Pada Isnin, Trump menandatangani perintah yang mengarahkan jabatan serta agensi kerajaan AS untuk tidak lagi memperoleh atau menggunakan straw kertas pada masa hadapan.
Pasukannya juga ditugaskan untuk merangka strategi nasional bagi menamatkan penggunaan straw kertas, selain memansuhkan garis panduan yang merugikan penggunaan penyedut plastik.
"Barang ini langsung tidak berfungsi. Kalau digunakan untuk minuman panas, ia tak tahan lama, kadang-kadang hanya beberapa minit, malah ada yang hanya bertahan beberapa saat.
"Situasi ini tidak masuk akal, jadi kita akan kembali kepada penyedut plastik. Saya fikir itu tidak mengapa," katanya.
Barangan plastik sekali guna seperti cawan minuman, peralatan makan dan penyedut minuman dianggap berbahaya kepada alam sekitar kerana kebanyakannya berakhir di lautan.
Sebagai perbandingan, Kesatuan Eropah mengharamkan penjualan straw plastik sejak pertengahan 2021.
Menurut data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sebanyak 9.2 bilion tan plastik dihasilkan sejak 1950-an -- bersamaan dengan berat kira-kira 910,000 Menara Eiffel.
Sebahagian besar daripadanya tidak boleh terurai secara semula jadi dan akhirnya menjadi sisa di tapak pelupusan atau mencemari lautan.
-- BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)