KOTA BHARU: Percutian dalam negara masih menerima permintaan tinggi, disebalik trend orang ramai dikatakan memilih Thailand sebagai destinasi pelancongan.
Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia Iskandar Mirza Mohd Yusof berkata menerusi Jerayawara Jom Cuti-Cuti Malaysia yang telah dilaksanakan di beberapa lokasi, pihaknya mendapat maklum balas positif daripada pempamer terlibat.
"Selepas kerajaan memberi kelonggaran, kita dapati permintaan terhadap pelancongan domestik semakin tinggi, khasnya semasa cuti sekolah dan cuti-cuti am.
"Hari ini kita bawa pempamer yang menawarkan pakej-pakej yang menarik dan harga yang berpatutan, kita dapati setiap kali promosi sambutan yang diterima memang sangat baik, kerana pakej yang ditawarkan menarik dan murah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Jerayawara Jom Cuti-Cuti Malaysia di sebuah pusat beli-belah, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Iskandar berkata menerusi penganjuran jerayawara itu, Tourism Malaysia berharap dapat meningkatkan semula permintaan terhadap sektor pelancongan domestik negara, selain menjana ekonomi menerusi pelancongan.
Jerayawara selama tiga hari itu bermula semalam hingga esok, bertujuan meningkatkan aktiviti pemasaran dan promosi pelancongan domestik selari dengan peralihan negara ke fasa endemik.
Seramai 24 penggiat industri mengambil bahagian dalam program jerayawara berkenaan, bagi menawarkan pakej percutian, tambang dan tiket masuk pada harga menarik melibatkan pengusaha produk, agensi pelancongan, hotel, taman tema dan syarikat pengangkutan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 24 2022

Tourism Malaysia berharap dapat meningkatkan semula permintaan terhadap sektor pelancongan domestik negara, selain menjana ekonomi menerusi pelancongan. - Gambar hiasan/ Unsplash
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Trend ke Thailand? Percutian dalam negara masih dapat permintaan tinggi - Tourism Malaysia
Percutian dalam negara masih menerima permintaan tinggi, disebalik trend orang ramai dikatakan memilih Thailand sebagai destinasi pelancongan.