Seorang penganggur yang digelar ‘Topoi K’ akhirnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan mengedar pelbagai jenis dadah di sebuah rumah di Bandar Hilir, Melaka minggu lalu.
Topoi K atau nama sebenarnya Vincent Tan Kee Boon, 26 tahun didakwa atas empat pertuduhan namun tiada pengakuan direkodkan dalam dua prosiding berasingan di hadapan Majistret, Mohd Firdaus Saleh dan Norina Maludin.
Berdasarkan pertuduhan pertama sehingga ketiga, tertuduh didakwa mengedar 800 pil eramin 5 jenis nimetazepham yang dianggaran seberat 216.8 gram(g), ketamin (450.3 g) dan 255 pil ekstasi jenis metaphetamine (82.35 g).
Bagi pertuduhan keempat, dia turut didakwa melakukan kesalahan sama mebabitkan cecair ketamin dengan berat kasar 11.5 kilogram (kg).
Keempat-empat pertuduhan itu didakwa dilakukannya di sebuah rumah di Amerald Garden City, Jalan Merdeka, Banda Hilir, melaka sekitar jam 9.15 pagi 10 Januari lalu.
Semua pertuduhan didakwa mengikut seksyen 39b(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39b2 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara gantung sampai mati mandatori.
TONTON: Edar dadah guna botol minuman berperisa
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Shazireen Nadia Saaban ketika pendakwaan meminta mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia untuk mengetahui berat sebenar kesemua dadah tersebut.
Firdaus Saleh dan Norina Maludin menetapkan 20 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut.
Pada 12 Januari lalu, Astro AWANI melaporkan hasrat seorang lelaki untuk mencari pasaran baharu dengan menggunakan taktik pengedaran dadah melalui botol minuman berperisa yang berjaya dipatahkan Polis Melaka apabila seorang individu ditahan dalam satu serbuan di sebuah apartment di Bandar Hilir, Melaka.
Serbuan yang dilakukan hasil maklumat orang awam itu berjaya menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang diberi gelaran ‘Topoi K’ bersama beberapa jenis dadah berjumlah RM150,000.
Raffi Bachik
Fri Jan 20 2017
!['Topoi K' didakwa kerana mengedar dadah bernilai RM150,000 'Topoi K' didakwa kerana mengedar dadah bernilai RM150,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/81452583079_CourtGavel.jpg)
Topoi K' akhirnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas pertuduhan mengedar pelbagai jenis dadah. - Gambar fail
![Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739353010_tbDonaldTrump.jpg)
Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah
Keputusan Donald Trump untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas import keluli dan aluminium yang memasuki negara itu, telah mencetuskan tentangan hebat di seluruh Eropah, lapor Xinhua.
![Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739353423_tbFikryIbrahimKha.jpg)
Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari
Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, yang dikenali sebagai Khalizah Alihan, pada Rabu.
![Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356372_RIBUTPETIR.jpg)
Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda enam negeri sehingga 9 malam ini.
![Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739356198_Suaram.jpg)
Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan menahan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sevan Doraisamy hari ini, seperti yang dilaporkan menerusi beberapa portal berita.
MotoGP musim baharu di Thailand dilancar
Bandar Bangkok bergema dengan bunyi hon dan deruan motosikal sebagai simbolik pelancaran MotoGP musim baharu di Thailand pada Ahad.
Penagih dadah: Singapura saksi peningkatan 30 peratus penagih bawah 20 tahun
Laporan Situasi Dadah Singapura 2024 yang dikeluarkan pada Rabu mendedahkan bahawa lebih separuh daripada penagih baharu yang ditahan dalam tempoh dua tahun lalu berusia bawah 30 tahun.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
![Kerajaan Johor seru semua IPIS di negeri itu didaftar Kerajaan Johor seru semua IPIS di negeri itu didaftar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704257934_TBMOHDFAREDMOHD.jpg)
Kerajaan Johor seru semua IPIS di negeri itu didaftar
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pendaftaran boleh dilakukan melalui mana-mana Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID).
![Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739355908_tbrubbleofbuilding.jpg)
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir turut menekankan keperluan penyelesaian yang adil terhadap isu Palestin, dengan menghormati hak rakyat di rantau berkenaan.
66 wilayah Thailand menghadapi kualiti udara berbahaya
Sebanyak 66 daripada 76 wilayah di Thailand diselubungi dengan tahap pencemaran habuk yang tidak selamat pada pagi Rabu, dengan jerebu terburuk menyelubungi Greater Bangkok.
![Wanita, teman lelaki didakwa dera anak kandung Wanita, teman lelaki didakwa dera anak kandung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61629868831_TBTEMANLELAKIMAHKAMA.jpg)
Wanita, teman lelaki didakwa dera anak kandung
Seorang wanita dan teman lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas dakwaan mendera anak kandung perempuannya berusia lima tahun, minggu lalu.
![COVID-19: Jumlah pelancong ke Melaka terkesan COVID-19: Jumlah pelancong ke Melaka terkesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81601738598_KotaAFamosa.jpg)
COVID-19: Jumlah pelancong ke Melaka terkesan
Peningkatan kes positif COVID-19 dalam negara yang mencapai tiga angka sejak 25 Sept lepas, sekali lagi memberi kesan pada industri pelancongan di Melaka.
!['Berpesta' di jalan raya rai kertas akhir SPM 'Berpesta' di jalan raya rai kertas akhir SPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/41574853687_BARUHABISSPMSUDAH.jpg)
'Berpesta' di jalan raya rai kertas akhir SPM
Kurang 24 jam tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beberapa kawasan tumpuan pelancong di Melaka dicemari insiden sekumpulan pelajar menunggang motosikal secara melulu.
!['Spider-Man' tinggal terlebih masa di Malaysia hingga dicekup Imigresen 'Spider-Man' tinggal terlebih masa di Malaysia hingga dicekup Imigresen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/51563196539_spiderman.jpg)
'Spider-Man' tinggal terlebih masa di Malaysia hingga dicekup Imigresen
Tindakan seorang warga Bangladesh memakai kostum adiwira 'Spider-Man' di sekitar Bandar Hilir di sini membawa padah apabila dicekup Jabatan Imigresen Melaka.
!['Topoi K' didakwa kerana mengedar dadah bernilai RM150,000 'Topoi K' didakwa kerana mengedar dadah bernilai RM150,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/81452583079_CourtGavel.jpg)
'Topoi K' didakwa kerana mengedar dadah bernilai RM150,000
Seorang penganggur yang digelar 'Topoi K' akhirnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan mengedar pelbagai jenis dadah di sebuah rumah di Bandar Hilir.