PUTRAJAYA: Tourism Malaysia menjangkakan kedatangan lebih ramai pelancong dari Indonesia tahun ini, sempena kempen melawat negeri 2024 di Melaka, Kelantan, Perak dan Perlis.
Menurut Tourism Malaysia, lebih 3.1 juta pelancong Indonesia berkunjung ke Malaysia tahun lepas sekali gus meraikan pertukaran budaya dan persahabatan antara kedua-dua negara.
"Kempen ini merupakan persediaan untuk Tahun Melawat Malaysia 2026, yang menyasarkan untuk menarik 35.6 juta pelancong asing, dengan sasaran hasil sebanyak RM147.1 bilion," menurut Tourism Malaysia dalam kenyataan hari ini.
Menurut agensi itu, Indonesia kekal sebagai pasaran penting bagi Malaysia, dan dengan penerbangan harian dari Jakarta yang disediakan oleh syarikat penerbangan Garuda Indonesia, terdapat keyakinan untuk memulihkan prestasi prapandemik dan meningkatkan hubungan dua hala.
Sementara itu, Tourism Malaysia turut menganjurkan lawatan pengenalan untuk rakan dagang perjalanan dan media dari Indonesia untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi digemari pelancong di rantau ini dengan kerjasama Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) dan Garuda Indonesia.
Kumpulan yang terdiri daripada tujuh ejen pelancongan dan satu wakil media dari Jakarta memulakan perjalanan empat hari, tiga malam ke Kuala Lumpur dan Putrajaya dari 4 Feb hingga 7 Feb lepas.
Jadual perjalanan itu merangkumi lawatan pemeriksaan Mesyuarat, Inisiatif, Persidangan dan Pameran (MICE) di lokasi terkenal seperti Pusat Dagangan Dunia, Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Le Meridien Hotel Putrajaya, Hotel InterContinental, Four Points Hotel, Renaissance Hotel dan lawatan bandar.
Di Putrajaya, peserta merasai pengalaman di Souq Putrajaya dan menikmati pelayaran matahari terbenam berserta pelbagai aktiviti menarik lain.
Selain itu, lawatan tersebut turut merangkumi beli-belah di Exchange 106 @ TRX dan Mitsui Sepang KLIA, serta lawatan pemeriksaan separuh hari ke Taman Tema Splashmania dan Sunway Lagoon bagi merasai tarikan terkini.
Lawatan pengenalan tersebut bermatlamat menggalakkan ejen pelancongan Indonesia, terutamanya yang memfokuskan kepada segmen MICE untuk mempromosikan pakej ke Malaysia secara aktif.
Hal itu menunjukkan kepentingan pasaran Indonesia kepada industri pelancongan Malaysia, menekankan pertumbuhan ketara dalam kedatangan pada 2023 dan kesalinghubungan yang kuat dengan 628 penerbangan terus setiap minggu dari Indonesia ke Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 26 2024

Lebih 3.1 juta pelancong Indonesia berkunjung ke Malaysia tahun lepas sekali gus meraikan pertukaran budaya dan persahabatan antara kedua-dua negara. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Tourism Malaysia jangka lebih ramai pelancong Indonesia tahun ini
Tourism Malaysia menjangkakan kedatangan lebih ramai pelancong dari Indonesia tahun ini, sempena kempen melawat negeri 2024 di Melaka, Kelantan, Perak dan Perlis.

Melaka galakkan penyertaan IPT, UiTM tingkat imej pelancongan
Ia selaras dengan usaha merancakkan promosi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dalam menggamit kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri itu.

Usahawan kraf disaran ambil peluang promosi produk tonjol identiti Melaka
Sebanyak 182 usahawan kraf di Melaka disaran supaya mengambil peluang untuk mempromosikan dan memperbanyak produk keluaran beridentitikan negeri.

50 kapal persiaran mewah disasar singgah ke Melaka
Kira-kira 50 kapal persiaran mewah dengan 25,000 pelancong luar negara disasarkan untuk singgah di Melaka sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024).

Tambah nilai produk pelancongan di Merlimau persediaan Tahun Melawat Melaka 2024
Usaha itu dapat mempopularkan Merlimau sebagai pekan kecil di daerah Jasin yang menjadi laluan pintu masuk ke Melaka dari arah selatan.

Melaka yakin capai sasaran 20 juta pelancong
Kerajaan negeri akan mempromosikan sektor pelancongan dengan lebih agresif seiring dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.