendedahkan mereka kepada saman sivil kemudiannya. Oleh itu, ini berpotensi membawa kepada peningkatan ketara aktiviti jenayah di negara ini.
"Paling teruk, ia akan mengundang tertuduh untuk memfailkan tuntutan terhadap Pendakwa Raya meski pun sebelum prosiding dimulakan atau sebelum mereka dibebaskan seperti kes sekarang di mahkamah ini. Ini jelas akan menyebabkan kucar-kacir dan sistem keadilan jenayah kita akan terancam secara berbahaya," katanya.
Hakim berkata Pendakwa Raya dan TPR kemudiannya perlu hadir ke mahkamah dalam perbicaraan penuh untuk memberi keterangan dan menjelaskan bagi setiap kes, membuang masa rasminya dan dana awam serta menjejaskan dengan serius integriti institusi Peguam Negara atau Pendakwa Raya.
Beliau berkata ini bertentangan dengan dasar awam dan bercanggah sepenuhnya dengan undang-undang prosedur yang ditetapkan dan Kanun Tatacara Jenayah.
"Oleh itu, ini tidak sepatutnya dibenarkan dan tuntutan itu perlu dibatalkan kerana ia remeh dan menyusahkan. Ia juga akan menetapkan duluan buruk dan berbahaya apabila orang yang dituduh boleh memfailkan tuntutan terhadap Peguam Negara/Pendakwa Raya untuk setiap pembebasan," katanya.
Hakim berkata beliau berpendapat tindakan plaintif memfailkan tuntutan ini boleh dilihat sebagai serangan kolateral terhadap pendakwaan 35 pertuduhan jenayah kerana plaintif akan mengambil tindakan sivil secara pramatang berdasarkan pertuduhan jenayah yang masih belum selesai di mahkamah jenayah.
Hakim berkata mahkamah berpendapat tuntutan itu tidak sepatutnya difailkan sama sekali, sebelum perbicaraan empat kes itu selesai.
"Ia juga telah menimbulkan kekeliruan dan pelanggaran bidang kuasa antara bidang kuasa mahkamah sivil dan jenayah dan ini tidak sepatutnya dibenarkan sama sekali," katanya.
Mahkamah berpendapat punca tindakan penyelewengan dalam jawatan awam dan proses yang dipanggil berniat jahat adalah tidak mampan dan bukan permulaan kerana Thomas tidak menjalankan atau mengambil bahagian dalam pendakwaan empat kes itu,katanya.
"Walaupun Thomas mempunyai agenda terhadap plaintif (yang tidak dipersetujui oleh mahkamah ini), beliau tidak akan menjalankan pendakwaan terhadap plaintif.
"Bagaimana boleh beliau dikatakan melakukan salah guna dalam jawatan awam dan kesalahan lain. Oleh itu, tidak ada keperluan bagi saman ini untuk dibicarakan sepenuhnya dan tiada sebab untuk Thomas datang ke mahkamah untuk menjelaskan kerana tuntutan itu harus dibatalkan secara ab initio," katanya.
Dalam saman yang difailkan pada 22 Okt 2021, Najib mendakwa pertuduhan terhadapnya adalah sebahagian daripada langkah yang telah dirancang lebih awal oleh Thomas dan juga selaras dengan rancangan kerajaan Pakatan Harapan pada masa itu.
Beliau memohon satu deklarasi bahawa Thomas telah menyalah guna jawatan awam dan ganti rugi RM1.9 juta termasuk fi rundingan untuk pasukan audit bagi menyemak dokumentasi dalam penyediaan fakta untuk menangani pendakwaan terhadapnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 28 2023

Hakim berkata mahkamah berpendapat tuntutan itu tidak sepatutnya difailkan sama sekali, sebelum perbicaraan empat kes itu selesai. - Gambar kehakiman.gov.my

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Mac 2025.

1MDB diarah bayar kos RM225,000 kepada anak tiri Najib, syarikatnya
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar kos sebanyak RM225,000 kepada Riza Shahriz Abdul Aziz, dan dua syarikatnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Mac 2025.

Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah sekatan terhadap akaun bank dan saham milik putera Arab Saudi Putera Faisal Turki Al Saud dan bekas penasih

'Saya bukan proksi Najib' - Bekas Pengerusi 1MDB
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu tidak dilantik dalam syarikat pelaburan strategik negara itu semata-mata untuk memastikan semua keputusan Najib dilaksanakan.

Bekas Pengerusi 1MDB diasak soalan berhubung kenyataan bukan proksi Najib
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, 75, diasak dengan soalan pasukan pendakwaan berkaitan kenyataan beliau bukan proksi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.