Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa (23 Ogos) mempengerusikan Perbahasan Terbuka Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) mengenai Pengeluaran Senjata Pemusnah Besar-Besaran (WMD) di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di sini.
Mesyuarat itu bermula pada kira-kira 10 pagi waktu New York (10 malam di Malaysia), dengan Datuk Seri Ahmad Zahid menyampaikan ucapan pembukaan.
Kemajuan teknologi, yang memberi akses mudah kepada maklumat mengenai WMD kepada pelaku bukan negara, membimbangkan badan pengawal selia terbesar dunia, PBB, tentang kemungkinan maklumat itu akan jatuh ke tangan kumpulan militan ekstremis seperti Daish dan Boko Haram, yang seterusnya boleh menimbulkan akibat buruk dan kacau-bilau dalam masyarakat dunia.
"Ia melibatkan beberapa isu berkaitan WMD yang sedang berlaku dan dipantau PBB bagi mengelak timbulnya akibat buruk terhadap masyarakat dunia dan membawa kepada keadaan huru-hara di dunia jika tidak ditangani dengan lebih awal oleh PBB," kata Datuk Seri Ahmad Zahid pada sidang akhbar untuk wartawan Malaysia.
Perbahasan Terbuka ini diadakan atas inisiatif Malaysia selaku Presiden Majlis Keselamatan, sejajar dengan prinsip yang menjadi pegangannya sejak sekian lama mengenai pengawalan percambahan WMD.
Sebanyak 63 orang dan pemimpin mewakili 50 negara dijangka mengambil bahagian dalam perbahasan itu.
Diadakan di ibu pejabat PBB di New York City, Perbahasan Terbuka Majlis Keselamatan mengenai Pengawalan Percambahan Senjata Pemusnah Besar-besaran ini bertujuan menggalakkan penganjuran dialog selanjutnya dan kerjasama mengenai pengawalan pengeluaran WMD, terutama berikutan kemunculan risiko percambahan senjata jenis itu dalam kalangan pelaku bukan negara.
Datuk Seri Ahmad Zahid berkata hakikat bahawa mesyuarat itu dipengerusikan pemimpin peringkat tinggi menunjukkan komitmen Malaysia terhadap PBB dan multilateralisme.
Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon juga menyertai mesyuarat itu.
Datuk Seri Ahmad Zahid dalam rangka lawatan kerja lima hari ke Amerika Syarikat, bermula Isnin (22 Ogos), bersempena giliran Malaysia menjadi presiden UNSC bagi Ogos.
Dalam acara sampingan, beliau juga mengadakan perbincangan dua hala dengan pemimpin beberapa negara mengenai isu kepentingan bersama dan serantau membabitkan kepentingan bersama.
Sebagai anggota Majlis Keselamatan, Malaysia memainkan peranan penting dalam pemilihan setiausaha agung PBB akan datang, yang akan diputuskan pada hujung tahun ini memandangkan penggal setiausaha agung sekarang, Ban Ki-moon, akan berakhir pada 2016.
Malaysia percaya tentang peri pentingnya proses pemilihan itu bersifat telus dan inklusif serta akan terus berusaha untuk mendampingi anggota Majlis, anggota PBB lain dan pemegang taruh yang berkenaan bagi memastikan sesiapa sahaja yang dipilih untuk menerajui PBB merupakan tokoh paling sesuai dan berkelayakan untuk memikul tugas mencabar itu, kata Datuk Seri Ahmad Zahid.
Beliau juga berkata pemilihan Malaysia sebagai Presiden Majlis Keselamatan PBB bagi Ogos merupakan suatu sejarah dan penghormatan bagi negara itu.
Kata beliau, PBB memantau penggunaan WMD yang didakwa berlaku dalam konflik Syria.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Wakil Tetap Malaysia di PBB Datuk Ramlan Ibrahim adalah antara mereka yang menghadiri mesyuarat itu.
Datuk Seri Ahmad Zahid dijadual mengakhiri lawatan beliau ke sini pada 26 Ogos.
Bernama
Wed Aug 24 2016

Ahmad Zahid berkata hakikat bahawa mesyuarat itu dipengerusikan pemimpin peringkat tinggi menunjukkan komitmen Malaysia terhadap PBB dan multilateralisme. -fotoBERNAMA
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Ahmad Zahid, Fadillah ucap selamat menyambut Ramadan, ajak kurangkan pembaziran
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada umat Islam di seluruh negara yang akan memulakan ibadah puasa esok.

Majlis Ekonomi Bumiputera pantau Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 - Ahmad Zahid
Majlis Ekonomi Bumiputera akan menjalankan pemantauan menyeluruh Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 bagi memastikan pelaksanaannya membuahkan hasil.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

PRK Ayer Kuning: UMNO ketengah calon miliki ciri 'WALI' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid akan berbincang dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak dan kepimpinan UMNO Bahagian Tapah untuk mengenal pasti calon-calon berkenaan.

Sebanyak RM22 bilion laksana projek RTB di seluruh negara - Ahmad Zahid
Kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk menangani masalah banjir dengan memperuntukkan RM22 bilion untuk melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di seluruh negara.

Bantuan Wang Ihsan untuk mangsa banjir melalui BSN tahun ini - Ahmad Zahid
NADMA telah berunding dengan Kementerian Kewangan (MOF) mengenai kaedah penyaluran agihan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir, yang akan dibuat menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) tahun ini.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

KKDW fokus bangunkan infrastruktur luar bandar Sabah - Ahmad Zahid
Sabah memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur, dan perancangan itu mampu direalisasikan hasil hubungan baik Kerajaan MADANI dan negeri.