MIRI: Tiga mangsa bot karam SFS3-4334 ditemui selamat dalam tong simpanan ikan selepas bot nelayan yang mereka naiki karam di peraiaran Baram di sini Rabu lalu.
Ketiga-tiga nelayan tempatan tersebut ditemui berpaut pada boya pelantar pada jarak 32.5 batu nautika barat laut Kuala Baram oleh pekerja pelantar pada 10.30 pagi semalam.
Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Shafie Paing berkata, mangsa yang terselamat dikenal pasti sebagai Zaidi Nawi, Anuar Amin dan Junaidi Nyaman yang berusia antara 43 dan 70 tahun.
“Daripada keseluruhan enam mangsa tragedi bot hilang, dua mangsa (SFS3-4271) dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan, tiga mangsa (SFS3-4334) selamat ditemui manakala seorang lagi mangsa yang masih hilang adalah Masni Jana.
“Sektor pencarian operasi mencari dan menyelamat mangsa terakhir itu, daripada bot nelayan SFS3-4271, diperluaskan kepada 1,020.64 batu nautika persegi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Pada 19 Julai lalu, dua bot nelayan tempatan dengan nombor pendaftaran SFS3-4334 dan SFS3-4271 dilaporkan karam di peraiaran Baram Miri melibatkan keseluruhan enam mangsa, lima daripadanya berjaya diselamatkan.
Operasi memasuki hari kelima ini melibatkan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri bersama Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Sarawak Coast Guard (SCG) dan komuniti maritim nelayan Piasau.
Dalam perkembangan sama, operasi mencari dan menyelamat empat lagi mangsa kapal karam di Perairan Pulau Burung di Sebuyau yang turut karam pada 19 Julai lalu diteruskan merangkumi keluasan 159.19 batu nautika persegi.
Devonshire Sikem
Sun Jul 23 2023
Ketiga-tiga nelayan ditemui berpaut pada boya pelantar pada jarak 32.5 batu nautika barat laut Kuala Baram oleh pekerja pelantar. - Foto ihsan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 Januari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
ASEAN 2025: Kepengerusian Malaysia bermula dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
ASEAN 2025: Kepengerusian Malaysia bermula dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
Pembinaan semula Gaza dijangka 1 trilion dolar - PM Anwar
Inisiatif Jepun untuk membantu pemulihan Gaza dibincangkan semasa lawatan Shigeru Ishiba ke Malaysia awal bulan ini.
Kabinet Israel lulus perjanjian gencatan senjata
Laporan media menyatakan 24 menteri dalam kerajaan gabungan Netanyahu menyokong perjanjian itu, manakala lapan lagi menolaknya.
Bekas PM Kemboja Hun Sen jamin beri sokongan diplomatik untuk AIPA ke-46 di Kuala Lumpur
Johari Abdul yang sedang dalam misi diplomatik dua hari ke Kemboja mengadakan perbincangan pada Jumaat dengan Hun Sen.
PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari
Lawatan pertama PM ke negara tersebut diadakan bagi mengukuh hubungan Malaysia dengan Belgium dan Kesatuan Eropah (EU).
Perkembangan banjir di lima negeri yang masih terjejas
Jumlah Mangsa banjir di lima negeri mencatatkan seramai 806 mangsa daripada 152 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Sabtu.
Akibat cuaca sejuk, majlis angkat sumpah Trump dipindah ke lokasi tertutup
Trump arah acara diadakan di Rotunda Capitol Amerika Syarikat seperti dilakukan oleh Ronald Reagan pada 1985 disebabkan cuaca sangat sejuk.
11 pendatang tanpa izin ditahan di Muallim
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 11 pendatang tanpa izin dalam serbuan di tujuh premis perniagaan berasingan di sekitar daerah Muallim.
PGA tahan 14 warga asing, dua tekong di Ketereh
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pemerdagangan manusia selepas menahan 14 warga asing, termasuk empat kanak-kanak, di Kampung Paya Lada, Ketereh.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan berkata serbuan dijalankan pada Khamis malam.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan berkata serbuan dijalankan pada Khamis malam.
Kejadian tanah runtuh di Genting Highlands
Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Amber Court dan Ion Delemen, Genting Highlands, Bentong pada awal pagi Jumaat menyebabkan laluan terhalang dan tidak dapat dilalui di kedua-dua arah.
2 maut, 12 hilang selepas bot nelayan karam di Pulau Jeju
Daripada 27 kru, 15 berjaya diselamatkan, termasuk dua yang ditemukan tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital berhampiran.
Bot regata karam masih belum ditemukan - Pengarah UKPS
Bot regata yang karam di Sungai Sarawak hingga meragut nyawa lima kakitangan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), masih belum ditemukan.
Bot karam: Operasi SAR hari kedua ditangguh, tiada petunjuk baharu
JBPM telah melakukan 10 selaman setelah mengesan objek di dasar sungai, namun kesemuanya menunjukkan keputusan negatif dengan penglihatan sifar.
Bot lalui lokasi latihan regata perlu perlahankan pergerakan - Polis
Peserta regata turut disaran memakai jaket keselamatan ketika menjalani latihan selain penganjur pertandingan perlu menyediakan bot pengiring.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
Polis nafi bot karam di Pulau Pangkor
Polis menafikan berlakunya kejadian bot pelancong karam di pusat peranginan Pulau Pangkor, seperti yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp.
Bapa mangsa harap bangkai bot dijumpai, yakin anak terperangkap
Dia percaya anak perempuannya terperangkap di dalam satu ruang tertutup di dalam bot berkenaan.
Operasi carilamat mangsa bot karam ditamatkan
Operasi mencari dan menyelamat (carilamat) dua mangsa bot karam di perairan Kemaman ditamatkan pada 7 malam ini.
Operasi mencari mangsa bot karam diteruskan pagi ini
Operasi yang memasuki hari ketiga akan melibatkan sektor pencarian seluas 407.8 batu nautika termasuk di laut dan udara.
'Pertama kali Aina sertai rombongan, tak sangka bertukar tragedi'- Bapa
Kali terakhir Muhamad Husaini bertemu anaknya, Aina Husna ialah pada Khamis lalu, ketika menemani untuk membeli barangan keperluan mencandat sotong.