KUALA LUMPUR: Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
SME Corp Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam kenyataan memaklumkan program itu dilaksanakan bagi menggalakkan belia Bumiputera berumur 18 antara hingga 30 tahun menceburi bidang perniagaan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick ketika berucap pada Majlis Penutupan Program TUBE-X Zon Sabah pada Ahad berkata, sehingga Disember tahun lepas, Sabah mencatatkan penyertaan tertinggi program itu dengan 1,444 usahawan (18.66 peratus) daripada 7,738 peserta TUBE yang mengambil bahagian.
"Peserta Alumni TUBE Sabah juga berjaya mewujudkan sebanyak 2,039 peluang pekerjaan di Sabah dengan nilai jualan perniagaan terkumpul sebanyak RM20.65 juta," katanya.
Menurut Ewon, selepas tiga tahun pelaksanaan program TUBE secara dalam talian akibat pandemik COVID-19, program itu kembali diadakan secara bersemuka tahun ini agar tempoh pengajaran dan latihan keusahawanan dapat dimaksimumkan dan secara tidak langsung mewujudkan jaringan sesama peserta.
Program TUBE-X yang menawarkan latihan keusahawanan menyeluruh itu turut dilaksanakan di zon utara, pantai timur, tengah/selatan dan Sarawak dengan menyediakan bantuan geran permulaan perniagaan sehingga RM15,000 kepada setiap peserta yang berjaya menamatkan latihan.
Program berbentuk latihan asas keusahawanan sempena tahun ke-10 penganjurannya itu, dilaksanakan dengan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) selama tujuh hari bermula 6 Mei lepas.
Ewon berkata, program itu turut membantu peserta membuat perancangan perniagaan berdasarkan minat dan peluang persekitaran, menanam semangat keusahawanan belia bumiputera dan memupuk daya tahan serta jati diri golongan itu.
Beliau berkata, sebagai kesinambungan kepada usahawan yang baru bermula, SME Corp Malaysia turut menyediakan geran sehingga RM500,000 menerusi Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) bagi meningkatkan produktiviti dan keupayaan perniagaan.
"Sehingga 30 April lepas, sebanyak 868 permohonan diluluskan berjumlah RM105.11 juta sejak dilaksanakan mulai tahun 2021. Daripada jumlah itu, 32 PMKS (Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana) dari Sabah telah diluluskan geran sebanyak RM5.30 juta.
"Selain itu, sebanyak 74 usahawan Mikro Sabah mendapat kelulusan geran sebanyak RM5.87 juta di bawah Program Mikro MADANI," katanya.
Ewon berkata, peserta usahawan belia Bumiputera juga boleh menambah modal kerja perniagaan melalui pembiayaan mudah secara digital menerusi Program Tunas-i yang dikendalikan SME Corp dengan kerjasama Funding Societies (Modalku Venture Sdn Bhd).
Sementara itu, Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berharap pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh daripada Program TUBE-X dapat membantu usahawan belia bumiputera meningkatkan daya kreativiti dan ketahanan seterusnya melakukan inovasi dalam perniagaan masing-masing.
Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy berkata, sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam pembangunan PMKS di Malaysia, tumpuan akan diberikan dalam membangunkan usahawan belia bumiputera sejajar aspirasi kerangka Ekonomi MADANI yang lebih saksama dan inklusif.
"Kami komited dalam memantau perkembangan setiap peserta TUBE-X yang tamat latihan dan memulakan perniagaan yang merupakan antara komponen utama dalam membimbing usahawan ke tahap yang lebih baik," katanya.
Majlis rasmi penutupan Program TUBE-X 2024 dijadualkan bersempena penutupan zon tengah/selatan pada 11 Jun di sini dan secara keseluruhan seramai 800 peserta belia Bumiputera berjaya dilatih di seluruh negara pada tahun ini. - BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2024
Ewon berkata, program itu turut membantu peserta membuat perancangan perniagaan berdasarkan minat dan peluang persekitaran, menanam semangat keusahawanan belia Bumiputera dan memupuk daya tahan serta jati diri golongan itu. - Foto BERNAMA
Pemilik Manchester United disaman New Zealand Rugby
All Blacks menuduh gergasi petrokimia itu enggan membayar ansuran bagi perjanjian enam tahun dan cuba 'berhenti tiga tahun lebih awal'.
Video tular: Disyaki pukul anak, pekerja kantin direman bantu siasatan
Perintah reman bermula hari ini terhadap wanita berumur 37 tahun itu dibenarkan Majistret Mahkamah Kangar Ana Rozana Mohd Nor.
Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.
Sambutan Thaipusam: Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan nasihat minum air secukupnya
Terdapat beberapa kes strok haba serta sesak nafas dilaporkan ketika lebih 20,000 penganut Hindu serta pelancong luar hadir ke sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves.
Indeks Persepsi Rasuah 2024: Malaysia kekal di kedudukan ke-57
Malaysia kekal di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun 2024, dengan skor 50 mata.
Pembunuhan oleh Israel, sekatan bantuan ancam gencatan senjata di Gaza
Seorang pegawai Palestin memberi amaran pada Isnin bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza serta pertukaran tahanan berisiko terjejas, lapor Anadolu Ajansi.
Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.
Hong Kong bantah tarif Amerika Syarikat, akan bawa ke WTO
Hong Kong akan mengemukakan aduan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengenai tarif terbaru yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, menurut Ketua Setiausaha Eric Chan pada Selasa.
Beliau menyatakan bahawa tindakan Amerika Syarikat jelas bertentangan dengan peraturan WTO dan mengabaikan status Hong Kong sebagai wilayah kastam yang berasingan.
Beliau menyatakan bahawa tindakan Amerika Syarikat jelas bertentangan dengan peraturan WTO dan mengabaikan status Hong Kong sebagai wilayah kastam yang berasingan.
Hormati larangan pasang khemah di Port Dickson, elak maksiat - MB
Orang ramai diharap dapat menghormati peraturan larangan pemasangan khemah awam di 11 pantai di daerah terbabit.
Peranan Ibu Bapa & Guru Penting
Ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam mendorong minat pelajar terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), kata Prof. Madya Dr. Noraini Ahmad dari Universiti Malaya.
Menurut beliau, sokongan ibu bapa sangat diperlukan, walaupun mereka tidak mempunyai latar belakang dalam bidang STEM.
Menurut beliau, sokongan ibu bapa sangat diperlukan, walaupun mereka tidak mempunyai latar belakang dalam bidang STEM.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).