KUALA LUMPUR:Top Glove Corporation Bhd dijangka membuka semula kesemua 28 kilang pengeluarannya di Meru, Klang dalam tempoh dua hingga tiga minggu akan datang, menurut Pengerusinya Tan Sri Dr Lim Wee Chai.
Beliau berkata, tujuh kilang telah dibuka semula ketika peringkat pertama pemulihan operasi yang bermula semalam, manakala peringkat kedua akan melibatkan tujuh lagi kilang untuk kembali beroperasi menjelang hujung minggu akan datang.
"Diharapkan, semua (28) kilang ini akan beroperasi dan kesemuanya akan kembali normal dalam masa dua hingga tiga minggu akan datang," katanya dalam taklimat maya mengenai keputusan syarikat untuk suku pertama berakhir 30 Nov 2020, di sini, hari ini.
Top Glove telah menutup sementara 28 kilangnya di Klang akibat peningkatan jangkitan COVID-19 dalam kalangan pekerjanya. Kesemua 28 kilang ini mewakili kira-kira 50 peratus daripada kapasiti pengeluaran syarikat.
Bagaimanapun, Lim berkata penutupan kilang di Klang sejak November lepas dijangkakan hanya menjejaskan empat peratus daripada perolehan syarikat untuk tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2021.
Untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, Pengarah Urusan Datuk Lee Kim Meow berkata Top Glove menyasarkan untuk mengambil 7,000 pekerja tempatan bagi tahun kewangan 2021 berbanding hampir 5,000 pada tahun kewangan 2020.
Ditanya mengenai penalti kerajaan berikutan kegagalan syarikat itu mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446), Lee berkata setakat ini, Top Glove belum menerima sebarang maklumat daripada pihak berkaitan.
"Bagaimanapun, kami ingin merayu kepada kerajaan untuk membantu kami, dan, agar mereka tahu kami syarikat yang serius dan mahu mematuhi (peraturan ini)," katanya.
Mengenai kemungkinan vaksin COVID-19 akan menjejaskan pertumbuhan syarikat itu pada tahun depan, Lim melahirkan keyakinan bahawa permintaan terhadap sarung tangan akan terus kukuh di seluruh dunia meskipun wujudnya vaksin.
"Berdasarkan nilai perolehan kontrak kami dengan kapasiti pada tahun depan telah ditempah sepenuhnya, ini menunjukkan vaksin itu tidak akan mempengaruhi permintaan sarung tangan di seluruh dunia," katanya.
Berdasarkan slaid pembentangan Top Glove, permintaan terhadap produk syarikat itu kekal kukuh pada suku pertama tahun kewangan 2021. Ini dipacu oleh Asia tidak termasuk Jepun, yang melonjak 72.9 peratus tahun ke tahun, dan Eropah Barat yang menokok 70.2 peratus tahun ke tahun.
Bagaimanapun, permintaan daripada Amerika Utara turun dua peratus pada tahun kewangan 2021 berbanding tahun sebelumnya, terutama disebabkan isu larangan import oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 09 2020

Tujuh kilang telah dibuka semula ketika peringkat pertama pemulihan operasi yang bermula semalam, manakala peringkat kedua akan melibatkan tujuh lagi kilang hujung minggu akan datang. - Gambar fail
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram
Serbuan di sebuah kilang memproses sampah elektronik (e-waste) di Telok Panglima Garang, di sini, membongkar penemuan kira-kira 50,000 kilogram (kg) peluru termasuk kelongsong, pada Sabtu.

Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan
Dua lelaki didakwa merusuh bersenjatakan pisau dalam insiden langgar lari di Jalan Klang Lama.

Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.

KPDN Selangor rampas lebih 6,000 barang guna cap dagangan tidak sah
KPDN Selangor rampas lebih 6,000 barangan disyaki menggunakan cap dagangan secara tidak sah bernilai RM37,000 dalam serbuan di dua lokasi.

Sultan Selangor zahir rasa kesal, dukacita tahap kebersihan Bandar Raya Diraja Klang
Baginda bertitah, terdapat banyak kawasan yang masih kotor dan tidak teratur termasuk sungai yang dicemari teruk dengan sampah sarap.

GM Klang sasar enam juta pengunjung sempena Tahun Melawat Selangor 2025
Pelbagai kempen termasuk menerusi media sosial telah dirangka dan akan dilaksanakan mulai bulan ini bagi menarik lebih banyak pelancong.

Pelanggan kedai aiskrim disamun dua lelaki berparang
Suspek cuba mencederakan mangsa yang ketika itu sedang membeli aiskrim sebelum melarikan mesin wang tunai di premis terbabit.

Air pasang besar di Klang terkawal, tiada pemindahan penduduk
Fenomena air laut pasang besar di sekitar Klang yang berlaku awal pagi ini dalam keadaan terkawal dengan tiada pemindahan penduduk dilakukan.

Budak perempuan hilang ketika ambil makanan ditemui semula, dipercayai diculik
Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan yang hilang selepas keluar dari rumahnya di Klang terungkai setelah ditemui semula selepas dipercayai diculik.

Lelaki ditahan terlibat buli jalan raya, langgar mangsa hingga cedera
Polis Shah Alam menerima laporan daripada mangsa yang juga seorang lelaki berusia 49 tahun pada 10.28 malam, hari yang sama.