BALI: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE) mengenai cabaran, pengalaman pengurusan dan model kewangan dari pelbagai negara berkaitan isu air.
Perbincangan dengan delegasi Bank Dunia diketuai Pengarah Serantau Sustainable Development Practice Group East Asia and Pacific Anna Wellenstein diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Bali, Nusa Dua sempena mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) ke-10 yang berakhir hari ini.
Fadillah berkata pertemuan itu bertujuan untuk membolehkan bertukar pengetahuan dan menghasilkan persetujuan untuk perbincangan lanjut yang melibatkan pegawai Malaysia dan Bank Dunia untuk meneroka bentuk kerjasama, seperti bengkel atau nasihat teknikal.
"Dari situ, Malaysia akan menentukan bentuk kerjasama yang boleh dijalankan, sama ada melalui bengkel atau nasihat teknikal yang diperlukan untuk menjawab cabaran kewangan dalam pengurusan air.
"Pengalaman daripada negara lain dan model bisnes baru yang diperoleh ini diharapkan dapat memberikan idea baharu bagaimana kita boleh membangunkan dan memastikan kelestarian serta kelangsungan bekalan air untuk negara kita dalam semua aspek," katanya kepada media Malaysia.
Menurut Fadillah, perbincangan dengan delegasi UNECE diketuai Pengarah Bahagian Alam Sekitar, Marco Keiner pula memberi tumpuan kepada pengurusan sungai rentas sempadan yang dikongsi dengan negara-negara jiran seperti Thailand, Brunei dan Indonesia.
Beliau menekankan keperluan pengurusan bersama bagi memastikan bekalan air bersih dan mitigasi risiko bencana seperti banjir, dengan mengambil contoh kerjasama melibatkan muara Sungai Golok di sempadan Kelantan, Malaysia dan Narathiwat, Thailand.
"Kita juga perlu bekerjasama dalam aspek sokongan teknikal UNECE kerana sempadan sungai di Malaysia merangkumi beberapa negeri seperti Perak, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, dan Kelantan," katanya.
Fadillah percaya penyelarasan penjagaan kebersihan sungai, pengurusan banjir dan hakisan, serta bekalan air yang baik memerlukan kerjasama semua negeri yang terlibat.
UNECE adalah suruhanjaya serantau di bawah bidang kuasa Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Ia ditubuhkan untuk menggalakkan kerjasama ekonomi dan integrasi di kalangan negara anggota terdiri daripada 56 negara anggota di Eropah, serta beberapa di luar Eropah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2024
![TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716268262_FadillahYusof.jpg)
Perbincangan dengan delegasi UNECE diketuai Pengarah Bahagian Alam Sekitar, Marco Keiner memberi tumpuan kepada pengurusan sungai rentas sempadan. - Foto Bernama
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Projek berkepentingan rakyat perlu disegerakan - PM Projek berkepentingan rakyat perlu disegerakan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739158790_tbAnwarIbrahimMaj.jpg)
Projek berkepentingan rakyat perlu disegerakan - PM
Semua projek berkepentingan rakyat termasuk membasmi kemiskinan tegar dan tebatan banjir perlu disegerakan.
![Penetapan tarif elektrik baharu di Semenanjung akan pertimbang kebajikan rakyat - Fadillah Penetapan tarif elektrik baharu di Semenanjung akan pertimbang kebajikan rakyat - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738831286_FadillahYusof.jpg)
Penetapan tarif elektrik baharu di Semenanjung akan pertimbang kebajikan rakyat - Fadillah
Penetapan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia termasuk jadual tarif baharu akan mengambil kira kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
![AKPS agensi tunggal selaras operasi di pintu masuk negara AKPS agensi tunggal selaras operasi di pintu masuk negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738477621_tbFadillahYusof.jpg)
AKPS agensi tunggal selaras operasi di pintu masuk negara
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang dilancarkan hari ini, berfungsi sebagai agensi tunggal di sempadan.
![Daftar nama untuk mudahkan mangsa banjir terima bantuan - TPM Fadillah Daftar nama untuk mudahkan mangsa banjir terima bantuan - TPM Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738406925_FadillahYusof.jpg)
Daftar nama untuk mudahkan mangsa banjir terima bantuan - TPM Fadillah
Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara terdekat untuk mendaftar nama bagi membolehkan mereka menerima bantuan.
![MITI perlu tingkat usaha capai sasaran perdagangan, pelaburan RM13 bilion di Ekspo Dunia 2025 MITI perlu tingkat usaha capai sasaran perdagangan, pelaburan RM13 bilion di Ekspo Dunia 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736754431_TBFADILLAHYUSOF.jpg)
MITI perlu tingkat usaha capai sasaran perdagangan, pelaburan RM13 bilion di Ekspo Dunia 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) perlu meningkatkan usaha dalam merangka strategi bagi memastikan kejayaan negara mencapai sasaran perdagangan dan pelaburan berjumlah RM13 bilion
![Raikan Tahun Baharu Cina dengan semangat perpaduan, kegembiraan dan kasih sayang – TPM Raikan Tahun Baharu Cina dengan semangat perpaduan, kegembiraan dan kasih sayang – TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738065802_TBCNY.jpg)
Raikan Tahun Baharu Cina dengan semangat perpaduan, kegembiraan dan kasih sayang – TPM
Budaya dan tradisi dikongsi dalam kalangan rakyat bukan sahaja menjadi kekuatan, tetapi lambang kebanggaan bahawa Malaysia sebuah negara yang harmoni.
![Projek penjanaan elektrik dirancang atasi masalah bekalan elektrik di Sabah - TPM Fadillah Projek penjanaan elektrik dirancang atasi masalah bekalan elektrik di Sabah - TPM Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736754431_TBFADILLAHYUSOF.jpg)
Projek penjanaan elektrik dirancang atasi masalah bekalan elektrik di Sabah - TPM Fadillah
Beberapa projek penjanaan elektrik yang besar sedang dirancang bagi mengatasi masalah bekalan elektrik di Sabah, sekali gus meningkatkan rezab margin bekalan itu sehingga 30 peratus menjelang 2030.
![Pelancongan pascapandemik ASEAN perlu model perniagaan mampan, dipacu kualiti - Fadillah Pelancongan pascapandemik ASEAN perlu model perniagaan mampan, dipacu kualiti - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737214199_FadillahYusof.jpg)
Pelancongan pascapandemik ASEAN perlu model perniagaan mampan, dipacu kualiti - Fadillah
Pelancongan pascapandemik di ASEAN bukan sahaja perlu menumpukan kepada pemulihan, tetapi juga peralihan kepada model perniagaan yang mampan dan dipacu kualiti.
![ASEAN berpeluang satukan sumber tenaga untuk pembangunan mampan - TPM Fadillah ASEAN berpeluang satukan sumber tenaga untuk pembangunan mampan - TPM Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736754431_TBFADILLAHYUSOF.jpg)
ASEAN berpeluang satukan sumber tenaga untuk pembangunan mampan - TPM Fadillah
Menurut Timbalan Perdana Menteri, ASEAN berpotensi besar untuk menggabungkan kelebihan sumber tenaga.
![Tiada sebarang keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik Semenanjung sehingga kini - Fadillah Tiada sebarang keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik Semenanjung sehingga kini - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735298704_TBFadillah.jpg)
Tiada sebarang keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik Semenanjung sehingga kini - Fadillah
Tiada sebarang keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dibuat sehingga kini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.