TAPAH: Seorang lagi mangsa tragedi kepala air di Sungai Kenjur, Kampung Poh, Bidor, petang semalam, ditemui kira-kira pukul 9.45 malam tadi.
Dengan penemuan itu bermakna dua mangsa telah ditemui manakala dua lagi kanak-kanak masih hilang.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, mayat kanak-kanak lelaki berusia empat tahun itu dijumpai orang awam bersama pasukan penyelamat kira-kira 600 meter dari lokasi kejadian.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Ketua Polis Daerah Tapah Supt Mohd Naim Asnawi berkata, kanak-kanak itu dipercayai anak Aszura Bani, 37 tahun, mangsa lemas pertama.
"Dengan bantuan orang kampung, kanak-kanak itu ditemukan di tepi sungai dalam keadaan tersangkut pada ranting kayu," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Menurut laporan Sinar Harian, identiti mangsa dikenal pasti sebagai Hafiy Muhayat Azam, disahkan ibu saudaranya, Aznur Radin Mustapha Amiruddin, 51 tahun, yang hadir membuat pengecaman di lokasi kejadian.
Terdahulu dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, enam sekeluarga dan seorang pembantu rumah terperangkap dalam kepala air ketika sedang berkelah di Sungai Kenjur.
Dalam kejadian itu, kakak Aszura, Aslinda Bani, 38 tahun, anak lelakinya Muhammad Adam Muhkris Rozi, 11 tahun, dan seorang pembantu rumah terselamat sementara dua anak Aszura masih belum dijumpai.
Sementara itu, Sayani berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa ditangguhkan sementara pada pukul 7 malam tadi.
Operasi akan sambung kira-kira pukul 7.30 pagi ini.
Bagaimanapun, katanya, pencarian secara berkala diteruskan secara giliran.
Dua ekor anjing pengesan dari Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga telah sampai ke lokasi untuk membantu operasi pencarian mangsa.
Pos Kawalan Bomba (PKB) serta pos kawalan agensi lain seperti polis, Angkatan Pertahanan Awam dan Rela telah dibina di Sekolah Kampung Poh.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Feb 07 2024
![Tragedi kepala air Kampung Poh: Mayat kanak-kanak 4 tahun ditemui, dua masih hilang Tragedi kepala air Kampung Poh: Mayat kanak-kanak 4 tahun ditemui, dua masih hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707341103_TBkepalaair.jpg)
Seorang lagi mangsa tragedi kepala air yang merupakan seorang kanak-kanak lelaki ditemui lemas pada 9.50 malam di Sungai Kenjur Kampung Poh, Bidor malam tadi. --fotoBERNAMA
[TERKINI] Sekurang-kurangnya empat maut, letupan pusat beli-belah di Taiwan
Sekurang-kurangnya empat orang disahkan maut dalam satu insiden letupan di sebuah pusat beli-belah di Taiwan.
![Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739429889_MAJLISPENYERAHANBI.jpg)
Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im
MAIWP berkata, sebanyak RM230.63 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2025 untuk meningkatkan modal insan, dengan RM5.8 juta adalah untuk bantuan biasiswa.
![Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000 Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739431283_NursyafiqahHermansh.jpg)
Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000
Nursyafiqah Hermanshah, 27, didakwa menipu Afreena Suhaimi, 33, sehingga mendorong mangsa membayar wang berjumlah RM105,380 kepada tertuduh melalui 26 transaksi ke lima akaun berbeza.
[TERKINI] Harga lantai belian padi diselaras RM1,500 per tan metrik berkuat kuasa Ahad ini
Kerajaan bersetuju menyelaraskan harga belian lantai padi kepada RM1,500 per tan berbanding RM1,300 per tan berkuat kuasa Ahad ini.
![Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739429986_tbFahmiFadzilDewan.jpg)
Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.
AWANI Ringkas: PPR: RM185 juta diperuntuk baik pulih
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739427948_tbAnwarIbrahimmel.jpg)
PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM
Kerajaan telah memperuntukkan RM185 juta untuk projek baik pulih 358 Program Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara tahun ini.
![4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan 4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739429620_TBTaiwanExplosion.jpg)
4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan
Insiden berlaku sekitar jam 11.30 pagi dan dipercayai berpunca daripada letupan gas membabitkan kerja-kerja perobohan di tingkat 12.
"Sebab itu Machang tidak maju" - PM Anwar
Perdana Menteri menjawab persoalan dari Ahli Parlimen Machang mengenai isu kejatuhan saham ekonomi negara.
