Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta rakyat menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat, Isnin lalu.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata orang yang jujur sudah tentu menyokong RUU tersebut kerana berita palsu menyusahkan rakyat, menghina dan merosakkan masyarakat.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Himpunan Sukarelawan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada Khamisl.
Hadir sama, isteri beliau, Datin Seri Hamidah Khamis, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Anggota Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Pengerusi BN, meminta pengundi kawasan Parlimen Pulai supaya tidak mendengar dakyah pembangkang dan terus memberikan sokongan kepada BN dan Nur Jazlan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Beliau turut meminta pengundi di kawasan itu supaya menaikkan semula majoriti kemenangan kerusi Parliamen Pulai dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas serta merampas kerusi DUN Perling.
Pada PRU13, Nur Jazlan mengalahkan calon PAS, Salahuddin Ayub dengan majoriti 3,226 undi.
Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut meluluskan peruntukan lebih RM5.5 juta kepada Parlimen Pulai bagi melaksanakan beberapa projek rakyat antaranya membina baharu masjid Taman Kempas (RM2.5 juta), membina bumbung di antara kedai Jalan Tan Hiok Nee dan Jalan Pahang bagi Pusat Kebudayaan Persekutuan Tiong Hua Johor (RM3 juta).
Menggantikan baharu krematorium milik Kuil Arulmigu Rajamariaman di tanah perkuburan India, Jalan Kebun Teh (RM600,000).
Selain itu, sebanyak RM2.4 juta diberikan bagi Program Sentuhan Rakyat yang meliputi dana bantuan bencana, dana pesakit kronik dan program barangan dapur serta RM500,000 lagi bagi melaksanakan program Kepolisan Komuniti di kawasan perumahan.
-- Bernama
Bernama
Thu Mar 29 2018

AHMAD ZAHID: Orang yang jujur sudah tentu menyokong RUU tersebut kerana berita palsu menyusahkan rakyat, menghina dan merosakkan masyarakat. - Astro AWANI/Fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Akta antiberita tidak benar Singapura dibidas Facebook
Menurut undang-undang tersebut, laman sosial seperti Facebook perlu meletakkan amaran pada muat naik yang dinilai palsu oleh kerajaan serta membuang komen yang bercanggah dengan kepentingan umum.

Tolak pemansuhan RUU Antiberita Tidak Benar bertentangan majoriti rakyat
Semangat majoriti rakyat mahu melihat kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan membetulkan keadaan di negara ini.

TPM minta rakyat sokong RUU Antiberita Tidak Benar
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata orang yang jujur sudah tentu menyokong RUU tersebut kerana berita palsu menyusahkan rakyat.

Guna teknologi cipta inovasi, elak salah guna telefon bimbit
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menasihati rakyat agar menggunakan kemudahan teknologi untuk mencipta inovasi yang memberi manfaat.