Kementerian Pengangkutan hari ini mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Siasatan Isu Kegagalan Total Airport Management System (TAMS) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) susulan insiden gangguan sistem di lapangan terbang itu.
Kegagalan sistem TAMS di KLIA dikesan pada 21 Ogos (Rabu) hingga menyebabkan pembatalan dan kelewatan penerbangan serta ketidakselesaan kepada penumpang selama empat hari ini, dan sistem itu distabilkan pada 24 Ogos (Sabtu).
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata jawatankuasa yang ditubuh secara pentadbiran itu adalah bagi menyiasat punca sebenar insiden dan mencadangkan langkah penambahbaikan bagi mengelak insiden itu berulang pada masa hadapan.
"Jawatankuasa ini diberi tempoh satu bulan untuk menyiapkan laporan terperinci kepada jemaah Menteri," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Gangguan sistem KLIA: MAHB tidak tolak wujud unsur berniat jahat
Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Mohd Khairul Adib Abdul Rahman akan mempengerusikan jawatankuasa enam anggota itu.
Anggota lain jawatankuasa ialah Pengerusi Eksekutif, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) Dr Nungsari Ahmad Radhi; anggota Suruhanjaya MAVCOM Datuk Seri Long See Wool; anggota Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) Afzal Abdul Rahim; Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Ahmad Nizar Zolfakar; Ketua Eksekutif, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) Ir Md Shah Nuri Md Zain.
Bahagian Udara, Kementerian Pengangkutan akan bertindak selaku sekretariat.
Loke berkata, pihak kementerian merakamkan penghargaan kepada para penumpang di atas kesabaran serta berterima kasih kepada para petugas yang membantu semasa insiden itu.
"Segala kesulitan yang dihadapi oleh penumpang KLIA dalam insiden ini amatlah dikesali," katanya.
Pada Jumaat (23 Ogos) ketika sistem di KLIA masih mengalami gangguan, Loke telah meninjau keadaan di lapangan terbang itu sebelum berlepas ke Pulau Pinang.
Beliau berjaya tiba di destinasi untuk menghadiri program rasmi di Pulau Pinang walaupun penerbangannya dilaporkan mengalami kelewatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 26 2019
LOKE: Jawatankuasa ini diberi tempoh satu bulan untuk menyiapkan laporan terperinci kepada jemaah Menteri. - Gambar fail/BERNAMA
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Loke harap penyusunan semula MAHB dimuktamad tidak lama lagi
Loke menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kelewatan keputusan oleh MAHB, termasuk projek aerotrain yang mendapat kritikan.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Penggantian Aerotrain lama dengan sistem baharu dijangka meningkatkan pengalaman penumpang dan mengurangkan risiko gangguan operasi di KLIA.
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 14.3 peratus pada 2024 - Loke
Trafik penumpang udara Malaysia pada tahun 2024 meningkat sebanyak 14.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.
MOT tiada kompromi, sifar toleransi isu integriti - Loke
Kementerian Pengangkutan (MOT) mengamalkan pendekatan tiada kompromi dan sifar toleransi terhadap isu integriti melibatkan pegawai penguat kuasa di bawah kementerian itu, kata Menterinya Anthony Loke.
MRT Corp anugerah kontrak sivil utama LRT Laluan Mutiara kepada SRC Consortium
MRT Corp menandatangani perjanjian Kontrak Sivil Utama bagi Segmen 1 Projek LRT Laluan Mutiara bersama SRS Consortium Sdn Bhd yang bernilai RM8.31 bilion.
LRT Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen, libat jajaran 29.5 km - Loke
Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen di lokasi-lokasi yang strategik, termasuk satu stesen provisional di Pulau Reklamasi Selatan Pulau Pinang.
MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang kenaikan harga tambang bas sekolah yang dijangka berlaku pada Februari ini.
Jadual KTM Komuter Pelabuhan Klang-KL Sentral dikurangkan 30 minit pada waktu puncak
Ini bagi mengimbangi kerja-kerja projek KVDT2 selain menambah baik masa menunggu untuk pengguna laluan KTM Komuter bagi kedua-dua laluan.
MOT cadang tarif elektrik khas untuk sektor pengangkutan awam
Kementerian Pengangkutan mencadangkan tarif elektrik khas bagi sektor pengangkutan awam bagi mengurangkan beban pengusaha.
Malaysia, Singapura akan saling bantu bina hubungan dengan negara luar
Malaysia dan Singapura akan terus membantu antara satu sama lain membina hubungan lebih baik dengan negara luar.