SEPANG: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura Lawrence Wong tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja empat hari ke Malaysia hingga Rabu ini.
Ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri republik itu pada Jun 2022.
Beliau berlepas dari Singapura dengan pesawat komersial dan disambut oleh Ketua Protokol Kementerian Luar Mohd Aini Atan, Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan Malaysia Datuk Rozainor Ramli dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Wong menerima tabik hormat di Balai Ketibaan KLIA sebelum memeriksa kawalan kehormat oleh 32 anggota dan pegawai Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.
Semasa lawatannya ke Malaysia, Wong dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Antara lain beliau turut dijadual melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bertemu Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Gabenor Bank Negara Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.
Singapura merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dan yang terbesar dalam ASEAN dengan jumlah dagangan RM267.11 bilion pada 2021, meningkat sebanyak 25.2 peratus berbanding nilai direkodkan pada 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 04 2022
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura Lawrence Wong tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja empat hari ke Malaysia hingga Rabu ini. - Foto BERNAMA
Tarif AS wujudkan ketidaktentuan, cetus dasar perdagangan lebih agresif
Agensi penarafan Fitch memberi amaran langkah AS kenakan tarif baharu akan meningkatkan ketidaktentuan ekonomi.
Panama nafi pengecualian bayaran transit terusan
Panama menafikan dakwaan bahawa ia bersetuju mengetepikan bayaran bagi kapal kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan Terusan Panama.
Trump larang penyertaan golongan 'trans' dalam sukan wanita
Presiden ke-47 Amerika Syarikat, Donald Trump dalam perintah eksekutif terbaharunya melarang penyertaan golongan transgender dalam sukan yang ditetapkan untuk wanita. Beliau dalam kenyataan berkata, pentadbirannya akan mempertahankan 'tradisi' penyertaan hanya jantina asli yang dibenarkan dalam bidang sukan yang dikhaskan untuk golongan wanita.
Penunjuk perasaan bakar rumah keluarga bekas PM Sheikh Hasina
Ribuan penunjuk perasaan membakar rumah pemimpin pengasas Bangladesh ketika anak perempuannya yang juga bekas Perdana Menteri yang digulingkan, Sheikh Hasina dijadual berucap di media sosial.
Keindahan kosmos dari balai Paranal diancam cahaya
Langit luas, indah dengan kerdipan bintang, bagaikan hamparan kosmos yang menyelimuti bumi...
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi
Lebih 450 peluang pekerjaan kejuruteraan kecerdasan buatan (AI) berkemahiran tinggi akan diwujudkan di negara ini menerusi kerjasama antara Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) dan Global AI Village (GAIV).
MyCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bil - Armizan
MyCC menggerakkan strategi khusus untuk meningkatkan penguatkuasaan terhadap satu daripada cabang aktiviti kartel sejak sekian lama, iaitu pakatan tipuan bida.
Atasi kegagalan CEO GLC urus operasi - PM Anwar
Pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat milik kerajaan menggunakan sistem e-SelfAudit berasaskan kecerdasan buatan (AI) bertujuan menangani beberapa kelemahan seperti kegagalan mengurus dan menyelia operasi syarikat serta kerugian yang berterusan.
Tiga lelaki didakwa terlibat rusuhan, miliki pisau
Lelaki terlibat rusuhan, mengaku bersalah, memiliki pisau dan didakwa di Mahkamah Majistret
TPM Singapura ucap tahniah kepada Ahmad Zahid dan Fadillah
Kedua-dua timbalan perdana menteri republik itu juga menyuarakan keyakinan bahawa kedua-dua negara boleh meneroka peluang baharu kerjasama.
Lawatan TPM Singapura: Hubungan baik manfaatkan kedua-dua negara - Penganalisis
Hubungan baik antara Malaysia dan Singapura akan terus memberi banyak manfaat kepada kedua-dua negara.
Agong terima kunjungan hormat TPM Singapura Lawrence Wong
Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura Lawrence Wong.
PM Ismail Sabri terima kunjungan hormat TPM Singapura di Putrajaya
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura Lawrence Wong di Perdana Putra.
Kunjungan TPM Singapura Lawrence Wong satu pendekatan positif - Anwar
Inisiatif Lawrence untuk mengenali tokoh-tokoh di negara ini dari kalangan ahli politik dan golongan korporat menjadikan hubungan yang sedia terjalin selama ini akan lebih baik.
TPM Singapura Lawrence Wong tiba di Malaysia untuk lawatan kerja
Ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri republik itu pada Jun 2022.