Penggunaan sepenuhnya 12 set tren monorel empat gerabak yang dijangka beroperasi pada hujung tahun depan, bukan sahaja akan memberi lebih keselesaan sebaliknya turut meningkatkan ciri-ciri keselamatan kepada penumpang.
Ketua Pegawai Operasi Laluan Monorel Rapid Rail Sdn Bhd Mohd Ariffin Idris berkata, pengoperasian kesemua tren empat gerabak itu akan mengaktifkan sistem pintu penghadang automatik yang terdapat di platform.
Menurutnya, buat masa ini sistem pintu penghadang automatik di semua stesen masih belum berfungsi sepenuhnya, ekoran perbezaan penggunaan tren.
"Buat masa ini, perkhidmatan monorel beroperasi masing-masing dengan lima set tren empat gerabak dan dua gerabak.
"Operasi bagi tren empat gerabak dan dua gerabak adalah berbeza, sebab itu pintu berkenaan sentiasa terbuka," katanya kepada Bernama.
Justeru, Mohd Ariffin berharap agar kejadian terjatuh di landasan monorel tidak akan berulang kembali.
Menurutnya, sebanyak 18 kes seumpama itu yang melibatkan lima orang kurang upaya (OKU) dan 13 orang awam dilaporkan sejak 2016.
"Buat masa ini, sementara menunggu sistem berfungsi sepenuhnya, kami menempatkan anggota polis bantuan bagi membantu penumpang terutamanya golongan OKU, selain memantau keselamatan mereka," katanya sambil menambah akan meneruskan projek menaik taraf bagi kemudahan OKU di setiap stesen.
Pada masa sama, Mohd Ariffin yakin penggunaan semua tren empat gerabak itu akan meningkatkan jumlah penumpang sehingga dua kali ganda.
"Kami akan menambah lagi tujuh set tren empat gerabak sekali gus meningkatkan kapasiti penumpang daripada 214 kepada 430 orang pada waktu puncak," katanya.
Menurutnya, itulah harapan terbesar daripada pihaknya sempena sambutan ulang tahun ke-17 monorel pada 31 Ogos ini.
"Ramai yang menyatakan tren monorel sedia ada sebagai lapuk dan lama. Tetapi sebenarnya, kami sangat mementingkan keselamatan penumpang.
"Selain mengharapkan semua sistem yang lama dapat diperbaharui dan dinaik taraf, kami juga mahu semua set tren baharu empat gerabak beroperasi sepenuhnya seperti yang dijadualkan," katanya.
Sementara itu, Mohd Ariffin menyifatkan perkhidmatan monorel masih relevan dan perlu dikekalkan, selain berharap ia dapat dikembangkan di bandar-bandar besar seperti Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.
"Selain dapat menambah baik kualiti kehidupan rakyat, perkhidmatan monorel juga dapat mengelakkan mereka menghabiskan masa dalam kesesakan lalu lintas sekali gus menjimatkan kos perjalanan.
"Malah, permintaan iklan untuk dipamerkan di gerabak dan platform juga tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 23 2020
![Tren empat gerabak monorel tingkat ciri-ciri keselamatan Tren empat gerabak monorel tingkat ciri-ciri keselamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/71598183428_monorel.jpg)
Operasi bagi tren empat gerabak dan dua gerabak adalah berbeza. - Foto: myrapid.com
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews
![Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739944438_TBAhmadMaslan.jpg)
Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews
![Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739947622_TBrihanna.jpg)
Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.
![Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739943892_TBACLE.jpg)
Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
![Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739942446_TBAfdlinShauki.jpg)
Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.
![SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739946749_SaifuddinNasution.jpg)
SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews
![Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739942321_tbPopeFrancis.jpg)
Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![JPN kaji tingkat spesifikasi MyKad elak disalah guna JPN kaji tingkat spesifikasi MyKad elak disalah guna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51717123996_mykad.jpg)
JPN kaji tingkat spesifikasi MyKad elak disalah guna
Kes penyalahgunaan MyKad yang berlaku di negara ini dipandang serius dan tindakan perlu diambil bagi mengelak ia daripada terus berleluasa.
