BALI: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof akan mewakili Malaysia dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) kali ke-10 di sini bermula esok.
WWF yang diadakan setiap tiga tahun dianjurkan bersama oleh Majlis Air Dunia (WWC) dan negara tuan rumah, dengan tema "Air untuk Kemakmuran Bersama" berlangsung dari 18 hingga 21 Mei.
Fadillah menzahirkan harapan supaya forum itu akan menjadi platform yang bermanfaat untuk semua negara dalam usaha meningkatkan pengurusan, pemeliharaan sumber air dan menangani cabaran masing-masing.
"Forum ini sangat penting untuk kita bertukar pandangan, fikiran, dan mempelajari pembangunan serta cabaran di negara lain dari segi teknologi dan penyelesaian masalah air. Sama ada kekurangan air, bekalan air bersih, atau menangani lebihan air.
Di Malaysia, kita juga menghadapi isu yang sama. Ada tempat yang mempunyai banyak air dan ada yang kurang air. Isu-isu ini perlu ditangani secara bersama," katanya kepada media Malaysia hari ini.
Fadillah yang tiba di sini petang tadi diiringi Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Air) kementerian Datuk Mohd Rodzwan Mohd Baba Sakri dan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman.
Beliau antara kenamaan yang telah hadir temasuk Presiden Sri Langka Ranil Wickremesinghe, Presiden Fiji Ratu Wiliame Maivalili Katonivere, Perdana Menteri Tajikistan Qohir Rasulzoda serta Timbalan Perdana Menteri Papua New Guinea John Rosso.
Forum ini bertujuan untuk memupuk hubungan kerjasama global dan menggalakkan tindakan dalam mengenal pasti isu-isu terkini berkaitan pengurusan air melalui penyelesaian bersepadu.
Fokusnya termasuk pemuliharaan air, air bersih, keselamatan makanan dan tenaga serta mitigasi bencana.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 19 2024
Fadillah menzahirkan harapan supaya forum itu akan menjadi platform yang bermanfaat untuk semua negara dalam usaha meningkatkan pengurusan, pemeliharaan sumber air dan menangani cabaran masing-masing. - Gambar FB Fadillah Yusof
#AWANIRingkas 22 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Januari 2025
1️⃣ Teroka potensi tenaga solar
2️⃣ Pengguna perlu ubah sikap
3️⃣ Angka korban meningkat ke 76 orang
#awaniringkas
1️⃣ Teroka potensi tenaga solar
2️⃣ Pengguna perlu ubah sikap
3️⃣ Angka korban meningkat ke 76 orang
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Teroka potensi tenaga solar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Persiapkan graduan dengan format realiti dunia - Pengerusi Eksekutif QI Group
Vijay berkata, format silibus pendidikan di universiti tidak boleh bergantung kepada format dan pendekatan yang ketinggalan zaman.
Hamas beri 'cenderahati' kepada tawanan dibebaskan
Ketika menerima 'kejutan' itu, mereka turut tersenyum dan sempat mengambil gambar terakhir sebelum pulang.
Qatar mahu PA kembali mentadbir di Gaza
Hanya penduduk Gaza yang sewajarnya menentukan bagaimana wilayah itu ditadbir.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [22 Januari 2025]
Fokus Awani Pagi Bersama Syazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. Tiada lagi tol percuma musim raya, pertimbang ganti mekanisme baharu
2. SHMMP: KPDN perkenal lima barangan baharu sempena Tahun Baharu Cina
3. STR Fasa 1 RM2.3 bilion disalur mulai hari ini – MOF
1. Tiada lagi tol percuma musim raya, pertimbang ganti mekanisme baharu
2. SHMMP: KPDN perkenal lima barangan baharu sempena Tahun Baharu Cina
3. STR Fasa 1 RM2.3 bilion disalur mulai hari ini – MOF
Gaza mula pulih, penduduk mahu kehidupan normal - PBB
Orang ramai kini mula membersihkan sisa-sisa perang dan wujud kehidupan.
PGA tumpas kegiatan pemerdagangan orang di Pasir Mas
Hasil pemeriksaan di sebuah rumah PGA menjumpai dua lelaki dan empat wanita termasuk empat kanak-kanak disyaki warga Myanmar.
Angka korban kebakaran hotel Turkiye meningkat kepada 76 orang
Pihak berkuasa sedang menjalankan ujian DNA untuk mengenal pasti beberapa mayat yang ditemui di lokasi kebakaran.
Dialog pragmatik, kolaborasi kunci utama kendali hubungan global yang kompleks - PM Anwar
Beliau berkata adalah penting bagi negara untuk melibatkan diri dengan berhati-hati dan konstruktif.
SPAN saran langkah tangani isu pusat data
Pembangunan pusat data secara teratur dan lestari yang mengambil kira aspek penyahkarbonan dalam mencapai sasaran sifar bersih dapat menjamin perkembangan ekonomi serta kesejahteraan negara.
PETRA Skuad: Melaka jadi lokasi pertama jelajah transformasi tenaga dan air
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memulakan siri jelajah sulungnya, PETRA Skuad Zon Selatan, dengan Melaka menjadi lokasi pertama yang disinggahi.
SPAN tubuh jawatankuasa khas bekalan air Perlis
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Bekalan Air Negeri Perlis bagi menjamin kelangsungan dan keselamatan bekalan air di negeri itu.
SPAN serbu sebuah premis disyaki curi air di Pantai Remis
SPAN menyerbu sebuah premis selepas didapati melakukan penyambungan bekalan air secara haram dalam operasi khas dilaksanakan sekitar Pantai Remis dekat Lumut sejak 23 Sept hingga hari ini.
SPAN serbu bengkel kimpalan curi air di Negeri Sembilan
Sebuah premis bengkel kimpalan dikesan melakukan sambungan bekalan air tidak sah melibatkan implikasi kerugian terhadap Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) kira-kira RM30,000 di Ulu Beranang.
Curi air: SPAN serbu dua tapak pembinaan landasan kereta api
SPAN menyerbu dua lokasi tapak pembinaan landasan kereta api di Taman Melati, Gombak dan Serendah, Hulu Selangor, yang dikesan mencuri air.
SPAN tubuh Jawatankuasa Khas teliti insiden gangguan bekalan air berpunca pencemaran
SPAN akan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi meneliti insiden-insiden gangguan perkhidmatan air yang berpunca daripada pencemaran.
Projek naik taraf 636 loji rawatan kumbahan berada pada tahap 98.5 peratus - SPAN
Status terkini itu hasil langkah segera diambil bersama IWK bagi menangani isu kelewatan serta menyegerakan kemajuan kerja.
TPM Fadillah tiba di Bali untuk hadir mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Datuk Seri Fadillah Yusof akan mewakili Malaysia dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) kali ke-10 di sini bermula esok.
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.