TAPAH: Jenazah tiga beradik mangsa tragedi kepala air di Sungai Kenjur, Kampung Poh, Bidor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor, pada Khamis.
Jenazah Hanum Marissa Azam, 2, Hafif Muhayat Azam, 4 dan Hanna Mikayla Azam, 7, dikebumikan dalam satu liang lahad sekitar jam 6.20 petang di sisi pusara ibu mereka, Aszura Bani, 37.
Kenderaan yang membawa ketiga-tiga jenazah dari Masjid Al-Muhtadin Bidor tiba di tanah perkuburan dengan disambut bapa mereka, Azam Radin Mustapha Amiruddin, 46, serta lebih 60 ahli keluarga.
Suasana pilu menyelubungi kawasan berkuburan dan hujan renyai mengiringi pengebumian jenazah ketiga-tiga beradik itu.
Sebelum itu, jenazah disembahyangkan di Masjid Al-Muhtadin Bidor sekitar jam 5.20 oleh kira-kira hampir 50 jemaah dalam kalangan ahli keluarga dan penduduk setempat.
Terdahulu, kira-kira jam 12.20 tengah hari, jenazah ibu tiga beradik itu, Aszura selamat dikebumikan di tanah perkuburan sama.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang Rabu, seorang wanita meninggal dunia manakala tiga anaknya dikhuatiri hilang kerana dihanyutkan arus deras ketika mereka berkelah di kawasan berkenaan.
Tiga orang lagi yang turut berkelah bersama-sama mereka, termasuk seorang pengasuh warga Indonesia terselamat.
Mayat Aszura ditemui sejurus selepas kejadian berhampiran jambatan di sungai berkenaan, manakala mayat anaknya, Hafif Muhayat, ditemui kira-kira 600 meter dari lokasi kejadian, kira-kira jam 9.45 malam tadi.
Operasi mencari dan menyelamat yang diteruskan pagi Khamis telah menjumpai mayat dua beradik, mangsa terakhir tragedi.
Mangsa Hanum Marissa, dan kakaknya, Hanna Mikayla, dijumpai kira-kira pukul 9 dan 9.10 pagi.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Feb 08 2024

Jenazah tiga beradik mangsa tragedi kepala air di Sungai Kenjur, Kampung Poh, Bidor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor, pada Khamis. - Astro AWANI

Elon Musk sahkan X hadapi 'serangan siber besar-besaran'
Kami diserang setiap hari, tetapi kali ini melibatkan sumber yang besar, kata Musk.

Hanya 20 peratus pegawai, anggota JBPM Melaka dibenar bercuti Aidilfitri
Hanya 20 peratus daripada 496 pegawai dan anggota JBPM Melaka dibenar bercuti sempena Aidilfitri tahun ini.

Pasangan kekasih ditahan curi ikan tongkol waktu sahur
Pasangan suspek itu turut didapati mencuri telefon bimbit dan tabung gas mangsa sebelum sempat ditahan warga penduduk.

Iftar Muhibbah eratkan ukhuwah merentas agama
Masjid Abidin menganjurkan program itu bagi memberi peluang kepada masyarakat bukan Islam merasai pengalaman berbuka puasa bersama rakan Muslim.

Ukraine sedia berunding secara konstruktif dengan AS di Arab Saudi - Zelenskyy
Zelenskyy berada di Jeddah menjelang pertemuan antara pegawai AS dan Ukraine yang bertujuan mencari jalan menamatkan perang Rusia-Ukraine.

Tak mahu beli baju raya, petanda Aisar Azim akan pergi selamanya - Keluarga
Abangnya berkata Aisar Azim menyatakan hasrat itu beberapa hari sebelum kejadian tanpa disangka ia menjadi tanda perpisahan selamanya.

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Pada jam pagi, mata wang tempatan pada 4.4200/4275 berbanding dolar AS daripada 4.4200/4235 ketika ditutup semalam.

Lelaki maut kereta langgar pembahagi jalan
Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Plaza Tol Putrajaya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 11 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
US stock market loses $4 trillion in value as Trump plows ahead on tariffs
President Donald Trump’s tariffs have spooked investors, with fears of an economic downturn driving a stock market sell-off that has wiped out $4 trillion from the S&P 500’s peak last month, when Wall Street was cheering much of Trump's agenda.

Tragedi kepala air Lembah Maksina: Tiga mayat ditemukan bawah kayu balak
Operasi mencari dan menyelamat dilakukan sejak malam tadi sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.28 malam.

Tragedi kepala air Lembah Maksina: 6 dikhuatiri lemas, dua cedera
Sembilan peserta river trekking pula selamat selepas terperangkap di Lembah Maksina, Makuau, Lahad Datu akibat banjir kilat malam tadi.

Tragedi kepala air: Jenazah tiga beradik dikebumi satu liang lahad
Jenazah tiga beradik mangsa tragedi kepala air di Sungai Kenjur, Kampung Poh, Bidor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor, pada Khamis.

Tragedi kepala air: Operasi SAR meliputi kawasan lebih 59 km persegi
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih, Kemaman telah meliputi 100 peratus kawasan pencarian.

Tragedi kepala air: Pusat kawalan operasi SAR dipindahkan ke BBP Cheneh
Operasi pusat kawalan SAR di BBP Cheneh juga akan dibantu BBP Chukai dengan pengecilan skala pencarian mulai esok.

Tragedi kepala air: Pencarian mangsa terakhir fokus di sektor A
Pencarian di sektor B dan C turut akan dilakukan, namun dengan skala yang lebih kecil.

Tragedi kepala air: Jenazah Muhammad Fikri selamat dikebumi
Mangsa kesembilan tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Kuda, Semerah.

Tragedi kepala air: Pasukan SAR buat usungan dengan batang kayu
Anggota pasukan SAR tragedi kepala air Jeram Air Putih bukan sekadar mengerah keringat malah menunjukkan kesungguhan mereka dalam memastikan semua mangsa segera dibawa 'pulang'.

Tragedi kepala air: Operasi SAR kesan dua lagi mangsa diteruskan
Operasi itu melibatkan seramai 279 anggota dari pelbagai agensi termasuk JBPM, PDRM dan PGA selain turut dibantu orang awam.

Tragedi kepala air: Gagal temui petunjuk, PKTK polis ditutup
Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih di sini, ditutup petang ini selepas pencarian mangsa tragedi kepala air pada hari keempat operasi mencari dan menye