CHUKAI: Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih di sini, ditutup petang ini selepas pencarian mangsa tragedi kepala air pada hari keempat operasi mencari dan menyelamat (SAR) gagal menemukan sebarang petunjuk.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata keputusan itu juga dibuat selepas ramalan cuaca daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada 3.55 petang tadi mendapati akan berlaku ribut petir hingga 7 malam ini.
"Cuaca pada hari ini tidak mengizinkan untuk pasukan membuat pencarian dan operasi telah ditangguhkan 2 petang tadi sebelum disambung semula sejam kemudian ... bagaimanapun, tiada sebarang petunjuk baharu ditemukan.
"Operasi SAR pada hari ini juga akan ditangguhkan sebentar lagi dan akan disambung semula esok pada 9 pagi," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata operasi SAR esok akan diteruskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan akan turut disertai agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dalam pada itu, Hanyan turut mengingatkan semua agensi, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam yang terlibat dalam operasi SAR selepas ini untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) SAR.
"Saya tidak mahu ada tragedi dalam tragedi," katanya.
Hanyan turut memaklumkan mayat kelapan yang ditemukan semalam iaitu Putri Alleya Maisarah Karim, 16, akan diserahkan kepada waris pada pukul 7 malam ini untuk dikebumikan.
Sementara itu, Ketua Zon 2 JBPM Terengganu Penguasa Kanan II Azman Alias berkata dua Pos Kawalan Hadapan JBPM dibuka di Kampung Seberang Tayor dan di Jeti Awam Kampung Pasir Minal hari ini.
"Operasi SAR esok masih tertumpu di sektor A yang belum lagi mencakupi 60 peratus dan di sektor C. Di sektor B akan ditukarkan dengan Unit K9 untuk kerja flushing di semua kawasan sebelum keputusan lanjut dibuat.
"Saya sebagai Komander Operasi 2 tidak benarkan lagi mana-mana pihak masuk kawasan SAR dan ia hanya akan dibuka kepada orang awam selepas operasi ditamatkan," katanya.
Pada Sabtu, 10 individu dengan sembilan daripadanya sekeluarga berasal dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang dilaporkan datang berkelah di Jeram Air Putih sebelum dihanyutkan arus deras kepala air.
Operasi SAR mencari 10 mangsa tragedi kepala air itu telah dimulakan pada Ahad dengan lapan mayat telah ditemukan setakat ini dan operasi mengesan dua lagi mangsa iaitu Putri Nur Fatin Karim, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24, giat dijalankan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 05 2023
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata keputusan itu juga dibuat selepas ramalan cuaca daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada 3.55 petang tadi mendapati akan berlaku ribut petir hingga 7 malam ini. - BERNAMA
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tragedi kepala air: Gagal temui petunjuk, PKTK polis ditutup
Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih di sini, ditutup petang ini selepas pencarian mangsa tragedi kepala air pada hari keempat operasi mencari dan menye