ALOR SETAR: Tiga beranak yang melecur dalam kejadian kereta terbakar dan meletup di Taman Industri Ringan Sri Mergong, di sini pada Selasa masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, Tuah Omar, 54, yang melecur sebanyak 70 peratus dan anaknya, Muhamad Firdaus Syawal Abdullah, 5, yang melecur 60 peratus dalam keadaan stabil dan sedang ditidurkan.
"Tuah dan isterinya, Noor Azlina Abu Bakar, 34, yang melecur 30 peratus dirawat di Unit Kebakaran HSB.
"Kanak-kanak lelaki itu pula dirawat di Wad Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HSB," katanya kepada pemberita pada Sabtu.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan tiga beranak itu datang ke sebuah premis di lokasi kejadian untuk mengisi dua tong gas oksigen untuk kegunaan bantuan pernafasan bagi kegunaan sendiri.
Bagaimanapun, kedua-dua tong gas tersebut dipercayai meletup secara tiba-tiba sehingga mengakibatkan tiga beranak itu melecur apabila kenderaan jenis Proton Wira dinaiki mereka terbakar. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 17 2023

Keadaan kereta dinaiki tiga beranak meletup pada Selasa lalu. -Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kanak-kanak lelaki melecur hampir seluruh badan dipanah petir
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun cedera dengan kesan melecur pada hampir seluruh badan akibat dipanah petir di Kampung Permatang Kerisek, Simpang Empat malam tadi.

Tong gas oksigen meletup: Dua beranak ditidurkan, stabil
Muhamad Firdaus Syawal Abdullah, 5, yang melecur 60 peratus dalam keadaan stabil dan sedang ditidurkan.

Budak perempuan melecur main mercun meninggal dunia
Kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang badannya melecur akibat disambar api ketika bermain bunga api dan mercun pada 12 April lalu di Kampung Senara, Kubur Panjang, meninggal dunia.

Kanak-kanak empat tahun melecur akibat mercun
Mangsa melecur lebih 46 peratus pada bahagian muka dan badan kini berada di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan.

Siasatan kes suami isteri abai rawatan anak melecur lengkap tidak lama lagi
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes suami isteri dipercayai melakukan pengabaian selepas tidak menghantar anak lelaki mereka untuk rawatan kerana melecur.

Kanak-kanak melecur teruk tahan sakit 5 hari, disyaki diabai ibu bapa
Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan sakit lima hari kerana melecur di separuh bahagian badannya akibat bermain api di timbunan sampah berhampiran rumahnya.