![Ciri 'Stolen Device Protection' sukarkan iPhone digunakan sekiranya dicuri Ciri 'Stolen Device Protection' sukarkan iPhone digunakan sekiranya dicuri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702448208_iPhone.jpg)
Ciri 'Stolen Device Protection' sukarkan iPhone digunakan sekiranya dicuri
Apple memberikan ciri baharu Stolen Device Protection menerusi iOS 17.3 Beta semalam.
![123 tahun Jambatan Victoria, MPKK tambah baik ciri-ciri keselamatan 123 tahun Jambatan Victoria, MPKK tambah baik ciri-ciri keselamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699226511_TBVictoriaBridge.jpg)
123 tahun Jambatan Victoria, MPKK tambah baik ciri-ciri keselamatan
Jambatan yang mencecah usia 123 tahun itu dilimpahi cahaya lampu bagi menerangi kawasan sekitarnya.
![Bank tingkatkan ciri-ciri keselamatan bagi perangi penipuan, scam Bank tingkatkan ciri-ciri keselamatan bagi perangi penipuan, scam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666081721_onlineshopping.jpg)
Bank tingkatkan ciri-ciri keselamatan bagi perangi penipuan, scam
Institusi perbankan di Malaysia akan terus menyesuaikan dan menambah baik ciri-ciri keselamatan mereka, selaras dengan lima langkah utama Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memerangi penipuan kewangan.
![Sijil kelahiran dengan ciri keselamatan terkini dikeluarkan tahun depan Sijil kelahiran dengan ciri keselamatan terkini dikeluarkan tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71665987441_TBHamzahZainudin.jpg)
Sijil kelahiran dengan ciri keselamatan terkini dikeluarkan tahun depan
Ciri keselamatan baharu termasuk dilengkapi 'watermark' pada sijil kelahiran bagi mengelak berlakunya kes pemalsuan dokumen.
![Instagram tambah ciri keselamatan lindungi pengguna remaja Instagram tambah ciri keselamatan lindungi pengguna remaja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61613456183_INSTAGRAM.jpg)
Instagram tambah ciri keselamatan lindungi pengguna remaja
Instagram akan menambah ciri keselamatan bagi melindungi para remaja daripada menerima mesej yang tidak diingi daripada pengguna dewasa.
![China masih belum luluskan penerbangan Boeing 737 MAX 8 China masih belum luluskan penerbangan Boeing 737 MAX 8](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/41587101958_TBBOEING.jpg)
China masih belum luluskan penerbangan Boeing 737 MAX 8
Ia masih meneliti keselamatan pesawat berkenaan bersama pentadbiran penerbangan Amerika (FAA) dan krew teknikal Boeing.
![Tren empat gerabak monorel tingkat ciri-ciri keselamatan Tren empat gerabak monorel tingkat ciri-ciri keselamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/71598183428_monorel.jpg)
Tren empat gerabak monorel tingkat ciri-ciri keselamatan
Buat masa ini sistem pintu penghadang automatik di semua stesen masih belum berfungsi sepenuhnya, ekoran perbezaan penggunaan tren.
![Siber: Malaysia di kedudukan ke-25 dalam penyebaran perisian hasad Siber: Malaysia di kedudukan ke-25 dalam penyebaran perisian hasad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/51457345725_Virus.jpg)
Siber: Malaysia di kedudukan ke-25 dalam penyebaran perisian hasad
Hasil penyelidikan mendapati serangan siber itu disebabkan oleh komputer hos yang seterusnya akan melumpuhkan sistem komputer.
![KBS kaji aspek keselamatan semua sukan KBS kaji aspek keselamatan semua sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/41370480422_295x200.jpg)
KBS kaji aspek keselamatan semua sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengkaji secara menyeluruh ciri-ciri keselamatan yang digunakan dalam semua sukan.