KUALA LUMPUR: Trafik penumpang udara di Malaysia mencatat peningkatan 71.7 peratus pada sembilan bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh sama pada tahun lepas, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata, bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, 62.83 juta penumpang udara direkodkan, dan bagi September sahaja jumlah penumpang udara ialah 7.17 juta, iaitu 3.3 juta penumpang bagi penerbangan antarabangsa serta 3.85 juta penumpang domestik.
“Kita menjangkakan menjelang tahun depan, jumlah penumpang penerbangan ini akan kembali kepada tahap pada tahun 2019 iaitu sebelum COVID-19 berlaku, ini sudah tentu amat penting untuk pembangunan dan pertumbuhan, bukan sahaja kepada sektor penerbangan tetapi kepada ekonomi Malaysia.
“Ini penting dari segi kehadiran pelancong dari luar negara ke Malaysia, kerana sektor pelancongan ialah satu pemangkin utama dari segi pertumbuhan ekonomi negara (sekali gus) melibatkan sektor perkhidmatan, perhotelan, peruncitan dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Konsultasi Penerbangan Negara (NACC), di sini hari ini.
Beliau berkata pada 2019, Malaysia mengendalikan hampir lebih 100 juta penumpang udara di semua lapangan terbang seluruh negara dan menjangkakan dapat mencapai 80 peratus penumpang udara pada hujung tahun ini, iaitu lebih 80 juta penumpang.
Loke berkata oleh itu, NACC berperanan penting sebagai platform menghubungkan pihak berkepentingan dari lapangan terbang, syarikat penerbangan dan groundhandler, untuk bekerjasama dalam memastikan sektor penerbangan berjalan lancar, seterusnya menambah kesalinghubungan kepada lebih banyak destinasi penerbangan.
“Kita masih di belakang dari segi kesalinghubungan di ASEAN, kerana kita bukan tertinggi di peringkat ASEAN dan kita cuba usaha untuk memastikan bahawa kita terus berada di kedudukan lebih baik.
“Di ASEAN lapangan terbang kita dari segi indeks kesalinghubungan, kita di belakang Singapura, Bangkok dan Manila, kita berada di tangga keempat dengan jumlah destinasi yang telah kita ada dari Malaysia ialah 90 pada 2023 berbanding 137 pada 2019,” katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai status semasa syarikat penerbangan MYAirline dan usaha kerajaan dalam membantu syarikat tersebut, Loke berkata wakil daripada syarikat penerbangan itu perlu berjumpa dan berbincang dengan MAVCOM, selaku agensi di bawah Kementerian Pengangkutan terlebih dahulu.
“Mereka perlu berjumpa dengan kami dahulu, maksud saya, kami akan melihat kepada masalah (yang mereka hadapi) dari segi fasiliti, pelesenan, pengawal atau sokongan. Kami akan cuba untuk membantu untuk memberikan mereka sedikit ruang, tetapi mereka perlu datang kepada kami dan bagi tahu apa masalah mereka,” katanya.
Terdahulu, mesyuarat NACC yang julung-julung kali diadakan tahun ini, dihadiri 70 wakil kepimpinan tertinggi kementerian, jabatan, agensi dan pemain industri utama sektor penerbangan, tertumpu kepada aspek penerbangan hijau melalui pembentangan State Action Plan on Sustainable Aviation oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Loke berkata, ini susulan inisiatif kerajaan menerusi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR), bagi mengemudi peralihan sektor tenaga ke arah mencapai sasaran pelepasan GHG sifar bersih seawal-awalnya pada 2050.
“NETR ini menggariskan tiga inisiatif di bawah sektor penerbangan, bagi mencapai sasaran pelepasan karbon sifar bersih seawal tahun 2050, bagi penerbangan antarabangsa.
“Ini selaras dengan ketetapan yang dipersetujui melalui Matlamat Aspirasi Jangka Panjang (LTAG) di bawah Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), bagi mencapai pelepasan karbon sifar bersih seawal tahun 2050, dengan tumpuan kepada penyelesaian tenaga yang lebih bersih.
“Sasaran yang ditetapkan oleh NETR bagi sektor penerbangan adalah untuk mencapai sehingga 47 peratus Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) pada tahun 2050,” katanya.
Antara inisiatif tersebut ialah membangunkan pelan hala tuju menyeluruh, bagi pengurangan pelepasan karbon daripada sektor penerbangan yang akan diterajui Kementerian Pengangkutan.
Loke berkata, Kementerian Pengangkutan melalui CAAM sedang mengemas kini State Action Plan version 4, yang merupakan komitmen kerajaan untuk mengenal pasti langkah mitigasi serta pelan tindakan bagi mencapai sasaran karbon sifar bersih seawal tahun 2050, bagi sektor penerbangan antarabangsa.
Ini selaras dengan misi kementerian iaitu memastikan sistem pengangkutan pelbagai mod yang cekap, bersepadu, selamat, mampan dan mesra pengguna.
Beliau berkata mesyuarat NACC hari ini, turut memutuskan supaya cadangan mewajibkan pesawat mematikan enjin pesawat dan menggunakan Unit Kuasa Tambaan (APU) semasa parkir pesawat di lapangan terbang diteliti untuk dilaksanakan.
“Dalam hal ini, Kementerian Pengangkutan bersama-sama MAVCOM dan CAAM serta MAHB, akan meneliti semua aspek perlaksanaan termasuk ketersediaan infrastruktur dan penguatkuasaan perundangan yang berkaitan, dalam mewajibkan pelaksanaan polisi ini.
“Pada masa sama, pihak swasta yang berminat untuk memberikan cadangan bagi penambahbaikan dalam menyediakan fasiliti berkaitan adalah dialu-alukan,” katanya.
Bernama
Wed Oct 11 2023

