Kampung Kuala Koh, yang menjadi penempatan Orang Asli suku Batek sunyi selepas kampung itu yang berada dalam kawasan larangan zon merah berikutan jangkitan wabak demam campak, ditarik balik mulai 8 pagi ini.
Ini apabila hanya terdapat 30 daripada 185 Orang Asli suku Batek berada di rumah masing-masing manakala 155 orang lagi yang dijangkiti penyakit itu ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Etnobotani sebelum dibebaskan zon merah.
Bagaimanapun, Penghulu Orang Asli Kampung Kuala Koh, Mohamad Pokok, 40, berkata rata-rata penduduk suku Batek lega selepas kampung berkenaan dibebaskan daripada kawasan zon merah.
Beliau berkata, pergerakan suku Batek dikawal ketat bagi menghalang mereka daripada berpindah ke kawasan lain termasuk di hutan kerana bimbang dengan penularan penyakit berjangkit itu.
"Mereka yang ditempatkan di PPS Etnobotani mendapat rawatan di Hospital Gua Musang (HGM) dan Hospital Kuala Krai (HKK) tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya ketika ditemui di Kampung Kuala Koh, di sini, pagi ini.
Mulai 8 pagi ini, polis menarik balik status zon merah kampung itu selepas Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Kesihatan Gua Musang mengesahkan penduduk Orang Asli suku Batek di situ selamat daripada jangkitan demam campak.
Kampung itu dikenakan pengawasan dalam zon merah sejak 12 Jun lepas selepas penyakit berjangkit itu meragut 15 nyawa manakala 112 lagi menerima rawatan di hospital dan klinik kesihatan berhampiran.
Mohamad berkata, ada rumah penduduk suku Batek di kampung berkenaan kosong selepas kebanyakan mereka yang menerima rawatan di HGM dan HKK dikuarantin dan ditempatkan di PPS untuk pemantauan berterusan.
Penduduk suku Batek juga menunggu pelbagai pihak untuk bergotong-royong membersih kawasan rumah dan kampung tetapi belum pasti bila akan diadakan, katanya sambil menambah sekarang masa terbaik berbuat demikian kerana bilangan penduduk berada di rumah tidak ramai.
Seorang penduduk suku Batek, Mamat Ong, 30, berkata, suasana kampung berkenaan tidak lagi ceria seperti sebelum ini kerana bilangan mereka sudah tidak ramai manakala rakan-rakan yang berada di PPS tidak tahu boleh dibenarkan pulang.
Katanya, mereka kini hanya tinggal 30 orang sahaja yang ada di rumah dan setiap hari berkumpul untuk memikirkan bagaimana meneruskan kehidupan selepas dibebaskan daripada zon merah.
"Bagi keperluan makanan, kami semua tidak ada masalah kerana pelbagai pihak memberikan bantuan," katanya.
Guru Agama Orang Asli, Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Mohd Fadzil Mamok pula berkata, walaupun kampung itu telah bebas daripada zon merah tetapi penduduk sudah diberi nasihat supaya mengubah cara hidup dan mengawal dahulu pergerakan.
"Walaupun sudah bebas, kita perlu mengambil iktibar tragedi dijangkiti penyakit dan kita juga perlu bersedia bekerjasama membersih rumah dan kampung untuk kehidupan yang lebih sihat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 08 2019
Kampung Kuala Koh di Gua Musang sunyi daripada penduduk Orang Asli Suku Batek selepas kampung itu ditarik balik daripada Zon Merah jam 8 pagi hari ini, 8 Julai, 2019. --fotoBERNAMA
Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktamad 12 Feb
Abang Johari Tun Openg dijangka akan mengumumkan nama baharu MASwings selepas proses pengambilalihan selesai dengan rasmi.
Skim Rumah Ibu bantu penduduk miliki kediaman mampu milik
Sebanyak 200 penduduk bakal menerima manfaat melalui tawaran pemilikan rumah mampu milik di bawah Skim Rumah Ibu di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Bukit Kinding, Tanjung Rambutan, di sini.
Tuduhan rasuah: Mohd Arifin anggap perkara biasa dalam politik, akan dijawab dengan kebaikan
Mohd Ariffin juga yakin kontroversi yang mengaitkannya dengan isu rasuah tidak akan 'memberi ancaman' kepada keyakinan rakyat menjelang PRN akan datang.
Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA
MMA menggesa kerajaan agar memberi tumpuan kepada penambahbaikan kepada terma perkhidmatan dan imbuhan jururawat berbanding melonggarkan syarat kemasukan ke program diploma kejururawatan.
Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee
Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.
Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) meningkatkan perbelanjaan modal (capex) kepada RM1.6 bilion tahun ini.
Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron
Visi perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih relevan sehingga ke hari ini.
MyGas 2025 tumpu usaha tangani cabaran pembiayaan dalam industri gas
MyGAS 2025 akan memberi tumpuan kepada cabaran kritikal yang dihadapi industri gas iaitu mendapatkan pembiayaan bagi projek berkaitan gas dalam landskap tenaga yang sentiasa berubah.
Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB
Aktivis hak asasi manusia melaporkan penganiayaan oleh pemberontak dan tentera Rwanda.
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Kematian 12 Orang Asli disebabkan demam campak, bukan keracunan logam berat - KKM
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata berdasarkan keputusan analisa sampel persekitaran dan laporan forensik, kematian mereka bukannya disebabkan keracunan logam berat.
Tragedi Kuala Koh: Kampung sunyi selepas status zon merah ditarik
Hanya terdapat 30 daripada 185 Orang Asli suku Batek berada di rumah masing-masing manakala 155 orang lagi yang dijangkiti penyakit itu ditempatkan di PPS Etnobotani sebelum dibebaskan zon merah.
Tiga mayat Orang Asli yang ditanda pada Rabu dibawa keluar hari ini
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Mohd Taufik Maidin berkata tiga mayat tersebut dipercayai adalah Din a/l Hamdan, 18, dan Fayah a/p Papan, 19, serta adiknya, Safia, 18.
Beri jawapan segera berhubung penyakit yang menimpa penduduk Kuala Koh
Masyarakat di negara ini masih tertanya-tanya apakah punca sebenar wabak yang menimpa komuniti Orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Koh.
Mendampingi orang asli Batek
Azlinariah berharap keunikan Orang Asli di Taman Negara boleh dijadikan produk pelancongan yang menarik untuk Malaysia, sama seperti produk berasaskan membeli-belah atau pusat peranginan.