Trafik penumpang di Malaysia dijangka meningkat kepada antara 100.3 juta dan 101.1 juta penumpang pada 2018 walaupun kadar pertumbuhan dianggarkan antara 1.1 peratus dan 2.2 peratus pada 2018.
Edisi ketiga Laporan Industri Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) yang dikenali ''Waypoint'' melaporkan pertumbuhan satu angka yang rendah disebabkan pengurangan kapasiti domestik oleh syarikat penerbangan Malaysia.
"Pada masa sama, pertumbuhan trafik antarabangsa dijangka mengatasi pertumbuhan trafik domestik untuk tahun ketiga berturut-turut.
"Laporan industri yang dikeluarkan baru-baru ini memaparkan unjuran suruhanjaya itu terhadap industri, gambaran makro ke atas sektor itu, analisis mengenai struktur dan prestasi industri, dan kajian semula segmen perkhidmatan pengendalian di Malaysia," kata Pengerusi Eksekutif MAVCOM, Dr Nungsari Ahmad Radhi dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata laporan industri Waypoint merupakan sebahagian daripada komitmen suruhanjaya itu sebagai pengawal selia ekonomi dan komersial bagi sektor itu, bertujuan mewujudkan industri penerbangan yang lebih kukuh di Malaysia dengan memberi pemahaman yang lebih mendalam mengenai sektor itu secara keseluruhan.
Malaysia mencatatkan penumpang antarabangsa dan domestik sebanyak 50.3 juta pada separuh pertama 2018 dengan pertumbuhan lebih rendah daripada unjuran awal MAVCOM sebanyak 6.5 peratus hingga 7 peratus.
Pertumbuhan trafik penumpang sebahagian besarnya didorong oleh trafik antarabangsa pada separuh pertama 2018 berikutan syarikat penerbangan Malaysia meningkatkan kapasiti tempat duduk antarabangsa sebanyak 8.8 peratus.
Pada masa sama, kapasiti tempat duduk domestik susut sebanyak 4.0 peratus susulan daripada langkah rasionalisasi rangkaian laluan oleh dua syarikat penerbangan Malaysia yang mengurangkan jumlah kapasiti domestik mereka sebanyak 28.1 peratus.
Pertumbuhan trafik penumpang pada 2019 diunjurkan antara 2.2 peratus dan 3.3 peratus, disokong oleh penggunaan swasta dan kadar tambang berpotensi lebih rendah berikutan syarikat penerbangan menukar tumpuan rangkaian laluan mereka kepada destinasi jarak pendek dan sederhana berbanding destinasi jarak jauh. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 22 2018

Malaysia mencatatkan penumpang antarabangsa dan domestik sebanyak 50.3 juta pada separuh pertama 2018 dengan pertumbuhan lebih rendah daripada unjuran awal MAVCOM sebanyak 6.5 peratus hingga 7 peratus. - BERNAMA/Fail

MITI jangka jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.

Polis buru kumpulan warga Indonesia menyamun bersenjata parang
Suspek bergerak dalam kumpulan dua ke tiga orang, telah melarikan wang tunai serta barang kemas dianggarkan bernilai RM5,000.

Selangor kekal larangan guna khidmat imam luar untuk solat tarawih
Larangan itu selari dengan arahan dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sejak 2015.

Bangkai paus ditemukan terdampar di Pantai Sungai Miang
Bangkai itu dijumpai oleh nelayan kira-kira 4 petang, yang pada awalnya menyangkakan benda terbabit merupakan bongkah kayu besar.

4 pegawai bekas PM ditahan: SPRM panggil beberapa individu, kenamaan bantu siasatan
SPRM akan memanggil beberapa individu termasuk kenamaan dalam masa terdekat untuk membantu siasatan membabitkan penahanan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri.

Bekas pengawal keselamatan dilapor hilang ditemukan meninggal dunia
Bekas pengawal keselamatan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai pergi ke Gua Beringin, Chuping semalam ditemukan meninggal dunia.

Bekas jurulatih MMA warga Iran dipenjara sembilan tahun, 20 sebatan miliki kanabis
Seorang bekas jurulatih MMA warga Iran dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 20 sebatan kerana memiliki 1,858.3 gram kanabis.

BAS.MY Ipoh dilancar, tambahan laluan ke Kuala Kangsar, Kampar - Loke
Kemudahan bas henti-henti BAS.MY Ipoh dilancar hari ini di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST).
AWANI Ringkas: Salah guna teknologi | Sistem keselamatan LRT berfungsi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sistem keselamatan hentian kecemasan berfungsi - Anthony
Kementerian Pengangkutan menolak tanggapan insiden di LRT Titiwangsa yang menyebabkan kematian seorang lelaki OKU penglihatan berpunca kegagalan sistem keselamatan hentian kecemasan pencerobohan penumpang.

MAVCOM jangka catat 97.6 juta trafik penumpang pada 2024
Jumlah trafik penumpang udara Malaysia mencecah 46.6 juta, mewakili pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 15.3 peratus pada separuh pertama 2024.

Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus kepada 7.9 juta pada April 2024 - Mavcom
Jumlah trafik udara pada April 2024 menunjukkan pemulihan berterusan dalam sektor penerbangan.

Mavcom umum pindaan kadar PSC berkuat kuasa 1 Jun 2024
Mavcom menjelaskan tiket yang dikeluarkan sebelum 1 Jun 2024 tidak akan tertakluk kepada kadar baharu itu, walaupun tarikh perjalanan berlaku pada atau selepas tarikh itu.

Mavcom gantung lesen perkhidmatan udara MyAirline
Penggantungan itu akan menjaga kepentingan penumpang dan pekerja yang terjejas akibat penggantungan operasi MYAirline.

Mavcom terima 1,251 aduan pada separuh pertama 2022
AirAsia menerima jumlah aduan tertinggi dari Januari hingga Jun 2022 iaitu sebanyak 42.1 peratus (527) daripada jumlah keseluruhan aduan.

MAVCOM perlu teliti isu kelewatan penerbangan dengan serius - Ka Siong
Kerajaan boleh berkompromi jika penerbangan itu langsung tidak boleh dielakkan atas sebab cuaca, tetapi bukan kerana kejuruteraan atau penyenggaraan.

AirAsia tidak kompeten? Ini saranan Alexander...
Alexander Nanta Linggi berkata, kementerian akan terus menjalankan siasatan dengan mengambil kira sisi kepentingan pengguna.

Kekerapan penerbangan ke Sarawak ditingkatkan bermula 1 November
Syarikat penerbangan utama negara telah dimaklumkan oleh MAVCOM mengenai kelulusan kekerapan penerbangan baharu itu.

Saripuddin Kasim dilantik Pengerusi Eksekutif MAVCOM baharu
MAVCOM juga mengesahkan Dr. Nungsari Ahmad Radhi telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif MAVCOM pada 10 April 2020.

MATTA desak syarikat penerbangan bayar pampasan tunai, MAVCOM kata industri perlukan masa
Disebabkan kekecohan yang timbul susulan kenyataan yang dibuat oleh MATTA pada pagi 8 April, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) tampil untuk menyangkal hujahan yang dibawa oleh persatuan itu.