IPOH: Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan merasmikan bangunan Pusat Jagaan Harian BebeLEC khusus untuk pesakit demensia seperti Alzheimer di Jalan Lang, Padang Tembak di sini hari ini.
Pada majlis itu, baginda turut berkenan melancarkan buku panduan ringkas berkaitan demensia bertajuk 'Adakah Sifat Pelupa Sesuatu Yang Normal?'.
Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Pendidikan 1 Datuk Dr Mah Hang Soon, isteri Menteri Besar Perak Datin Seri Aezer Zubin dan Pengerusi Pertubuhan Dimensia Perak Prof Dr Esther Ebenezer.
Pusat jagaan harian itu yang mula beroperasi pada Julai tahun lepas mempunyai seramai 20 pesakit demensia berusia antara 60 hingga 93 tahun dengan dijaga oleh beberapa sukarelawan dari pukul 8 pagi hingga 5 petang setiap hari.
Sementara itu, Esther dalam sidang media selepas majlis itu berkata jumlah pesakit Alzheimer di Malaysia mungkin mencecah 260,000 orang menjelang 2030.
Esther berkata terdapat 126,000 pesakit demensia yang direkodkan pada 2020 dan penyakit itu boleh dihidapi oleh individu yang berusia seawal 50-an.
"Ada beberapa simptom awal tahap demensia seperti individu itu sering kali lupa membuat pembayaran bil, lupa mengenai sesuatu janji temu atau cenderung melakukan perkara yang sama berulang kali manakala tahap yang paling teruk adalah apabila individu itu memerlukan bantuan orang lain sepenuhnya dalam menguruskan penjagaan asas harian.
"Penting untuk mereka yang mempunyai simptom awal mendapatkan diagnosis yang tepat pada peringkat awal ini bagi mendapatkan rawatan yang diperlukan untuk menangani gejala dan mengekalkan kualiti hidup," katanya.
Penyakit Alzheimer ialah penyakit neurodegeneratif, atau penyusutan sel saraf otak yang berlaku secara berperingkat dan progresif dan merupakan punca utama demensia, iaitu pelbagai gejala atau sindrom yang timbul disebabkan oleh kemerosotan fungsi otak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 21 2022
![Tuanku Zara Salim berkenan rasmi bangunan pusat jagaan harian pesakit demensia Tuanku Zara Salim berkenan rasmi bangunan pusat jagaan harian pesakit demensia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51663743357_RajaPermaisuriPera.jpg)
Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim (tiga, kiri) berkenan berangkat ke majlis perasmian Bangunan Pusat Jagaan Harian BebeLEC di Jalan Lang, Padang Tembak Ipoh hari ini. - Foto BERNAMA
![PM Anwar bantu tampung sebahagian kos rawatan bayi 10 bulan hidap mutasi genetik PM Anwar bantu tampung sebahagian kos rawatan bayi 10 bulan hidap mutasi genetik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739629283_AhmadFarhanFauzi.jpg)
PM Anwar bantu tampung sebahagian kos rawatan bayi 10 bulan hidap mutasi genetik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan bagi menampung sebahagian kos rawatan Sophie Abdul Raof, bayi berusia 10 bulan yang menghidap komplikasi mutasi genetik SCN8A.
![Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak pekerja Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak pekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739626080_TetakMautShahAl.jpg)
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak pekerja
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Shah Alam.
AWANI 7:45 [15/2/2025] – Suspek direman tujuh hari| Lagi sindiket dadah tumpas| Misi Joehari Ayub| Tahniah Siti Saleha
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz
Tumpuan #AWANI745 malam ini
-Sudah kena tahan, suspek kes bunuh Norshamira direman
-Menteri Perpaduan tegaskan tidak perlu portfolio Menteri Agama Bukan Islam
-Era baharu FAM dan Harimau Malaya, Joehari Ayub disahkan Presiden
-Selebriti popular, Siti Saleha kini bergelar isteri pereka fesyen
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini
-Sudah kena tahan, suspek kes bunuh Norshamira direman
-Menteri Perpaduan tegaskan tidak perlu portfolio Menteri Agama Bukan Islam
-Era baharu FAM dan Harimau Malaya, Joehari Ayub disahkan Presiden
-Selebriti popular, Siti Saleha kini bergelar isteri pereka fesyen
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
![Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739083933_TBHANNAH.jpg)
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
![Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623455_SivarajChandran.jpg)
Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.
![Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739544293_PPSHujanBaling.jpg)
Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah
Mangsa banjir di Sabah berkurangan kepada 54 orang daripada 13 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 83 orang daripada 21 keluarga pada 8 pagi tadi.
Agenda AWANI Asia: Potensi sukan ais dan salji
Diskusi dan analisis mengenai potensi dan manfaat penyertaan sukan musim sejuk seperti di temasya Sukan Musim Sejuk Asia ke-9 di Harbin dalam Agenda AWANI Asia jam 9 malam ini.
![Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734615702_ZambryAbdulKadir.jpg)
Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry
Zambry meminta semua pihak tidak memperbesarkan isu berkaitan penggantungan kerja seorang pakar runding sambilan di sebuah hospital universiti.
![Kerajaan Selangor bentang usul percepat siasatan kes Faisal Halim Kerajaan Selangor bentang usul percepat siasatan kes Faisal Halim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81698828303_NajwanHalimi.jpg)
Kerajaan Selangor bentang usul percepat siasatan kes Faisal Halim
Kerajaan negeri bersedia untuk sekali lagi membentangkan usul mempercepat siasatan kes membabitkan pemain Selangor FC Muhammad Faisal Halim pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang b
AWANI Ringkas 15 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Februari 2025
1️⃣ Pemandu kereta buat pusingan ratusan kali sah skizofrenia
2️⃣ Thailand hantar 10 suspek kes penculikan, penipuan ke China
3️⃣ Parti putuskan pertandingan dua jawatan tertinggi - Anwar
#awaniringkas
1️⃣ Pemandu kereta buat pusingan ratusan kali sah skizofrenia
2️⃣ Thailand hantar 10 suspek kes penculikan, penipuan ke China
3️⃣ Parti putuskan pertandingan dua jawatan tertinggi - Anwar
#awaniringkas
![Raja Permaisuri Perak berkenan lancar buku 'Women In Energy' Raja Permaisuri Perak berkenan lancar buku 'Women In Energy'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736486776_TBPPERAK.jpg)
Raja Permaisuri Perak berkenan lancar buku 'Women In Energy'
Buku itu bertujuan untuk meraikan sumbangan wanita dalam membentuk peralihan tenaga di Malaysia.
![Tuanku Zara Salim berkenan rasmi bangunan pusat jagaan harian pesakit demensia Tuanku Zara Salim berkenan rasmi bangunan pusat jagaan harian pesakit demensia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51663743357_RajaPermaisuriPera.jpg)
Tuanku Zara Salim berkenan rasmi bangunan pusat jagaan harian pesakit demensia
Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan merasmikan bangunan Pusat Jagaan Harian BebeLEC khusus untuk pesakit demensia seperti Alzheimer hari ini.
![Tuanku Zara Salim berkenan rasmi sambutan 25 tahun UPSI Tuanku Zara Salim berkenan rasmi sambutan 25 tahun UPSI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653389840_TuankuZaraSalims.jpg)
Tuanku Zara Salim berkenan rasmi sambutan 25 tahun UPSI
Raja Permaisuri Perak turut melancarkan siri nombor pendaftaran kenderaan UG yang bermaksud Universiti Guru.
![Hanya tinggal 23 ekor Harimau Malaya di Hutan Belum dan Temengor Hanya tinggal 23 ekor Harimau Malaya di Hutan Belum dan Temengor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/41564812834_Harimau.jpg)
Hanya tinggal 23 ekor Harimau Malaya di Hutan Belum dan Temengor
Berdasarkan data kajian terakhir yang dijalankan menunjukkan terdapat hanya tinggal 23 ekor Harimau Malaya di Hutan Simpan Royal Belum dan Hutan Simpan Temengor di Gerik, Perak.