Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu, Donald Trump bukanlah asing buat dirinya memandangkan beliau secara peribadi mengenali jutawan dan ahli perniagaan tersebut.
Justeru, beliau percaya hubungan baik AS dan Malaysia akan kekal, memandangkan Trump akan menggunakan pelbagai kaedah dalam menjaga kerjasama dengan negara-negara luar.
"Saya fikir kerjasama dengan AS akan kekal, kerana beliau juga memerlukan hubungan kerjasama dengan Malaysia dan negara-negara lain.
“Saya juga mengenali beliau secara peribadi dan beliau bukan seorang yang asing bagi saya,” katanya.
Selain itu, Datuk Seri Najib memberitahu bahawa kemenangan Trump juga membuktikan pengundi negara itu mahukan pemimpin bukan dari kalangan ahli politik.
"Nampaknya mesej yang disampaikan beliau konsisten iaitu mahu menjadikan AS sebagai negara hebat dari segi ekonomi dan peluang pekerjaan.
“Sebagai seorang usahawan yang berjaya, jutawan yang berjaya, maka mereka (pengundi) hendak beri peluang kepada ahli politik bukan konvensional. Bukan daripada mereka yang biasa ada pengalaman di Washington,” katanya selepas merasmikan program penutup Persidangan Daya e-Usahawan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Rabu.
Sementara itu dalam kenyataan medianya pula, Datuk Seri Najib berkata kemenangan Trump dalam pilihan raya Presiden AS disifatkannya sebagai luar biasa apabila ia bertentangan dengan jangkaan pakar, penganalisis dan media.
Datuk Seri Najib menambah, kemampuan Trump untuk mendengar rayuan rakyat AS yang ingin melihat sebuah kerajaan yang lebih tertumpu kepada kepentingan dan kebajikan membolehkan beliau menduduki White House.
Azyyati Ahmad
Wed Nov 09 2016

Datuk Seri Najib memberitahu bahawa kemenangan Trump juga membuktikan pengundi mahukan pemimpin bukan dari kalangan ahli politik. - Gambar fail

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.
Tuduhan kompaun berat sebelah disifatkan fitnah, berniat jahat - Fahmi
Tuduhan kononnya kompaun yang dikenakan ke atas syarikat pemegang lesen membabitkan kes tiga penyampai radio sebagai berat sebelah sehingga menyebabkan Islam ditindas disifatkan sebagai fitnah yang berniat jahat.

PM Najib, Trump bersetuju kukuhkan lagi hubungan KL-Washington
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau dan bakal presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump bersetuju untuk mengukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Trump tidak asing bagi saya, hubungan baik Malaysia-AS akan kekal - PM Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu, Donald Trump bukanlah asing buat dirinya.