Kerajaan negeri akan membawa setiap cadangan penduduk kampung berdekatan projek Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) dekat sini, terutamanya yang terjejas dengan letupan dan kebakaran di persekitaran kompleks berkenaan baru-baru ini, ke mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) untuk dibincangkan.
Menteri Besar Johor Dr Sahruddin Jamal berkata kerajaan negeri mengambil maklum akan semua kebimbangan dan cadangan penduduk yang terkesan dengan insiden itu termasuk yang menyuarakan hasrat untuk berpindah.
"Tentang apa-apa isu, sama ada yang soal pemindahan, semua kita akan bawa ke Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri dan nanti kita akan berbincang juga dengan Petronas dan pihak berkaitan, apa penyelesaian terbaik yang boleh diambil," kata beliau ketika berucap di Masjid Kampung Lepau, di sini, lewat petang tadi.
Dr Sahruddin juga berkata kerajaan negeri akan cuba membantu mereka yang terjejas sebaik mungkin dan berharap agar mereka dapat bersabar.
Beliau juga mengharapkan agar pihak Petronas perlu sentiasa membuat "engagement" dengan penduduk supaya dapat tahu masalah yang dihadapi mereka terutama yang tinggal berhampiran dengan projek PIC berkenaan.
BACA: Dr Sahruddin mula tugas secara rasmi sebagai MB Johor
Kampung Lepau, yang terletak kira-kira satu kilometer dari projek berkenaan adalah antara mereka yang terjejas akibat insiden letupan dan kebakaran di kompleks berkenaan, Jumaat lepas (12 Mac).
Ada antara penduduk kampung itu yang rumah mereka mengalami kerosakan akibat letupan berkenaan termasuk siling jatuh, retak pada dinding rumah dan pintu kaca pecah.
Kampung itu mempunyai 67 rumah dan lebih 100 penduduk.
BACA: Kebakaran di Rapid Pengerang, polis terima 84 laporan penduduk
Pada majlis berkenaan, Dr Sahruddin menyampaikan sumbangan wang tunai dan keperluan seharian daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Petronas kepada penduduk kampung berkenaan yang terjejas.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri Liow Cai Tung.
Bernama
Tue Apr 16 2019

Dr Sahruddin juga berkata kerajaan negeri akan cuba membantu mereka yang terjejas sebaik mungkin dan berharap agar mereka dapat bersabar. -Bernama

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

PRCA Malaysia julung kali lantik pengamal perhubungan awam dari industri berbeza
Langkah memperluaskan keahlian Exco ini mencerminkan komitmen PRCA Malaysia terhadap keterangkuman dan kecermerlangan.

ADUN cadang guna pempengaruh tingkat hebahan program kerajaan Selangor
Muhammad Izuan berkata hal ini kerana golongan berkenaan dilihat lebih terkesan menerima maklumat daripada pempengaruh.

Wan Rosdy umum penyusunan semula portfolio exco
Keputusan dibuat selaras dengan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam sebagai Exco yang baharu.

Isu 'larangan' terbabit program kementerian: Mat Sabu dakwa Azman bohong
Mohamad ulas dakwaan Azman berkenaan 'larangan' pembabitannya dalam program anjuran agensi Persekutuan itu di Terengganu.

Penerbangan Ipoh-Bangkok tidak lama lagi
Kerajaan Negeri Perak telah mengadakan perbincangan dengan Thai Travel Agents Association (TTAA) mengenai laluan penerbangan dari Ipoh ke Bangkok, Thailand yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Melaka bentuk Kerajaan Perpaduan, libat ADUN PH
Beliau memberi bayangan, pelantikan barisan Exco akan turut melibatkan ADUN blok Pakatan Harapan.

Siling runtuh: Padang Dataran Pahlawan bukan tempat letak kenderaan - Exco
Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka mendapati berlakunya resapan air ke dalam bangunan menempatkan Bazar Kraftangan Dataran Pahlawan berikutan retakan di atas padang yang menyebabkan air bertakung.

Operator terlibat gangsterisme, sukarkan usaha hapus tapak sampah haram di Selangor- Exco
Halangan fizikal dan provokasi pihak tertentu antara masalah dihadapi kerajaan Selangor dalam usaha membasmi pembuangan sampah haram.

10 ADUN BN, PH angkat sumpah sumpah jawatan Exco Perak
10 ADUN itu mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah.

Kenderaan Exco Johor disaman kerana potong barisan
Siasatan yang dijalankan mendapati kesalahan tersebut berlaku di Jalan Tongkang Pechah di sini pada 9.45 pagi, Isnin lepas.