PUTRAJAYA: Tranformasi kesihatan digital secara menyeluruh yang sedang dilaksanakan tahun ini akan memastikan setiap individu hanya mempunyai satu rekod di fasiliti kesihatan kerajaan mahupun swasta, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Berucap menyampaikan amanat tahun baharu kepada warga Kementerian Kesihatan (KKM) di sini hari ini, beliau berkata pelaksanaan satu individu untuk satu rekod bakal mempertingkatkan lagi kecekapan fasiliti kesihatan di semua peringkat.
"Inillah dia apa yang akan terhasil, empat hingga lima tahun lagi kita memperkasakan ekosistem penjagaan kesihatan Malaysia. Dengan memperkasakan rekod perubatan elektronik (EMR) atau LHR (rekod kesihatan sepanjang hayat)... kita dapat saksikan seluruh negara akan dihubungkan," katanya.
Dr Dzulkefly berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi Pemukiman Jemaah Menteri 2024 sebelum ini menekankan supaya KKM menyegerakan pelaksanaan setiap dasar dirancangkan.
"Fokusnya adalah pelaksanaan dan dengan itu, saya ambil semangat dan jadikan ia kata kunci teras amanat kali ini. Saya harapkan fokus dari pimpinan atasan, pemimpin pertengahan, peringkat negeri dan di seluruh negara," katanya.
Sementara itu ketika ditemui pemberita, Dzulkefly berkata bahagian kesihatan digital di KKM bakal ditubuhkan dalam usaha melancarkan lagi usaha transformasi kesihatan digital ketika ini.
"Ini cabaran bagi saya untuk lunaskan dan realisasikan cita-cita tahun ini," katanya.
Mengenai perkembangan situasi COVID-19, Dzulkefly berkata situasi wabak berkenaan kini terkawal dengan rakyat Malaysia perlu terus mengamalkan kawalan kendiri dengan memakai pelitup muka sekiranya bergejala.
"Jangan ambil mudah, bila tahu ada potensi ledakan atau infeksi ambil tanggungjawab untuk jauhkan diri daripada terdedah terutama kalau kita adalah golongan rentan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 26 2024
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyampaikan ucapan pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 Kementerian Kesihatan di Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
Pentadbiran Trump minta pegawai atasan FBI letak jawatan dalam rombakan besar
Rombakan ini melibatkan pegawai tertinggi di ibu pejabat FBI di Washington, termasuk mereka yang mengawasi keselamatan negara, siasatan jenayah, dan keselamatan siber.
Bencana: PM Anwar umum peruntukan segera lebih RM24 juta untuk Sabah, Sarawak
Anwar berkata bantuan kerajaan Pusat kepada negeri yang dilanda bencana, tidak mengikut musim.
AWANI Ringkas: Lelaki dipenjara lima bulan ugut bekas isteri Harith Iskander
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mohd Nizar pecah tradisi, dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera ke-23
Pelantikan Mohd Nizam adalah bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman yang bersara wajib.
Tulang ditemui di Pantai Batu Buruk 2 bukan tulang manusia
Pengesahan itu hasil pemeriksaan dan bedah siasat oleh pakar forensik Unit Patalogi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.
Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN
Polis P. Pinang melakukan persiapan rapi untuk memastikan kelancaran semua program, termasuk persidangan yang dijangka berlangsung bulan depan.
Banjir: Ratusan penumpang bas Indonesia dipindahkan melalui sempadan Malaysia
Ratusan penumpang bas dan pengguna kenderaan peribadi daripada Pontianak, Kalimantan Barat dipindahkan ke Entikong dengan melalui sempadan Malaysia susulan banjir yang melanda wilayah berkenaan.
Empat individu ditahan terlibat 11 kes ragut di Selangor
Polis Daerah Serdang berjaya menyelesaikan 11 kes jenayah samun dan ragut yang berlaku di sekitar Serdang, Petaling Jaya dan Subang Jaya selepas penahanan empat suspek dalam operasi khas baru-baru ini.
Pakai ala pasukan beruniform, polis panggil 40 individu
Polis telah mengambil keterangan 40 individu berhubung kehadiran mereka dalam sebuah majlis dengan memakai pakaian rasmi menyerupai pakaian istiadat pasukan beruniform, bulan lalu.
Transformasi digital pastikan individu miliki satu rekod kesihatan sahaja - Dzulkefly
Tranformasi kesihatan digital secara menyeluruh yang sedang dilaksanakan tahun ini akan memastikan setiap individu hanya mempunyai satu rekod di fasiliti kesihatan kerajaan mahupun swasta.