Penduduk di Lembah Klang boleh mendapatkan topeng muka jenis N95 secara percuma di semua klinik kesihatan dan hospital kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan mulai hari ini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata sejumlah sejuta unit topeng muka disediakan untuk dibahagikan kepada orang ramai di kawasan berjerebu yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200.
"Sekiranya jumlah satu juta itu habis diagihkan, ia bergantung kepada jumlah stok kami yang ada dan kami akan terus mengagihkannya sehingga keadaan jerebu semakin pulih," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Subramaniam berkata topeng muka juga telah diagih-agihkan kepada penduduk di negeri-negeri yang mempunyai bacaan IPU yang teruk seperti Johor dan Melaka melalui pusat membeli-belah, sekolah dan tempat-tempat awam.
Dr Subramaniam turut menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan aktiviti luar semasa jerebu.
"Jika terpaksa berada di luar rumah, pastikan juga memakai topeng muka yang sesuai, minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari dan elakkan merokok semasa jerebu untuk kesihatan," katanya.
Subramaniam berkata pihaknya akan membincangkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi menyelaraskan status penutupan sekolah semasa jerebu dan panduan menghadapi jerebu untuk sekolah-sekolah dalam mesyuarat kabinet Jumaat ini.
"Kami juga akan membincangkan mengenai status penutupan sekolah sekiranya jerebu sampai ke tahap tidak sihat ataupun berbahaya.
"Namun, sekiranya sudah sampai ke tahap 300 ke atas, maka sekolah itu mesti ditutup demi kesihatan murid-murid, " katanya.
Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu juga mengagihkan 500 topeng muka secara percuma kepada pengguna jalan raya di Kuala Terengganu hari ini manakala sebanyak 1,000 lagi akan diagihkan di Dungun dan Kemaman esok.
Pengarahnya Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata selain itu sebanyak 5,000 nashkah bahan pendidikan kesihatan mengenai jerebu sudah diedarkan ke tempat-tempat tumpuan awam manakala 5,000 nashkah lagi akan diagihkan dalam tempoh terdekat.
Bernama
Tue Jun 25 2013


Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Tujuh hospital dikenal pasti bagi penambahbaikan liputan internet - Teo
Sebanyak tujuh hospital telah dikenal pasti bagi penambahbaikan liputan dan kualiti internet setakat ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan berjaya peroleh akreditasi MSQH
Sebanyak 124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan di seluruh negara berjaya diakreditasi dan memenuhi piawaian penilaian ditetapkan oleh MSQH hingga 31 Okt tahun ini.

JKNS siasat dakwaan 'pengalaman ngeri' wanita bersalin di hospital kerajaan
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) sedang menyiasat dakwaan pengalaman ngeri seorang wanita menjalani pembedahan bersalin di sebuah hospital kerajaan di negeri ini.

Ambil serius luahan petugas kesihatan - Cuepacs
Cuepacs menggesa kerajaan supaya melakukan siasatan menyeluruh mengenai isu kekurangan doktor dan petugas kesihatan di beberapa hospital.

24 termasuk 12 bayi baru lahir mati dalam 24 jam di hospital kerajaan di India
Kematian di Kolej Perubatan dan Hospital Kerajaan Dr Shankarrao Chavan di Nanded itu dikaitkan dengan kekurangan ubat-ubatan dan kakitangan.

Penggantian segera untuk kekosongan jawatan doktor kontrak
Kementerian Kesihatan akan segera mengisi kekosongan jawatan doktor kontrak di klinik dan hospital kerajaan susulan penyerapan hampir 4,000 doktor kontrak ke jawatan tetap.

4,833 kes tertunggak akan diselesaikan dalam masa terdekat - Khairy
Jumlah kes yang masih tertunggak sehingga 31 Julai lepas itu melibatkan prosedur pembedahan.

92 peratus kes tertunggak bukan COVID-19 berjaya diselesaikan - Khairy
KKM kini dalam usaha untuk menyelesaikan baki 4,833 kes rawatan yang tertunggak itu dalam tempoh terdekat.

Doktor hospital kerajaan antara enam ditahan edar dadah
Seorang doktor yang bertugas di sebuah hospital kerajaan antara enam ditahan selepas disyaki terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah.

Hospital swasta di Kedah mula terima pesakit COVID-19
Pada masa sama, dua lagi hospital kerajaan dibuka untuk menerima pesakit COVID-19, iaitu Hospital Kuala Nerang dan Hospital Kulim.