“Saya akan kaji beberapa keperluan untuk Machang supaya Machang boleh maju sedikit lagi"katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
“Saya akan kaji beberapa keperluan untuk Machang supaya Machang boleh maju sedikit lagi"katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
![Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723548182_TBAdnanMat.jpg)
Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan
Cuepacs meminta kerajaan mempertimbangkan keputusan kerajaan tidak menyambung perkhidmatan 30,000 kakitangan kontrak yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
![Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738801006_TBguaniah.jpg)
Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air
Menurut Pengurus Besar SFC Abang Arabi Abang Aimran, pejabat Taman Negara Niah sendiri turut ditenggelami air.
![Air Terjun Kota Tinggi masih ditutup atas faktor keselamatan Air Terjun Kota Tinggi masih ditutup atas faktor keselamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732174726_TBONNHAFIZ.jpg)
Air Terjun Kota Tinggi masih ditutup atas faktor keselamatan
Kawasan rekreasi terkenal Air Terjun Kota Tinggi masih ditutup kepada orang ramai atas faktor keselamatan.
![Tragedi 'water rafting': Kak Chik sempat hantar gambar 'selfie' sebelum lemas Tragedi 'water rafting': Kak Chik sempat hantar gambar 'selfie' sebelum lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731805144_Mangsalemas.jpg)
Tragedi 'water rafting': Kak Chik sempat hantar gambar 'selfie' sebelum lemas
Perkara itu dikongsikan adiknya mengenai kenangan akhir bersama arwah selepas menerima gambar dalam kumpulan WhatsApp keluarga pada Jumaat.
![Tragedi 'water rafting': Polis rakam keterangan peserta, pengendali sukan air Tragedi 'water rafting': Polis rakam keterangan peserta, pengendali sukan air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731737570_tragedi.jpg)
Tragedi 'water rafting': Polis rakam keterangan peserta, pengendali sukan air
Polis sudah merakam keterangan 19 individu bagi membantu siasatan berhubung insiden kepala air yang meragut nyawa tiga kakitangan ketika melakukan aktiviti 'water rafting' di Gopeng.
![Tragedi ‘water rafting’: 'Bot terbalik' - Polis jelaskan bagaimana kejadian berlaku Tragedi ‘water rafting’: 'Bot terbalik' - Polis jelaskan bagaimana kejadian berlaku](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731730322_TBZulkafliSariaat.jpg)
Tragedi ‘water rafting’: 'Bot terbalik' - Polis jelaskan bagaimana kejadian berlaku
Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat mengesahkan kejadian bot terbalik di Sungai Jahang berlaku akibat kepala air selepas hujan.
![Tragedi 'water rafting': Khairul Hakim ringan tulang, jaga ibu hingga akhir hayat - Abang Tragedi 'water rafting': Khairul Hakim ringan tulang, jaga ibu hingga akhir hayat - Abang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731723442_MuhammadNasri.jpg)
Tragedi 'water rafting': Khairul Hakim ringan tulang, jaga ibu hingga akhir hayat - Abang
Muhamad Nazri berkata, adik bongsu daripada enam beradik itu banyak membantu keluarga terutama dalam hal ehwal penjagaan ibu bapa mereka.
![Traedi 'water rafting': Aktiviti riadah, sukan air daerah Kampar dihentikan Traedi 'water rafting': Aktiviti riadah, sukan air daerah Kampar dihentikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731712090_Aktivitiriadahsuk.jpg)
Traedi 'water rafting': Aktiviti riadah, sukan air daerah Kampar dihentikan
Keputusan itu dibuat susulan daripada kejadian kepala air di laluan Sungai Kampar dan Sungai Jahang sehingga meragut tiga kematian.
![Tragedi 'water rafting': Nanta ucap takziah kepada keluarga tiga staf JKR lemas Tragedi 'water rafting': Nanta ucap takziah kepada keluarga tiga staf JKR lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731713943_tragedi.jpg)
Tragedi 'water rafting': Nanta ucap takziah kepada keluarga tiga staf JKR lemas
Menurut Nanta, berita mengenai kejadian tersebut amat menyedihkan bagi pihak Kementerian Kerja Raya terutamanya Jabatan Kerja Raya.
![Tiga lemas dihanyutkan kepala air ketika aktiviti 'water rafting' Tiga lemas dihanyutkan kepala air ketika aktiviti 'water rafting'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731676497_TBlemas.jpg)
Tiga lemas dihanyutkan kepala air ketika aktiviti 'water rafting'
Tiga individu meninggal dunia dipercayai lemas akibat dihanyutkan kepala air ketika mengikuti rakit arus deras di Sungai Kampar di sini, pada Jumaat.
![Mayat wanita mati lemas ditemukan di Lubuk Buluh Mayat wanita mati lemas ditemukan di Lubuk Buluh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730582589_TBLemas.jpg)
Mayat wanita mati lemas ditemukan di Lubuk Buluh
Mayat Kasthuri ditemui orang awam jam 5.50 petang ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan.