KUALA LUMPUR: Soal menghapuskan atau mengekalkan semua 5,000 pokok durian Musang King di atas tanah seluas 52 hektar di Gunung Inas, Baling, Kedah, adalah tertakluk kepada bidang kuasa Kerajaan Negeri, Dewan Rakyat diberitahu pada Selasa.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Kerajaan Persekutuan hanya boleh memberi nasihat atau pandangan teknikal, dan bukannya aktiviti penguatkuasaan, selaras dengan Senarai Kedua, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Buat masa kini, Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, Jabatan Perhutanan telah mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk melakukan penghutanan semula kawasan seluas 5,000 hektar yang digazetkan sebagai ladang hutan.
“Isu mengenai 5,000 pokok Musang King di Gunung Inas, ini juga di bawah bidang kuasa negeri, khususnya hutan Kedah, atas arahan MB, sama ada 5,000 pokok ditanam atas 52 hektar itu nak dihapuskan atau tidak, terpulang kepada mereka.
“Tetapi Jabatan Perhutanan telah mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Kedah mengambil langkah buat penanaman atau ‘reforestation’ di atas tanah yang diluluskan untuk ladang hutan seluas 5,000 hektar itu.
“Nak ditebang yang ditanam, atau dikekalkan sehingga habis tempoh, itu bawah bidang Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan hanya boleh beri nasihat, pandangan, termausk pandangan teknikal, bukan penguatkuasaan,” katanya lagi.
Takiyuddin berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH - Kulim Bandar Baharu) yang mahu mengetahui sejauh mana ketegasan kerajaan untuk memastikan Tragedi Baling yang mengorbankan tiga nyawa baru-baru ini tidak berlaku lagi.
Terdahulu, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN - Baling) mahu mengetahui kaedah penyelesaian yang dirancang oleh Kementerian bagi memastikan keselamatan rakyat dijamin khususnya penduduk di sekitar Gunung Inas Baling, Kedah berikutan insiden kepala air tersebut.
Menjawab soalan itu, Takiyuddin berkata, Kerajaan ingin memaklumkan bahawa kawasan persekitaran Gunung Inas, Kupang, Baling masih tidak stabil.
Selain itu, ia masih terdedah kepada ancaman tanah runtuh serta jatuhan batuan berikutan kehadiran bongkah batuan yang longgar dan tergantung di lereng gunung.
Di samping itu, Takiyuddin berkata, perubahan arus deras secara mendadak bila berlaku hujan di kawasan hulu, dan kehadiran taburan puing-puing batuan di dalam laluan sungai, boleh mendatangkan risiko serta membahayakan keselamatan awam di kawasan tersebut.
“Sehubungan itu, satu surat pemakluman rasmi perihal Langkah Kewaspadaan Awam Di Kawasan Tadahan Gunung Inas, Baling, Kedah telah dihantar pada 22 Julai 2022 kepada kerajaan negeri Kedah, menyarankan agar kerajaan negeri Kedah mengambil perhatian terhadap zon bahaya dan zon kawalan yang dibangunkan oleh JMG bagi tujuan pengurusan bencana di peringkat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).
“KeTSA melalui Jabatan Mineral dan Geosains turut menasihatkan agar kawasan pergunungan zon sumber aliran puing tersebut juga tidak dibuka kepada awam sehingga keadaan selamat,” katanya lagi.
Bagi kaedah penyelesaian secara menyeluruh, Takiyuddin berkata, kementerian melalui Pasukan Khas Siasatan Bencana-Tragedi Baling 2022 sedang menyediakan laporan bersepadu.
“Laporan tersebut dijangka akan mencadangkan kewujudan kawasan zon terimpak, zon berisiko, dan zon selamat.
“Laporan ini turut akan menyediakan cadangan dan tindakan susulan mengenai dasar dan pengurusan bencana bagi mengurangkan secara menyeluruh risiko bencana di kawasan tersebut melalui langkah penyelesaian secara berstruktur dan bukan struktur,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Tue Jul 26 2022

Takiyuddin berkata, Kerajaan Persekutuan hanya boleh memberi nasihat atau pandangan teknikal dan bukannya aktiviti penguatkuasaan. - Foto JAPEN

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Tragedi Baling: Hapus atau kekal tanaman Musang King, itu keputusan Kerajaan Kedah
Takiyuddin berkata, Kerajaan Persekutuan hanya boleh memberi nasihat atau pandangan teknikal, dan bukannya aktiviti penguatkuasaan