KUALA LUMPUR: Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus tahun ke tahun kepada 7.9 juta pada April 2024, dan meningkat lapan peratus bulan ke bulan dari Mac 2024, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
Dalam satu kenyataan, Pengerusi Eksekutif MAVCOM Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata jumlah trafik udara pada April 2024 menunjukkan pemulihan berterusan dalam sektor penerbangan.
"Kebangkitan semula trafik antarabangsa merupakan petanda positif bagi pemulihan keseluruhan sektor perjalanan dan pelancongan global, menunjukkan keyakinan pengguna yang kekal teguh terhadap perjalanan udara.
"Kami menjangkakan terdapat peningkatan selanjutnya dalam perjalanan antarabangsa, terutamanya dengan pengecualian visa 30 hari untuk pelancong dari China dan India," katanya.
MAVCOM berkata pertumbuhan itu sebahagian besarnya didorong oleh perjalanan udara domestik, terutamanya perjalanan semasa musim cuti Hari Raya Aidilfitri, dengan 3.9 juta penumpang direkodkan mencerminkan peningkatan 14.9 peratus berbanding Mac 2024.
Trafik domestik menyumbang 49.8 peratus daripada jumlah keseluruhan trafik penumpang pada April 2024, manakala trafik antarabangsa mengalami peningkatan sederhana 1.9 peratus bulan ke bulan kepada 4.0 juta penumpang.
"Penumpang yang pergi dan balik dari rantau Asean khususnya meningkat 4.4 peratus bulan ke bulan kepada 2.1 juta, manakala trafik antarabangsa bukan Asean mengalami sedikit penurunan sebanyak 0.7 peratus bulan ke bulan kepada 1.9 juta penumpang," kata MAVCOM sambil menambah trafik antarabangsa mewakili 50.2 peratus daripada jumlah trafik penumpang pada April 2024.
Ia berkata secara kumulatif trafik penumpang udara dari Januari hingga April 2024 mencecah 30.5 juta, peningkatan 17.0 peratus tahun ke tahun daripada 26.1 juta penumpang yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2023.
"Pertumbuhan ini sebahagian besarnya didorong oleh kenaikan dalam trafik penumpang udara antarabangsa sebanyak 39.4 peratus atau berjumlah 15.8 juta, meningkat daripada 11.4 juta dalam empat bulan pertama 2023, mencerminkan momentum pemulihan industri serta pemulihan laluan dan frekuensi antarabangsa.
"Trafik domestik bagaimanapun, berkurangan sedikit sebanyak 0.4 peratus tahun ke tahun kepada 14.7 juta," katanya.
MAVCOM berkata trafik penumpang domestik dan antarabangsa masing-masing menyumbang 48.1 peratus dan 51.9 peratus daripada jumlah trafik di Malaysia di antara Januari hingga April 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2024

Jumlah trafik udara pada April 2024 menunjukkan pemulihan berterusan dalam sektor penerbangan. - Gambar hiasan

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus kepada 7.9 juta pada April 2024 - Mavcom
Jumlah trafik udara pada April 2024 menunjukkan pemulihan berterusan dalam sektor penerbangan.

Trafik penumpang udara di Malaysia catat peningkatan 71.7 peratus, tahun ini - Anthony Loke
Trafik penumpang udara di Malaysia mencatat peningkatan 71.7 peratus pada sembilan bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh sama pada tahun lepas, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Trafik penumpang udara Malaysia naik 123.6 peratus pada suku pertama 2023 - Mavcom
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 123.6 peratus tahun ke tahun kepada 19.4 juta penumpang pada suku pertama 2023, kata Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).

Jumlah trafik penumpang udara dijangka cecah 49 juta hujung 2022
Jumlah pergerakan pesawat bagi enam bulan pertama tahun ini adalah 288,076 pergerakan.

Jumlah trafik penumpang MAHB naik lebih enam kali ganda pada separuh pertama 2022
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merekodkan peningkatan trafik penumpangnya untuk Malaysia lebih enam kali ganda pada separuh pertama 2022 (1H 2022) berbanding tempoh yang sama pada 2021.

Trafik penumpang udara cecah 8.7 juta pada separuh pertama 2022 - MAVCOM
Jumlah trafik penumpang udara bagi suku pertama 2022 mencapai 8.7 juta, jumlah tertinggi sejak pandemik bermula, kata Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

Jumlah penumpang udara di Singapura cecah 31 peratus
Ia berikutan pembukaan semula sempadan kepada pengembara lengkap vaksinasi, mulai 1 April 2022.

10,000 kakitangan sedia beri perkhidmatan, terima kekerapan trafik udara tinggi - MAHB
Pihaknya tidak melakukan tindakan pemberhentian pekerja, justeru, MAHB kini bersedia menyambut ketibaan penumpang udara.

Trafik penumpang udara bagi Julai catat pertumbuhan tinggi
Trafik penumpang udara dunia bagi Julai menunjukkan pertumbuhan permintaan yang tinggi, dengan jumlah hasil penumpang bagi setiap kilometer meningkat 5.9% berbanding tempoh yang sama tahun lepas.