KUALA LUMPUR:Triti Pengharaman Senjata Nuklear(TPNW) yang berkuatkuasa hari ini merupakan satu langkah signifikan bagi memastikan dunia benar-benar bebas daripada sebarang ancaman senjata nuklear.
Sebagai antara 51 negara sepihak yang meratifikasi perjanjian berkenaan, Malaysia juga perlu memainkan peranan yang pelbagai, biarpun negara ini tidak memiliki sebarang senjata nuklear.
Penasihat Undang-undang Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) Aisya Abdul Rahman berkata, terdapat tiga langkah utama yang perlu Malaysia lakukan.
“Pertamanya, pengisytiharan apa-apa senjata nuklear dalam pemilikan, pegangan, kawalan ataupun apa-apa senjata nuklear yang mungkin wujud dalam bidang kuasa negara-negara sepihak TPNW.
"Keduanya, negara-negara sepihak juga perlu diwakili dan menghadiri mesyuarat negara sepihak TPNW seperti mana yang diperuntukkan di bawah TPNW sendiri.
“Dan ketiganya ialah peranan pada peringkat domestik, dan ini mungkin mengambil jangka masa yang lebih panjang. Bermakna (dari sudut peranan Kerajaan Malaysia) mungkin akan melibatkan pembaharuan undang-undang, pembangunan polisi dan sebagainya,” katanya lagi.
Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra berkata, Malaysia komited mengambil langkah-langkah yang diperlukan dalam melaksanakan kewajipan terhadap penguatkuasaan.
Kementerian berkata, Malaysia turut menzahirkan komitmen untuk bekerjasama erat dengan negara-negara lain bagi memastikan momentum global kekal kuat terhadap pelucutan senjata nuklear.
"Malaysia percaya bahawa TPNW adalah satu surat cara antarabangsa yang mengikat secara sah, boleh dilaksanakan dan mewujudkan norma undang-undang bahawa senjata nuklear secara mutlaknya tidak boleh diterima.
Triti itu merupakan surat cara antarabangsa pertama yang sah mengharamkan senjata nuklear secara komprehensif, dan berkuatkuasa selepas memperoleh pengratifikasian ke-50 pada 24 Oktober 2020 yang lalu.
Ia telah dimeterai di PBB pada 7 Julai 2017, yang melarang segala aktiviti berkaitan dengan senjata nuklear, termasuk pembangunan, pengujian, pembuatan, perolehan, pemilikan, penyimpanan,penempatan dan penggunaan.
BACA: Senjata Nuklear: Malaysia komited laksana kewajipan penguatkuasaan TPNW
Mengulas mengenai perbezaan TPNW dengan triti-triti sebelumnya, Aisya berkata, TPNW juga menyediakan panduan jelas tentang usaha menghapuskan senjata nuklear sedia ada, serta mengelakkan pemilikan senjata nuklear pada masa akan datang.
Selain Itu, beliau berkata, TPNW juga mewajibkan negara sepihak menyediakan bantuan kemanusiaan, dan juga memulihkan persekitaran yang tercemar, sekiranya berlaku bencana atau kemusnahan akibat penggunaan senjata nuklear.
"Yang uniknya lagi, TPNW ini pada masa sama masih tidak bercanggah dengan kerangka triti sebelum ini, ia tidak menghalang negara-negara yang sudahpun menjadi sepihak kepada triti-triti dahulu untuk meneruskan obligasi meneruskan tanggungjawab mereka di bawah triti-triti sebelum ini,” katanya lagi.
Biarpun usaha memastikan keberkesanan TPNW banyak bergantung kepada kerajaan yang menerajui negara-negara sepihak, Aisya berkata, ia tidak bermaksud rakyat dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) tidak mempunyai peranan yang signifikan.
Beliau berkata, ICRC Kuala Lumpur dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Malaysia telah memulakan kempen #NoToNukesMY bagi meningkatkan kesedaran rakyat tentang kepentingan dunia tanpa senjata nuklear.
“Kita perlu lebih menggalakkan lagi usaha untuk mendapatkan lebih banyak sokongan negara lain, dan juga pemimpin dunia untuk meratifikasi TPNW, melaksana TPNW dan sudah semestinya untuk mencapai matlamat kita dalam menghapuskan senjata nuklear.
“Penguatkuasaan TPNW hari ini satu permulaan dalam ke arah dunia bebas senjata nuklear. Oleh itu, kami di ICRC menjemput anda semua untuk menyertai kami dalam perjalanan ini, bermula dengan kempen sosial media #NoToNukesMY,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Fri Jan 22 2021

Sebagai negara sepihak, Aisya Abdul Rahman berkata Malaysia juga punyai peranan bagi memastikan dunia benar-benar bebas daripada ancaman senjata nuklear. - Gambar fail

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

TPNW: Peranan Malaysia juga signifikan dalam pastikan dunia bebas senjata nuklear
Sebagai negara sepihak TPNW, Malaysia juga punyai peranan bagi memastikan dunia benar-benar bebas daripada ancaman senjata nuklear