KUALA LUMPUR: Pergerakan penumpang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkembang sebanyak 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024 berbanding 10.2 juta pada bulan sebelumnya.
Pengendali lapangan terbang itu memaklumkan prestasi trafik berjumlah 7.6 juta penumpang merentasi lapangan terbang tempatannya di Malaysia pada bulan itu, naik lapan peratus berbanding Mac 7.1 juta.
Dalam satu kenyataan hari ini, MAHB berkata berlaku peningkatan ketara pergerakan lebih 3.7 juta pelancong domestik bulan lepas, meningkat daripada 3.2 juta pada Mac 2024.
"Lapangan terbang tempatan di bawah Malaysia Airports menyaksikan lonjakan perjalanan domestik sebanyak 15 peratus pada April 2024, iaitu ketika sambutan Aidilfitri dan musim cuti sekolah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
MAHB berkata peningkatan itu diterajui Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KUL) dengan kenaikan 20 peratus, berjumlah 1.3 juta penumpang, diikuti Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK), masing-masing mencatatkan peningkatan 15 peratus dalam bilangan penumpang.
"PEN dan LGK masing-masing mencatatkan 298,266 dan 169,326 penumpang, mengukuhkan kedudukan mereka sebagai hab utama memacu pertumbuhan perjalanan domestik," katanya.
Menurut MAHB pergerakan penumpang antarabangsa juga mengekalkan kadar yang stabil pada 3.9 juta penumpang, menyumbang 51 peratus daripada jumlah prestasi trafik.
"KUL, terus menunjukkan daya tahan sebagai pintu masuk utama, mencatatkan peningkatan empat peratus dalam pergerakan penumpang antarabangsa, kepada 3.3 juta pada April berbanding 3.2 juta penumpang pada Mac 2024," kata pengendali lapangan terbang itu.
Sementara itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (SAW) di Turkiye, kedua-dua sektor antarabangsa dan domestiknya masing-masing mencatatkan 1.7 juta pergerakan penumpang pada April 2024, menjadikan jumlah penumpang sebanyak 3.4 juta dikendalikannya pada bulan itu.
Sektor domestik menyaksikan lonjakan 21 peratus, dengan pergerakan penumpang melonjak kepada 1.7 juta pada April 2024 daripada 1.4 juta pada bulan sebelumnya.
MAHB menyifatkan peningkatan yang ketara itu disokong oleh kemuncak musim perjalanan, didorong oleh keadaan cuaca yang menggalakkan dan perayaan seperti Aidilfitri dan Easter.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2024

MAHB berkata berlaku peningkatan ketara pergerakan lebih 3.7 juta pelancong domestik bulan lepas, meningkat daripada 3.2 juta pada Mac 2024. - Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

MAHB catat 11.2 juta pergerakan penumpang pada November, hampir paras sebelum pandemik
Pergerakan penumpang antarabangsa menyumbang 54 peratus kepada jumlah trafik, melebihi bahagian trafik sebelum pandemik sebanyak 48 peratus.

MAHB catat 36.1 juta pergerakan penumpang dalam suku ketiga
Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) merekodkan 36.1 juta pergerakan penumpang pada suku ketiga 2024.

Malaysia Airports raih paras tertinggi bulanan baharu pergerakan penumpang pada Julai 2024
Malaysia Airports Group mencatatkan 12.4 juta pergerakan penumpang pada Julai 2024, peningkatan 7.3 peratus berbanding bulan sebelumnya sekali gus sebagai paras tertinggi bulanan baharu pascapandemik.

Trafik penumpang MAHB meningkat 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024
Pergerakan penumpang MAHB berkembang sebanyak 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024 berbanding 10.2 juta pada bulan sebelumnya.

Malaysia Airports catat lebih 10 juta pergerakan penumpang pada Oktober 2023
Angka pada Oktober telah mencecah lebih 87 peratus daripada paras sebelum pandemik untuk sektor antarabangsa dan domestik.

MAHB rekod lebih 11 juta jumlah pergerakan penumpang pada Julai 2023
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merekodkan lebih daripada 11 juta jumlah pergerakan penumpang untuk Julai 2023.

MAHB catat lebih 10 juta pergerakan penumpang pada Jun 2023
Jumlah pergerakan penumpang domestik kekal melebihi paras 5.0 juta untuk bulan kedua berturut-turut pada Jun 2023 sebanyak 5.3 juta.

MAHB catat hampir 10 juta pergerakan penumpang pada Mei 2023
Prestasi itu berkembang baik kepada paras sebelum pandemik, didorong pemulihan trafik yang kukuh daripada operasi di Malaysia dan Turkiye.

Lapangan terbang Malaysia catat 6.7 juta pergerakan penumpang pada Mac 2023 - MAHB
Kenaikan jumlah pergerakan penumpang didorong oleh penyambungan semula pelbagai laluan penerbangan susulan permintaan yang meningkat.

MAHB catat pergerakan penumpang lebih tinggi pada Februari
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan jumlah pergerakan penumpang sebanyak 8.3 juta pada Februari, yang mana 3.9 juta adalah penumpang antarabangsa manakala 4.4 juta adalah domestik.