KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof bersama Menteri Kabinet menzahirkan ucapan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.
Fadillah dalam hantaran menerusi Facebook berkata perayaan berkenaan diharap dapat menyatukan rakyat Malaysia dalam keamanan dan keharmonian serta mengeratkan perpaduan tanpa mengira perbezaan agama.
"Marilah bersama mengukuhkan kasih sayang dan kebaikan di mana jua kita berada," katanya.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata perbezaan kaum dan agama merupakan keunikan yang mengeratkan masyarakat majmuk di Malaysia.
"Sama-samalah kita pelihara keharmonian yang dikecapi," katanya.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching juga tidak melepaskan peluang mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua yang menyambutnya dan berharap perayaan itu akan membawa keamanan dan kesejahteraan kepada semua.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang dalam ucapan menerusi laman X berkata ajaran utama agama Buddha adalah sejajar dengan falsafah kesederhanaan yang diterapkan konsep Malaysia MADANI.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam hantarannya pula mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua rakyat #MalaysiaMADANI yang beragama Buddha dan mendoakan sambutan tahun ini membawa kebahagiaan dan kesejahteraan.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R.Ramanan berharap sambutan Hari Wesak hari ini akan meningkatkan kesedaran masyarakat di negara ini untuk bersama-sama berusaha mempererat hubungan kaum dan agama dengan menyebarkan kasih sayang, keamanan dan kebersamaan.
Penganut agama Buddha di Malaysia hari ini meraikan sambutan Hari Wesak bagi memperingati kelahiran, pencerahan agung serta kematian pengasas agama itu, Siddharta Gautama.
Sambutan itu merupakan cuti umum di Malaysia dan secara tradisi ia menyaksikan penganut berkumpul di kuil-kuil Buddha bagi menyanyikan lagu agama dan membawa simbol ikon Buddha semasa acara perarakan yang melambangkan kesucian seseorang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 22 2024

Ajaran utama agama Buddha adalah sejajar dengan falsafah kesederhanaan yang diterapkan konsep Malaysia MADANI. - Foto Facebook/Fadillah Yusof

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gempa bumi bermagnitud 5.0 landa perairan Fukushima, Jepun - JMA
Pusat gempa terletak pada garis lintang 37.5 darjah utara dan garis bujur 141.5 darjah timur.

MOTAC ingatkan orang ramai waspada laman sesawang palsu
Laman sesawang palsu itu menyamar sebagai platform rasmi MOTAC bagi carian syarikat pelancongan berlesen.

Pentagon rancang beku pengambilan pekerja - Setiausaha Pertahanan AS
Pentagon juga akan memberhentikan pekerja yang dianggap "kurang berprestasi".

Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri sebelum cuba cederakan diri
Ketika polis tiba, mangsa berusia 63 tahun ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di bilik tidurnya.

Bawa muatan berlebihan, pemandu sanggup tunggu berjam-jam elak operasi JPJ
Taktik itu sering digunakan pemandu kenderaan berat bagi menghindari tindakan penguatkuasaan susulan muatan berlebihan yang dibawa mereka.
AWANI Tonight 21 Feb 2025
AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PAC to probe medical inflation, price rigging in healthcare
2. The growing threat of transnational repression within Malaysia’s borders
1. PAC to probe medical inflation, price rigging in healthcare
2. The growing threat of transnational repression within Malaysia’s borders
AWANI Ringkas: 'Gummy mata' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Dua saksi kanak-kanak beri keterangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara
Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini.

TPM, Menteri Kabinet zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Perbezaan kaum dan agama merupakan keunikan yang mengeratkan masyarakat majmuk di Malaysia.

Penganut agama Buddha sambut Hari Wesak hari ini
Hari Wesak disambut dengan menyalakan colok dan lilin berbentuk bunga teratai, menabur bunga dan memandikan patung Buddha.

Hari Wesak: MBA giat jalankan persiapan, jangka terima kehadiran 10,000 penganut
Puluhan sukarelawan sedang menyiapkan kereta berhias dengan ribuan bunga dan mendirikan 10 khemah di kawasan berkenaan.

Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy
Selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.

Pulau Pinang anjur sambutan Hari Wesak lima hari bermula 18 Mei
Kerajaan Pulau Pinang akan menganjurkan sambutan Hari Wesak peringkat negeri selama lima hari di bangunan Persatuan Buddha Malaysia (MBA) di sini bermula 18 Mei ini.

Presiden Sri Lanka beri pengampunan 988 banduan pada Hari Wesak
Sri Lanka akan membebaskan 988 banduan pada Jumaat dalam pengampunan presiden bersempena Hari Wesak, acara keagamaan paling penting bagi penganut Buddha.

Hari Wesak disambut meriah, penganut terus berwaspada ancaman COVID-19
Hari Wesak hari ini disambut meriah dalam kalangan penganut agama Buddha dengan sesetengah individu masih mengamalkan langkah pencegahan dan berwaspada menghadapi ancaman COVID-19.

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar sambutan itu dilimpahi keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan.

PM Anwar ucap Selamat Hari Wesak
Pelbagai budaya serta perayaan seharusnya membawa mesej kasih sayang dan keamanan antara satu sama lain, kata PM.