KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas memfailkan saman pemula terhadap Pasukan Petugas Khas dan kerajaan dengan mendakwa laporan siasatan berhubung kandungan memoirnya bertajuk ‘My Story: Justice In the Wilderness’ adalah tidak sah dan melanggar undang-undang.
Thomas, bekas Peguam Negara antara Jun 2018 hingga Februari 2020, memfailkan saman itu pada Khamis melalui firma guamannya, Tetuan Tommy Thomas, dengan menamakan Pengerusi Pasukan Petugas Khas, Datuk Seri Fong Joo Chung, enam ahli pasukan itu dan kerajaan sebagai defendan.
Selain Fong, ahli pasukan petugas itu adalah Datuk Seri Panglima Hashim Paijan, Datuk Dr Junaidah Kamaruddin, Datuk Jagjit Singh Bant Singh, Datuk Shaharudin Ali, K. Balaguru,Farah Adura Hamidi dan Mohd Najib Surip.
Thomas memohon perisytiharan bahawa laporan bertajuk 'Laporan Pasukan Petugas Khas - Siasatan Ke Atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk "My Story: Justice In The Wilderness' adalah dokumen tidak sah dan bertentangan dengan undang-undang.
Dalam saman pemula itu, beliau berkata, penerbitan laporan itu melanggar Seksyen 499 dan 500 Kanun Keseksaan dan/atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau juga memohon deklarasi bahawa penerbitan laporan itu oleh kerajaan melanggar haknya terhadap reputasinya seperti yang dilindungi oleh Perkara 5(1) dan 13(1) Perlembagaan Persekutuan.
Sementara itu, Thomas dalam afidavit sokongannya, mendakwa bahawa laporan itu diterbitkan dengan niat untuk merosakkan reputasinya, mengandungi dakwaan palsu dan tidak berasas dan diterbitkan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut dan mengganggunya.
Mervyn Lai, yang menganggotai pasukan peguam Thomas, ketika dihubungi, berkata saman pemula itu sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara petang ini.
Buku tulisan bekas peguam itu diterbitkan pada Januari 2021 dengan pelbagai kontroversi menyebabkan Kabinet pada 8 OKt 2021 menubuhkan pasukan petugas khas itu untuk menjalankan kajian awalan ke atas pendedahan terkandung dalam buku tersebut.
Pada 13 Oktober lalu, kerajaan menyahklasifikasi laporan pasukan petugas khas itu, antara lain mengesyorkan supaya Thomas disiasat atas kemungkinan pelbagai kesalahan.- Bernama.
Bernama
Thu Oct 27 2022

Tommy Thomas mendakwa laporan siasatan berhubung kandungan memoirnya bertajuk My Story: Justice In the Wilderness adalah tidak sah dan melanggar undang-undang. -Gambar fail

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

Saman fitnah: Mahkamah tolak permohonan Tommy Thomas singkir hakim
Hakim Roz Mawar menyatakan bahawa permohonan menarik diri ini tidak berasas dan boleh merosakkan keyakinan awam terhadap badan kehakiman.

Keputusan permohonan Tommy Thomas supaya Hakim Roz Mawar tarik diri 14 Jan
Mahkamah Tinggi menetapkan 14 Jan 2025 untuk keputusan permohonan Tommy Thomas agar Hakim Roz Mawar Rozain menarik diri daripada mendengar kes saman terhadapnya.

Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.

Pendengaran permohonan Tommy Thomas supaya Roz Mawar tarik diri ditangguh 9 Dis
Pendengaran permohonan Tommy Thomas supaya Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain menarik diri daripada mendengar saman difailkan Shahrir Ab Samad ditangguh.

Saya tidak terlibat pembunuhan Altantuya - Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan terlibat dalam pembunuhan Altantuya, menegaskan beliau tidak mengenali atau mengarahkan pembunuhan itu.

Kes saman Shahrir Samad: Tommy Thomas mohon Roz Mawar tarik diri
Thomas mendakwa Roz Mawar telah membuat banyak dapatan tidak berasas serta bercanggah dengan tuntutan saman itu dan keterangan yang dikemukakan di hadapan mahkamah.

Najib mohon kerajaan halang tayangan dokumentari 'Man on the Run'
Muhammad Shafee berkata, apa yang lebih serius lagi adalah, Tommy turut membuat kesimpulan sendiri berhubung kes itu di luar mahkamah.

Laporan siasatan memoir: Tommy Thomas saman kerajaan, pasukan petugas khas
Tan Sri Tommy Thomas memfailkan saman terhadap pasukan petugas khas (STF) dan kerajaan Malaysia berhubung laporan siasatan memoirnya bertajuk "My Story: Justice In the Wilderness".

Rayuan Najib untuk kembalikan saman terhadap Tommy Thomas didengar 5 Feb
Peguam Daniel Annamalai, antara peguam yang mewakili Najib mengesahkan tarikh pendengaran rayuan itu.