KUALA LUMPUR: Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Ketua Pegawai Eksekutif Nubex Sdn Bhd, Mohd Faizal Mohd Nor berkata, pasaran emas sentiasa menjadi pengukur kepada sentimen ekonomi global, mencerminkan keyakinan dan ketidaktentuan.
Sejak kebelakangan ini, pasaran mengalami turun naik yang ketara berikutan gabungan ketegangan geopolitik, penunjuk ekonomi dan gelagat pelabur.
"Di Malaysia, faktor seperti prestasi ringgit, perubahan dalam dasar kerajaan seperti (cadangan) pelaksanaan cukai barangan bernilai tinggi serta landskap ekonomi yang lebih luas akan terus mempengaruhi harga emas," katanya kepada Bernama.
Lonjakan harga emas dikompaun oleh kelemahan ringgit Malaysia berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), ini telah mengukuhkan peningkatan momentum dalam harga emas.
Beliau berpendapat, harga emas lazimnya berkembang dalam persekitaran yang ditandai dengan kadar faedah yang rendah, tekanan inflasi atau kebimbangan terhadap penurunan nilai mata wang kerana logam berharga itu berfungsi sebagai pelindung nilai terhadap penyusutan nilai mata wang.
Pendirian Rizab Persekutuan AS yang agak mendatar termasuk dasar monetari akomodatif boleh menambah lagi tarikan emas sebagai penyimpan nilai alternatif, katanya.
Sejak dua bulan lepas, harga emas secara relatifnya kekal stabil disebabkan oleh dua faktor iaitu jangkaan inflasi serta ketegangan geopolitik yang berterusan di Asia Barat dan konflik Rusia-Ukraine.
Namun, katanya, selain daripada kebimbangan geopolitik, peniaga juga dirangsang oleh petunjuk positif seperti pertumbuhan keluaran dalam negara kasar China, yang telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan.
"Peranan besar China dalam pembelian emas bermakna pemulihan dalam pertumbuhan ekonominya boleh mencetuskan permintaan kukuh untuk emas.
"Beberapa perkembangan penting juga berlaku, terutamanya daripada gergasi Wall Street. Citibank, misalnya, telah mengunjurkan bahawa berdasarkan momentum semasa, harga emas boleh melonjak kepada AS$3,000 satu auns," katanya. (AS$1=RM4.76)
Mohd Faizal juga melihat walaupun indeks dolar AS serta hasil Perbendaharaan AS yang kekal mantap, beberapa faktor lain turut menyumbang kepada trend kenaikan harga emas yang berterusan.
Prestasi pasaran perumahan AS, data indeks harga pengguna dan jangkaan kemungkinan penurunan kadar faedah pada Jun ini turut memainkan peranan penting dalam menyokong trajektori kenaikan harga logam itu, katanya.
"Saya percaya pasaran akan memantau rapat sama ada ketegangan (yang semakin memuncak ) antara Iran dan Israel baru-baru ini telah mencapai tahap tertinggi atau wujud kemungkinan ia merebak lebih jauh.
"Sekiranya ketegangan terus memanas dengan ketara, ia mungkin mengakibatkan peningkatan minat pelabur terhadap aset selamat seperti emas dalam usaha mereka bagi melindungi pelaburan daripada ketidaktentuan yang berlaku," katanya lagi.
Selain itu, beliau menekankan bahawa sentimen takut tercicir dalam mengambil peluang kenaikan tersebut juga memainkan peranan penting dalam momentum harga emas,
"Ketika nilai emas melonjak, individu yang sebelum ini teragak-agak untuk melabur kini mungkin berasa terdorong mengambil bahagian bagi memperoleh keuntungan.
"Penambahan dalam angka pelabur baharu yang ingin membeli emas turut menyokong permintaan keseluruhan untuk emas.
"Oleh itu, harga terus menaik dalam kitaran berterusan apabila setiap cetusan harga terus menarik lebih ramai pelabur, sekali gus memacu peningkatan harga," tambahnya. - BERNAMA
Bernama
Thu Apr 25 2024

Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur. - Gambar hiasan/BERNAMA

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns
Harga emas mencapai tahap tertinggi baharu sebanyak US$2,487.25 seauns pada Rabu, menurut data dagangan.

Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.

Harga emas dijangka sekitar AS$1,900 seauns menjelang akhir tahun - YXPM
YXPM menjangkakan harga emas bergerak sekitar AS$1,900-AS$2,001 seauns menjelang akhir tahun.

Harga emas mahal, wanita Kelantan pilih 'cairkan' aset
Kedai-kedai emas sekitar bandar raya Kota Bharu sibuk penuhi kehendak pelanggan yang mahu menjual emas.

Harga emas berpotensi melambung sehingga cecah AS$2,000 dalam tempoh terdekat
Harga emas berpotensi untuk terus melambung ke paras AS$2,000 seauns dalam tempoh terdekat, lebih-lebih lagi selepas logam berharga ini mencapai paras tertinggi sepanjang masa pada AS$1,980 seauns.

Emas masih instrumen pelaburan selamat
Harga emas dijangka stabil bagi jangka masa panjang setelah isu-isu utama ekonomi termasuk kenaikan kadar faedah AS diselesaikan.

Bank Switzerland terjejas teruk akibat kejatuhan harga emas
Bank pusat Switzerland mengalami kerugian yang teruk pada tahun 2013 akibat dari kejatuhan mendadak harga emas dan menyebabkan tiada pembayaran dividen kepada Bern atau kanton lain.

Harga emas petunjuk ekonomi global pulih
Kemerosotan berturut-turut harga emas sejak dua bulan lalu menandakan pemulihan ekonomi global sedang berlaku.