KEMAMAN: Polis mengesahkan hanya enam mayat tragedi kepala air Jeram Air Putih, Kemaman ditemui sehingga petang ini, bukan sembilan seperti yang dimaklumkan sebelum ini.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan, berkata kekeliruan timbul disebabkan masalah komunikasi berikutan lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang terletak jauh di dalam hutan.
Justeru katanya, pasukan SAR masih mengesan empat lagi mangsa yang masih hilang.
Dalam pada itu, identiti tiga lagi mangsa telah dikenal pasti, petang ini, menjadikan secara keseluruhan semua enam mayat yang ditemui sudah dikenal pasti.
Mereka ialah Putri Aryana Umaira Karim, 4, dan Putri Nurerina Natasya karim, 10, yang ditemui jam 12.05 tengah hari tadi, selain bapa Karim Abdullah, 39, ditemui jam 1.55 tengah hari.
Sebelum ini, polis sudah mengenal pasti identiti mayat Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, yang ditemui terapung oleh pasukan SAR kira-kira jam 11.05 pagi tadi.
Malam tadi, polis mengesahkan identiti dua mayat yang ditemui jam 12.30 tengah hari semalam, adalah dua beranak iaitu Azizah Eiyi, 40, dan Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11.
BACA: Identiti lapan individu termasuk tujuh sekeluarga dikenal pasti
BACA: Hari kedua operasi SAR disambung, kesan lapan lagi mangsa
Sebelum ini, media melaporkan, kesemua mayat terbabit ditemui dalam sektor A dan B kawasan pencarian.
Sembilan beranak yang terbabit dalam kejadian itu ialah Karim dan Azizah; selain Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; Putri Nor Fatin Karim, 14; Muhammad Zulqarnain Haikal; Putri Nurerina Natasya; Muhammad Haziq Ziqree dan Putri Aryana Umaira.
Seorang lagi adalah tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24, yang berasal dari Batu Pahat, Johor.
Tengah hari semalam, mayat Azizah ditemukan terapung oleh orang ramai, dihanyutkan arus kira-kira 24 kilometer (km) dari tempat kejadian, manakala Muhammad Zulqarnain Haikal tersangkut pada dahan pokok kira-kira 2 km dari tempat kejadian.
Turut ditemui adalah adalah kereta jenis Proton Gen2 dan sebuah motosikal jenis SYM di tempat kejadian dipercayai milik mangsa terbabit.
Susulan penemuan dua mangsa itu, polis melancarkan operasi SAR untuk mengesan semua mangsa yang terlibat.
Polis difahamkan, semua mangsa datang ke kawasan hulu sungai untuk berkelah sebelum dilanda kepala air.
Nur Fazlizai Ali
Mon Jul 03 2023
![Tragedi kepala air Jeram Air Putih: 'Hanya 6 mayat sekeluarga ditemui, bukan 9' - Polis Tragedi kepala air Jeram Air Putih: 'Hanya 6 mayat sekeluarga ditemui, bukan 9' - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688373600_tragedikepalaair.jpg)
Enam mayat mangsa yang ditemui setakat ini sudah dikenal pasti. - Gambar/ Bernama
![Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738922827_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan
Kunjungan itu juga mencerminkan penghormatan Anwar terhadap tradisi agama dan budaya sekali gus menangkis dakwaan mengena pengabaian kaum India.
Harga kopi di NY lonjak 6% akibat 'panic buying'
Harga kopi hadapan di Bursa ICE New York melonjak lebih 6% pada Isnin, mencatat rekod tertinggi baharu melebihi $4.30 (RM19.87) per paun.
Amerika Syarikat larang transgender sertai tentera
Tentera Amerika Syarikat kini melarang individu transgender daripada menyertai pasukan tentera serta menghentikan semua prosedur peralihan jantina bagi anggota yang sedang berkhidmat.
PBB bimbang keadaan tebusan Israel dan tahanan Palestin
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan kebimbangan terhadap keadaan tebusan Israel serta tahanan Palestin yang dilepaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata Gaza.
![Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739231486_BretBaier.jpg)
Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump
"Saya akan memilikinya (Gaza). Anggap ini sebagai pembangunan hartanah untuk masa depan. Ia akan menjadi sebidang tanah yang indah. Tidak memerlukan perbelanjaan besar."
Negara-negara Arab tolak cadangan Trump untuk Gaza
Mesir menegaskan bahawa negara-negara Arab menyokong Palestin dalam menolak cadangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan mengambil alih kawalan wilayah itu.
Trump cadang halang rakyat Palestin kembali ke Gaza
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mencadangkan bahawa rakyat Palestin tidak akan diberi hak untuk kembali ke Semenanjung Gaza di bawah pelan pembangunan semula kawasan tersebut.
Hamas henti bebas tebusan, dakwa Israel langgar perjanjian
Hamas pada Isnin umum akan menghentikan pembebasan tebusan Israel sehingga notis lanjut susulan dakwaan pelanggaran perjanjian gencatan senjata oleh Israel di Gaza.
