Tranformasi kerajaan dalam bidang pendidikan terbukti berjaya meningkatkan tahap sosioekonomi rakyat pelbagai kaum di negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata kerajaan komited untuk membangunkan bidang pendidikan berkualiti kerana melihat ia sebagai cara terbaik dalam membangunkan rakyat negara ini tanpa mengira kaum.
"Dengan cara ini (pendidikan) kita buat sekolah, sedia peluang pendidikan percuma, tambah kualiti pendidikan, saya percaya melalui usaha gigih kerajaan ini dapat lihat transformasi bersama bukan sekadar bidang pendidikan, tetapi (memajukan) juga rakyat Malaysia," katanya ketika berucap merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Paya Besar, Lunas, di sini hari ini.
Najib berkata kaedah bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bantuan kebajikan hanya bantuan semasa untuk seketika tetapi kemudahan dalam bidang pendidikan, akan memberi peluang untuk pembangunan diri.
Hadir sama pada majlis itu adalah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Kesihatan yang juga Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam dan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.
Bernama
Fri Feb 05 2016

NAJIB: Kemudahan dalam bidang pendidikan akan memberi peluang untuk pembangunan diri.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Sekolah rintis Johor diyakini tingkat kualiti pendidikan - MB
Guru-guru yang terlibat akan dipersiap dengan kurikulum dan ilmu yang diperlukan sebelum program bermula pada Februari 2025.

COVID-19: MQA jamin kualiti pendidikan negara tidak terjejas
MQA juga menyediakan garis panduan kepada IPT dalam menyampaikan sesi pengajaran dan pembelajaran sama ada menggunakan kaedah penyampaian nota atau hibrid.

Lihat semula kaedah pembelajaran dalam talian - Pemimpin pelajar
Beberapa aspek perlu diberi perhatian serius terutama dari segi emosi dan kesihatan mental pelajar ketika menyesuaikan diri menerima kaedah pembelajaran itu.

Kegagalan SST, kualiti pendidikan antara kebimbangan rakyat - Kajian
Selepas lebih setahun pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan, beberapa isu terus mendapat perhatian rakyat di negara ini.

Pusat STEM Negara diteruskan
Kementerian Pendidikan berhasrat untuk meneruskan Pusat STEM Negara yang merupakan inisiatif kerajaan terdahulu bagi meningkatkan kualiti pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

Transformasi pendidikan kerajaan tingkat tahap sosioekonomi rakyat semua kaum - Najib
Kerajaan komited untuk membangunkan bidang pendidikan berkualiti kerana melihat ia sebagai cara terbaik dalam membangunkan rakyat negara ini tanpa mengira kaum.