KUALA LUMPUR: Jumlah trafik penumpang udara Malaysia setakat ini meningkat 21.4 peratus kepada 15.3 juta pada Februari 2024 berbanding 12.6 juta penumpang dalam tempoh sama pada 2023, kata Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).
Dalam kenyataan pada Isnin, katanya, ramalan trafik penumpang udara Mavcom tahun ini adalah antara 93.9 juta dan 107.1 juta penumpang, menggariskan trajektori pertumbuhan sektor penerbangan yang dijangkakan.
"Momentum pemulihan ini dibuktikan lagi dengan trafik penumpang Februari 2024 yang mencapai 95.4 peratus daripada jumlah trafik penumpang pada Februari 2019," katanya.
Menurut Mavcom, bagi Februari 2024, Malaysia telah menyaksikan jumlah trafik penumpang mencapai 8.1 juta, menunjukkan peningkatan bulan ke bulan yang signifikan, iaitu 12.6 peratus berbanding Januari 2024, berjumlah 7.19 juta penumpang.
Angka ini turut menandakan pertumbuhan tahun ke tahun yang ketara sebanyak 34.8 peratus berbanding Februari 2023, yang mencatatkan seramai 6.01 juta penumpang, katanya.
"Trafik penumpang domestik dan antarabangsa masing-masing menyumbang sebanyak 49.3 peratus dan 50.7 peratus kepada keseluruhan trafik pada Februari 2024, menandakan peningkatan 3.2 mata peratusan dalam syer trafik penumpang domestik berbanding Januari 2024," katanya.
Pengerusi Eksekutif Mavcom, Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata, sektor penerbangan sedang menuju ke arah pemulihan yang teguh, dengan trafik penumpang udara untuk Februari 2024 menunjukkan peningkatan yang ketara.
Beliau berkata, data semasa menunjukkan permintaan untuk perjalanan udara di Malaysia mungkin mencapai tahap prapandemik menjelang akhir tahun ini dan berpotensi untuk melepasinya pada 2025.
"Bagaimanapun, kapasiti pesawat pada masa ini masih menjadi isu berbangkit berikutan gangguan rantaian bekalan, menyebabkan kelewatan dalam penghantaran pesawat.
"Oleh itu, adalah penting bagi syarikat penerbangan untuk merancang rangkaian penerbangan mereka secara teliti dan memperuntukkan sumber mereka dengan cekap.
"Selain itu, pengendali lapangan terbang harus memastikan infrastruktur sedia ada mencukupi dan mampu menampung peningkatan permintaan untuk mengekalkan tahap kualiti perkhidmatan yang tinggi," katanya.
Saripuddin berkata, lonjakan perjalanan udara yang signifikan ini turut mencerminkan pemulihan kepercayaan pengguna terhadap perjalanan udara yang selamat dan kembalinya hasrat untuk berhubung, menekankan peranan penting sektor penerbangan dalam memudahkan bukan sahaja kecergasan ekonomi, malah pembinaan semula ikatan.
Beliau berkata, sebagai pengawal selia, Mavcom mengambil perhatian terhadap perkembangan ini dan kekal komited dalam memastikan pertumbuhan sektor ini sejajar dengan keperluan rangka kerja perlindungan pengguna dan kualiti perkhidmatan yang teguh, serta pengawasan kawal selia suruhanjaya.
"Ini memastikan pemulihan industri bukan sahaja kukuh,malah saksama dan mampan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2024

Saripuddin berkata, sektor penerbangan sedang menuju ke arah pemulihan yang teguh, dengan trafik penumpang udara untuk Februari 2024 menunjukkan peningkatan yang ketara. - Gambar fail/Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Penggantian Aerotrain lama dengan sistem baharu dijangka meningkatkan pengalaman penumpang dan mengurangkan risiko gangguan operasi di KLIA.

Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 14.3 peratus pada 2024 - Loke
Trafik penumpang udara Malaysia pada tahun 2024 meningkat sebanyak 14.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Trafik penumpang udara naik kepada 8 juta pada November 2024 - MAVCOM
Sektor penerbangan Malaysia telah mengalami pemulihan dan pertumbuhan mampan dengan trafik penumpang udara mencecah 8.0 juta penumpang pada November 2024.

MAHB catat 11.2 juta pergerakan penumpang pada November, hampir paras sebelum pandemik
Pergerakan penumpang antarabangsa menyumbang 54 peratus kepada jumlah trafik, melebihi bahagian trafik sebelum pandemik sebanyak 48 peratus.

Malaysia catat trafik penumpang udara 80.3 juta bagi 10 bulan pertama 2024
Trafik penumpang udara Malaysia bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini mencecah 80.3 juta.

Trafik penumpang udara naik 12.7 peratus kepada 8.7 juta pada Ogos 2024 - MAVCOM
Lapangan terbang Malaysia memberi perkhidmatan kepada 8.7 juta penumpang udara pada Ogos 2024, pertumbuhan 12.7 peratus daripada 7.7 juta penumpang yang dicatatkan pada Ogos 2023.

Penerbangan: Trafik penumpang Malaysia ambil sedikit masa untuk pulih - MIDF
MIDF mengunjurkan trafik penumpang Malaysia mencapai 94 peratus berbanding jangkaan pertumbuhan sebanyak 102 peratus sebelum itu.

Trafik penumpang udara lonjak 14.3 peratus kepada 8.8 juta pada Julai 2024 - MAVCOM
Malaysia mencatatkan peningkatan dalam trafik penumpang udara sebanyak 14.3 peratus tahun ke tahun kepada 8.8 juta penumpang pada Julai 2024.

Trafik penumpang udara naik kepada 46.6 juta pada separuh pertama 2024
Jumlah trafik penumpang udara Malaysia mencapai 46.6 juta pada separuh pertama tahun 2024, peningkatan sebanyak 15.3 peratus tahun ke tahun berbanding 40.4 juta dicatatkan dalam tempoh sama pada 2023.

Trafik penumpang udara Malaysia naik kepada 15.3 juta pada Februari 2024
Jumlah trafik penumpang udara Malaysia meningkat 21.4 peratus kepada 15.3 juta pada Februari 2024 berbanding 12.6 juta penumpang dalam tempoh sama pada 2023.