![BAMTC 2025: Pang Ron terkejut, teruja ketuai cabaran Malaysia di Qingdao BAMTC 2025: Pang Ron terkejut, teruja ketuai cabaran Malaysia di Qingdao](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739226960_bamtc.jpg)
BAMTC 2025: Pang Ron terkejut, teruja ketuai cabaran Malaysia di Qingdao
Pang Ron berharap dapat memimpin rakan sepasukan dengan baik selain menerapkan semangat juang tinggi ketika berentap di Conson Gymnasium.
![Turkiye sasar ganda perdagangan dengan Malaysia kepada US$10 bilion Turkiye sasar ganda perdagangan dengan Malaysia kepada US$10 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739229729_RecepTayyipErdoan.jpg)
Turkiye sasar ganda perdagangan dengan Malaysia kepada US$10 bilion
Erdogan berkata, Turkiye ingin meningkatkan usaha bersama dalam setiap sektor dan bergerak maju bersama dalam pelbagai bidang dengan Malaysia.
![Tragedi kepala air: Operasi SAR meliputi kawasan lebih 59 km persegi Tragedi kepala air: Operasi SAR meliputi kawasan lebih 59 km persegi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689158254_JeramAirPutihKem.jpg)
Tragedi kepala air: Operasi SAR meliputi kawasan lebih 59 km persegi
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih, Kemaman telah meliputi 100 peratus kawasan pencarian.
![Tragedi kepala air: Waris faham kesukaran pasukan SAR Tragedi kepala air: Waris faham kesukaran pasukan SAR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688706057_TBSAR.jpg)
Tragedi kepala air: Waris faham kesukaran pasukan SAR
Memasuki hari ketujuh operasi SAR, Putri Nor Fatin Karim, 14, adalah seorang daripada 10 mangsa tragedi kepala air yang masih belum ditemukan.
![Pasukan SAR terus komited kesan mangsa tragedi kepala air Pasukan SAR terus komited kesan mangsa tragedi kepala air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688700595_TBSAR.jpg)
Pasukan SAR terus komited kesan mangsa tragedi kepala air
Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih minggu lepas terus komited untuk mengesan dua lagi mangsa.
![Tragedi kepala air: Demi kasih, abang sanggup tunggu, bantu cari adik Tragedi kepala air: Demi kasih, abang sanggup tunggu, bantu cari adik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688636280_abang.jpg)
Tragedi kepala air: Demi kasih, abang sanggup tunggu, bantu cari adik
Seorang abang sanggup bersama-sama dalam usaha pencarian Muhammad Fikri Saliman, 24, yang masih hilang akibat tragedi Jeram Air Putih, Kampung Air Putih, Kemaman.
![Tragedi kepala air: Bomba guna dron cari dua mangsa hilang Tragedi kepala air: Bomba guna dron cari dua mangsa hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688553586_cari.jpg)
Tragedi kepala air: Bomba guna dron cari dua mangsa hilang
Seramai tiga anggota unit dron terlibat dalam operasi itu dengan menggunakan dron Matrice 210 untuk mengesan mangsa yang hilang.
![Kepala air Jeram Air Putih: Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga mangsa Kepala air Jeram Air Putih: Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688368557_kemaman.jpg)
Kepala air Jeram Air Putih: Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga mangsa
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga 10 mangsa lemas tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Chukai, Terengganu semalam.
!['Orang luar tak tahu bahaya kepala air Jeram Air Putih' - Penduduk kampung 'Orang luar tak tahu bahaya kepala air Jeram Air Putih' - Penduduk kampung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688381512_JeramAirPutihKem.jpg)
'Orang luar tak tahu bahaya kepala air Jeram Air Putih' - Penduduk kampung
Menurut penduduk, kawasan jeram itu sememangnya terkenal sebagai kawasan rekreasi dan menjadi lubuk digemari ramai kaki pancing.
![Bapa mangsa tragedi kepala air reda pemergian anak sekeluarga Bapa mangsa tragedi kepala air reda pemergian anak sekeluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688367035_TBBapapasrah.jpg)
Bapa mangsa tragedi kepala air reda pemergian anak sekeluarga
Eiyi Johari, 60, bapa kepada Allahyarham Azizah Eiyi, 40, yang terkorban dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih di Kemaman reda dengan pemergian anaknya.
![[KEMAS KINI] Tragedi kepala air Jeram Air Putih: Enam mayat sudah ditemui, empat masih hilang [KEMAS KINI] Tragedi kepala air Jeram Air Putih: Enam mayat sudah ditemui, empat masih hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688368557_kemaman.jpg)
[KEMAS KINI] Tragedi kepala air Jeram Air Putih: Enam mayat sudah ditemui, empat masih hilang
Empat lagi mayat mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, di Kemaman ditemui pada Isnin.
![Tragedi Jeram Air Putih: Laporan awal dijangka siap dalam masa terdekat - Nik Nazmi Tragedi Jeram Air Putih: Laporan awal dijangka siap dalam masa terdekat - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688357940_SAR.jpg)
Tragedi Jeram Air Putih: Laporan awal dijangka siap dalam masa terdekat - Nik Nazmi
Ketika ini, Jabatan Mineral dan Geosains masih melakukan tinjauan awal di lokasi kejadian dan pihak polis sedang melakukan siasatan.