Anthony Loke menjangkakan menjelang tahun depan, jumlah penumpang penerbangan ini akan kembali kepada tahap pada tahun 2019 iaitu sebelum COVID-19. - Foto fail/BERNAMA

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Penjara Terengganu sasar 720 pekerjaan untuk banduan tahun ini
Jabatan Penjara Negeri Terengganu menyasarkan seramai 720 banduan mendapat pekerjaan dalam pelbagai sektor tahun ini.

Laos sasar 4.3 juta pelancong asing pada 2025
Laos menyasarkan untuk menarik 4.3 juta pelancong antarabangsa pada 2025, dengan jangkaan menjana pendapatan lebih US$1 bilion.

ASEAN 2025: Visa tunggal pelancong antara agenda tumpuan
Pelaksanaan visa tunggal ASEAN diletakkan sebagai salah satu sasaran Malaysia selaku Pengerusi untuk 2025.

ATF 2025: ASEAN perlu tingkat kerjasama rentas sempadan, galakkan lebih ramai pelancong
Negara-negara blok ASEAN mesti terus menjalin kerjasama erat dalam aspek rentas sempadan sebagai usaha menggalakkan kemasukan lebih pelancong ke negara rantau ini.

MOTAC anjur sesi libat urus dengan pemain industri sempena kempen VM2026
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya, Tourism Malaysia, telah mengadakan sesi libat urus bersama pemain dan pemegang taruh industri pelancongan Wilayah Tengah, hari ini.

VM2026: Pemain industri pelancongan digesa tingkatkan perkhidmatan - Tiong
Pemain industri pelancongan digesa supaya bersiap sedia dan meningkatkan perkhidmatan mereka selari dengan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Lebih 35 juta pelancong kunjungi Thailand pada 2024
China kembali menjadi sumber utama pelancong ke Thailand dengan lebih daripada enam juta pelawat pada tahun lalu, diikuti oleh Malaysia dan India.

Terengganu catat 7.8 juta kedatangan pelancong, atasi sasaran 4.5 juta
Terengganu mencatatkan kedatangan seramai 7.8 juta pelancong sepanjang tahun ini, sekali gus melepasi sasaran yang ditetapkan sebanyak 4.5 juta orang.

PM Anwar mahu lebih banyak produk pelancongan papar kisah legenda, sejarah tempatan
Anwar kagum dengan kreativiti Dream Forest Langkawi dalam mempamerkan keunikan Pulau Langkawi dan memaparkan legenda serta mitos tempatan, yang merupakan sebahagian daripada warisan negara.

Hab produk halal diperluas kepada industri pelancongan
Produk halal perlu dikembangkan kepada sektor pelancongan dan dimanfaatkan oleh usahawan serta syarikat yang berada dalam industri halal.