KUALA LUMPUR: Kepingan besi (sheet pile) perlu dibina dalam kadar segera bagi mengatasi kejadian tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights, Kemensah Heights, dekat Ampang, di sini.
Menurut Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memaklumkan sekurang-kurangnya RM1 juta diperlukan untuk membina kepingan besi bagi mengelakkan pergerakan tanah berlaku.
Sehubungan itu, Mohamed Azmin yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menghubungi Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk membincangkan mengenai peruntukan tersebut bagi membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
“Oleh kerana tanah ini tanah hak milik persendirian, tetapi dalam keadaan teagedi seperti ini, saya mengambil pendirian kerajaan Persekutuan akan bersama dengan kerajaan negeri dan PBT untuk membantu penduduk supaya insiden tidak berulang.
“Bagi kerajaan, keselamatan dan nyawa penduduk penting dan perlu kita selamat dan lindungi mereka,” kata beliau kepada pemberita selepas melawat tapak kejadian tanah runtuh pada Sabtu.
BACA: 19 rumah teres dua tingkat terjejas tanah runtuh - Bomba
BACA: 'Bunyi kuat seperti dentuman guruh, rupanya tanah runtuh'
BACA: Tanah runtuh di Kemensah Heights dipercayai akibat aliran air bawah tanah - Bomba
Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, pembinaan kepingan besi adalah perlu kerana pergerakan tanah boleh mengakibatkan ketidakstabilan cerun.
Dalam perkembangan sama, Mohamed Azmin berkata, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) memaklumkan memerlukan masa selama tiga hari untuk mengemukakan laporan teknikal sama ada kediaman penduduk di tonwhouse berdekatan dengan tapak kejadian itu selamat untuk didiami atau tidak.
Berdasarkan laporan awal, kata Mohamed Azmin, struktur townhouse itu masih tidak berubah, namun laporan penuh mengenai keselamatan bangunan itu hanya akan diketahui dalam tempoh tiga hari.
"Pada ketika ini struktur bangunan masih kukuh dan tidak ada pergerakan. Ianya hanya berlaku limpahan air sungai akibat tanah timbus.
“Tertakluk laporan itu (JMG) yang akan dikemukakan dalam tempoh tiga hari, sekiranya dapati bangunan selamat, maka penduduk ini boleh balik ke rumah masing-masing,” katanya lagi.
Sementara itu, beliau berkata, majoriti keluarga yang terjejas dalam kejadian tanah runtuh itu telah ditempatkan di Dewan Masyarakat AU2 dan AU5, Keramat buat sementara waktu.
Dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights pada Jumaat malam, sebanyak 19 buah rumah teres dua tingkat membabitkan 28 keluarga terjejas.
Hasimi Muhamad
Sat Sep 18 2021

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan tinjauan di kawasan tanah runtuh di Kemensah Heights pada Sabtu. - Gambar BERNAMA

Veteran DAP, Kulasegaran tarik diri pemilihan parti
M Kulasegaran mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Man Tiger tidak mengaku cuba bunuh suami isteri
Suspek ditahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian dan mempunyai 27 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.
3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Tiga buah bas meletup, di Tel Aviv pada Khamis dalam kejadian yang didakwa oleh polis Israel sebagai serangan pengganas.
Inflasi Januari 2025, apa pendorong situasi dan prestasi terkini?
Untuk mengulas lanjut angka terkini inflasi ini, kita bersama Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, Provost, Malaysia University of Science & Technology MUST.

Jabatan Kesihatan rampas gula-gula kenyal dijual dekat sekolah Mohamad Fahmi
JKN Pulau Pinang sedang siasat lebih lanjut keselamatan produk makanan itu, tindakan selanjutnya akan diselaras di peringkat ibu pejabat.

Bapa dakwa anak autistik didera di taska, ada kesan lebam
Seorang kanak-kanak autistik, didakwa menjadi mangsa dera di taska apabila bapanya menemukan kesan lebam yang besar pada belakang badan ketika ingin memandikan anak sulungnya itu.
'Nak beli baju raya, rancang kewangan terlebih dahulu' - Pakar
Masyarakat disaran untuk berbelanja secara berhemah dan tidak membiarkan perancangan kewangan mereka tersasar semata-mata kerana ingin memenuhi gaya hidup atau mengikut trend menjelang perayaan Aidilfitri.
[TERKINI] Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 - DOSM
Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 dengan mata indeks mencatatkan 133.6 berbanding 131.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan hari ini mengenai keluaran Indeks Harga Pengguna (IHP), Januari 2025.

'Along Kubur' disambung reman empat hari
Perintah reman ke atas suspek dikeluarkan hingga 25 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952.
AWANI Ringkas: Projek Bandar Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tragedi Kemensah Heights: Ada pembinaan memasuki rizab sungai - Tuan Ibrahim
Siasatan awal mendapati, struktur binaan telah memasuki kawasan rizab sungai sebelum kejadian berlaku.

Tragedi Kemensah Heights: RM10 juta untuk kestabilan jangka panjang Sungai Kemensah - Tuan Ibrahim
Projek itu termasuk pembesaran kawasan sungai bagi mengelak kejadian tanah runtuh berlaku di masa depan.

Tragedi Kemensah Heights: Penduduk harap bantuan setimpal segera disalurkan
Apa yang diharapkan oleh penduduk ialah dapat berpindah segera ke kediaman sementara yang lebih selesa selain bantuan setimpal lain.

Tragedi Kemensah Heights: "Saya tergamam lihat tanah di luar rumah runtuh" - Penduduk
Seorang penduduk, Noor Atila Zolkefli kongsi cerita mencemaskan apabila ternampak tanah di luar dapur kediamannya runtuh.

Tragedi Kemensah Heights: Masih ada pergerakan tanah di kawasan runtuhan - Pengarah JMG Selangor
Berikutan cuaca yang tidak menentu, pergerakan tanah di kawasan terjejas masih berlaku.

Tragedi Kemensah Heights: Pembinaan tambahan tidak ikut garis panduan - Takiyuddin
Siasatan awal mendapati terdapat perlanggaran garis panduan bangunan terutama di lereng bukit.

Tragedi Kemensah Heights: Laporan kajian JMG dikeluarkan Selasa - Takiyuddin
Ketika ini, kerja-kerja siasatan dan kajian tanah masih dijalankan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) di lokasi kejadian.

Tragedi Kemensah Heights: RM1 juta diperlukan bina kepingan besi - Azmin Ali
Pembinaan kepingan besi adalah perlu kerana pergerakan tanah boleh mengakibatkan ketidakstabilan cerun.