KEMAMAN: Mayat kelapan mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih di Kemaman ditemui kira-kira jam 3 petang, Selasa.
Mayat remaja perempuan itu dijumpai di sektor A tidak jauh dari mayat kedua yang ditemui pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kemaman,Superintendan Hanyan Ramlan berkata mayat Putri Alleya Maisarah Karim,16 dijumpai sekitar jarak dua kilometer dari lokasi kejadian.
Katanya, dengan penemuan ini lapan mayat tragedi kepala air telah dijumpai.
"Untuk makluman terkini kita telah menemui satu lagi jenazah pada pukul 3 petang maklumat yang kita terima pemeriksaan dan siasatan kita mengesahkan adalah satu mangsa wanita dan kita bawa balik ke balai polis Air Putih, saya sahkan ianya adalah Putri Alleya yang berusia 16 tahun," katanya.
Beliau berkata usaha mengesan dua lagi mangsa iaitu Putri Nor Fatin, 14, dan tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24 masih giat dijalankan.
Pada pagi Selasa, mayat Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18 tahun, dijumpai di belakang Masjid Dadong.
Mayat ditemui kira-kira jam 7.45 pagi tadi sekitar jarak 24 kilometer dari lokasi kejadian.
Nur Fazlizai Ali
Tue Jul 04 2023
![Tragedi kepala air Jeram Air Putih: Mayat ke-8 ditemui Tragedi kepala air Jeram Air Putih: Mayat ke-8 ditemui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688460554_TBJeramAirPutih.jpg)
Dengan penemuan ini lapan mayat tragedi kepala air telah dijumpai. - Foto PDRM
![Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739231725_KedaiRuncitTerbakar.jpg)
Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
JBPM Selangor menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 11 malam.
![Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738922827_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan
Kunjungan itu juga mencerminkan penghormatan Anwar terhadap tradisi agama dan budaya sekali gus menangkis dakwaan mengena pengabaian kaum India.
Harga kopi di NY lonjak 6% akibat 'panic buying'
Harga kopi hadapan di Bursa ICE New York melonjak lebih 6% pada Isnin, mencatat rekod tertinggi baharu melebihi $4.30 (RM19.87) per paun.
Amerika Syarikat larang transgender sertai tentera
Tentera Amerika Syarikat kini melarang individu transgender daripada menyertai pasukan tentera serta menghentikan semua prosedur peralihan jantina bagi anggota yang sedang berkhidmat.
PBB bimbang keadaan tebusan Israel dan tahanan Palestin
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan kebimbangan terhadap keadaan tebusan Israel serta tahanan Palestin yang dilepaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata Gaza.
![Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739231486_BretBaier.jpg)
Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump
"Saya akan memilikinya (Gaza). Anggap ini sebagai pembangunan hartanah untuk masa depan. Ia akan menjadi sebidang tanah yang indah. Tidak memerlukan perbelanjaan besar."
Negara-negara Arab tolak cadangan Trump untuk Gaza
Mesir menegaskan bahawa negara-negara Arab menyokong Palestin dalam menolak cadangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan mengambil alih kawalan wilayah itu.
Trump cadang halang rakyat Palestin kembali ke Gaza
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mencadangkan bahawa rakyat Palestin tidak akan diberi hak untuk kembali ke Semenanjung Gaza di bawah pelan pembangunan semula kawasan tersebut.
Hamas henti bebas tebusan, dakwa Israel langgar perjanjian
Hamas pada Isnin umum akan menghentikan pembebasan tebusan Israel sehingga notis lanjut susulan dakwaan pelanggaran perjanjian gencatan senjata oleh Israel di Gaza.
![BAMTC 2025: Pang Ron terkejut, teruja ketuai cabaran Malaysia di Qingdao BAMTC 2025: Pang Ron terkejut, teruja ketuai cabaran Malaysia di Qingdao](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739226960_bamtc.jpg)
BAMTC 2025: Pang Ron terkejut, teruja ketuai cabaran Malaysia di Qingdao
Pang Ron berharap dapat memimpin rakan sepasukan dengan baik selain menerapkan semangat juang tinggi ketika berentap di Conson Gymnasium.
![Tragedi kepala air Jeram Air Putih: Mayat ke-8 ditemui Tragedi kepala air Jeram Air Putih: Mayat ke-8 ditemui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688460554_TBJeramAirPutih.jpg)
Tragedi kepala air Jeram Air Putih: Mayat ke-8 ditemui
Mayat kelapan mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih di Kgemaman ditemui kira-kira jam 3 petang, Selasa.